CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 30, 2010

Wani 3009

Salam to all, sorry kpd semua peminat2 blog CikWani ni, mau kacau blog ni sekejap, hehehe... jus wanna wish Hepi Besday to my dearest wife, semoga ALLAH merahmatimu dunia dan akhirat, dipanjangkan usia, dijauhkan daripada segala penyakit dan mara bahaya, diberi ketenangan yang abadi, dikurniakan kesejahteraan hidup, dimurahkan rezeki yg mencurah2 & semoga hubungan halal kite ini akan kekal hingga ke akhir hayat...

Sesungguhnya sayang adalah pelengkap yang hakiki kepada hidup abg... thanx atas segalanya sayang...thanx sangat2... dan maafkan segala kekurangan abg... luv u much than before!!! :D

-BABA HADIF EL-DEEN-

Wednesday, September 29, 2010

Gadget Menyusu

Alhamdulillah, rezeki My Hadif aku xde masalah (lagi) untuk breastfeed dia sehingga kini.. Hadif xde masalah utk direct breastfeed or guna botol.. He is such a darling sbb my nipples langsung x luka sbb dia pandai suck aerola skali.. Aku dah mula berjinak2 dgn Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memproses susu utk dibuat stok daripada minggu 1st Hadif lahir lg. Ni kes teruja nak guna breastpump Ameda tu la.. Mmg kagum la cara Ameda bekerja, udah mcm mesin kat kilang.. Mmg recommended la utk dibeli, cumanya aku x jumpa lg posisi mengepam yg selesa + susu xkan tumpah.. huhu.

Express Breast Milk (EBM) ni plak aku bg Hadif minum bila2 masa aku perlukan 'Me Time'.. Masa nk bertungku, mandi, gi klinik, makan etc.. So far Hadif lngsung x menolak.. Disebabkn ini hanyalah IKS, aku blum mengepam secara serius utk dibuat stok bila dh mula keje nnti.. Maybe sbb aku dh bercadang nk amik unpaid leave 17hari slps maternity leave abis dan terus bersambung school holiday sebulan stgh, maka itu bermakna Hadif ada depan mata sampai usianya 4bulan, insyAllah..

Ok la, entry ni mungkin boleh dijadikan panduan utk ibu2 yg nak fully breastfeed anak, tp xtau apa yg perlu dibeli.. Aku susun mengikut keutamaan beserta pungutan bintang (5bintang utk kepuasan maximum)

1) Ameda - Lactaline Dual Breastpump (****)
Puas hati guna ini Ameda, x menyakitkan, boleh pump dlm keadaan rilex, flow pun laju, friendly utk dipasang dan digunakan + parts sikit dan mudah utk dibasuh..Tapinya mcmana nak pump dlm posisi yg betul2 selesa ek, kalo aku nak menyandar selesa sket je, mesti susu mcm nak tertumpah.. huhu


2) Jingle Jungle - Breastmilk Storage N Feeding Bottle (**)
Walaupun botol ni 2in1, boleh jadi feeding bottle jugak, aku x pernah gunakannya utk menyusukan Hadif.. Even ia memudahkan keje, amik je stock dlm fridge, tukar penutup ganti dgn puting, terus boleh panaskan, tp rasanya x hygienic la plak buat camtu + botol jingle jungle ni bknnya anti colic.. Sesiapa yg beli pump Ameda tu, aku x syorkn beli ini botol sbb dia gomok pendek.. Gomok sampai kena paksa sket br leh muat masuk kat tmpt botol Ameda tu.. Pendek boleh isi 5oz je.. Aku lg suka Spectra punya storage bottle yg kurus langsing tu.. hihi


3) MAM - Ultivent Anti Colic Bottle (****)
Puas hati sama ini botol gomok pendek.. Antara ciri2 botol ni yg obvious berbeza ngn botol lain ialah, ia boleh dibukak dr bawah utk memudahkn keje2 membasuh.. So, klu xde berus basuh botol tu pun xpe, botol xkan berkerak sbb boleh basuh 2 hala.. Yg x bestnya, bila rendam dlm warmer, akn ada sisa2 air dr bawah botol sbb ada lubang2 udara bawah tu + leceh sket nk basuh sbb ada 6parts kesemuanya..


4) Little Bean Warmer & Sterilizer (*****)
Ni adalah pemudahcara utk org yg malas tp very useful esp the warmer.. Mmg almost everyday akn digunakan utk panaskan botol susu Hadif.. Siap letak dlm bilik lg..


5) MAM Thermal Bag (*****)
Kelmarin order ini bag kat web Fabulous Mum, x sangka arini udah dpt.. Patutnya beg ni kena beli dr awal lg, xde la aku bersusahpayah nk warm susu Hadif byk2 kali.. Nak warm tu x kisah sngt tp x sempat susu nk panas, Hadif dah jerit2 kelaparan, kan kesian dia.. Bag ni boleh tahan suhu panas/sejuk dlm tempoh more/less 4jam.. So sngt sesuai utk travel..


6) Munchkin Deluxe Drying Rack (**)
Yg ni pun baru sampai td.. Actually xde pun xpe, tp sngt memudahkn sbb breastpump, botol MAM & storage bottle tu kn ada small parts, letak merata2 kang hilang plak parts tu.. Well organized la sket kalo ada rak comel boleh lipat ni..


Ni dia stok yg aku simpan.. Salunya paling kurang pun akn ada 3 botol standby dlm fridge utk waktu2 kecemasan atau kemalasan.. Haha.. So far Alhmdulillah, skali pump boleh dpt 5-6oz..

Oklah, selamat beramal :)

Monday, September 20, 2010

Dulu Lain Sekarang Lain :D

DULU: Makan macam-macam..
SEKARANG: Macam2 tak boleh nak makan..

DULU: Berjaga malam sbb nak online..
SEKARANG: Berjaga malam sbb nak breastfeed My Hadif..

Confinement period adalah satu jangkamasa 44hari yg seronok juga bila dilihat secara positif.. Dlm tempoh ini lah kau boleh merehatkan diri drpd melakukan sebarang kerja rumah tanpa dileteri sesiapa.. hihhihihi.. Tugas kau hanyalah menjaga kesihatan diri sendiri dan si anak kecil.. Tapinya, menjaga anak kecil dlm keadaan luka episiotomi dan bengkak di ibu jari kiri itu belum sembuh adalah tidak seronok.. Huhuhu, cepat la sembuh, senang sket nak uruskan My Hadif.. Sampai skang, aku still belum mandikan sndiri My Hadif, harapkan mak or maid yg buat..

Dlm keadaan relax (sikit) mcm skarang ni, sepatutnya aku menggunakan masa sebaik mungkin utk pulihkan kembali kesihatan diri, tp rupa2nya aku x de la sedisiplin mana pun.. Huhhhuhu, camne ek nak disiplinkan diri bertungku, pakai barut, sapu halia kat perut, sapu bioil kat stretch mark, pakai stokin jgn tinggal, jaga pemakanan betul2 etc etc.. Adeh laaa, bila hantu rajin mau masuk diri ni..

Tapinya, Alhamdulillah la walopun aku tak mengikuti ritual berpantang yg rigid, berat badan aku turun dgn jayanya! Ni kes makan lauk kering2 je pastu x lalu nak makan.. Huhu.. Sebbaik x effect breast milk walopun aku makan ikut sempat je..

So skarang ni, selain memulihkan kesihatan diri, misi utama adalah utk menurunkan lagi berat badan + kurangkan/hilangkan stretch mark + hilangkan kesan2 hitam kat tummy.. Now dah ada penimbang TANITA tu semangat lebey la nak monitor berat badan.. Let us see....

2hari before deliver - 60.2kg

7hari selepas deliver - 52kg

SEKARANG (19hari lepas deliver)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Berat terbaru = 49.6kg (awal pregnant 49.4kg)

Healthy Body Fat = 21-33%

Healthy Body Water % = 45-60%

Healthy Visceral Fat (lemak pada organ dalaman) = 1-9

Metabolic Age.. Tua 2thn sudah.. Kena bg kurang sket umo badan ni.. huhu..

p/s: hopefully cukup 44hari nnti berat sudah turun jd 45kg..hehe

Thursday, September 9, 2010

The Birth Story

30 Aug - Weekly check up kat KKIA Selayang.. Baby dlm kedudukan oblique (menyerong), so kena refer kpd O&G Hosp Selayang.. Dari KKIA tu terus la ke Hosp Selayang plak.. Dpt appointment 1 Sept memandangkan esok cuti umum..

1 Sept - Dlm kul 9am, My Hazar balik umah n soon we headed to the hosp.. Dah register segala bagai, tunggu la dlm sejam lebih sampai giliran dipanggil untuk berjumpa doktor pakar di unit O&G tu.. Once dia scan, katanya baby dah engage, plasenta dah matang & amniotic fluid dah bertukar warna, so kena induce ASAP! Doktor tu nasihatkn supaya warded ptg tu jugak n induce esok pagi..huhuhu

Blk dr hosp, round cari HPA nk cari bengkung & set bersalin tp semua dah xde stok.. Singgah Giant plak, tapau KFC, beli pampers baby, stokin mama & few other things nk bwk ke hosp.. Smpt jugak beli durian sket, tringin nk mkn.. hihihi..

Ptg tu terus ke hospital semula & register kat LR.. Doktor pun dtg utk buat Vaginal Exam (VE) yg ditakuti ramai itu.. Huhuhu, sebbaik la yg seluk aku tu doktor wanita, idak le beso bebeno jari jemari beliau kalo nk compare ngn doktor lelaki ala2 singh ke..hihi.. As for me, VE xde la menyakitkn sngt, off course sakit tp the pain was bearable.. Bila check still xde bukaan so esok pagi akan induce..

Habis registration, aku pun dihantar ke ward dan melalui pengalaman pertama kena warded.. Mlm tu berlalu dgn begitu la lmbt sekali.. Asyik2 terjaga tgk jam jek.. Bilik aku tu pulak ada 4 katil & dah ada 2 babies yg dilahirkn.. Tidur dgn tangisan baby je la mlm tu..

2 Sept:
5.45am: Bgn tdo, mandi & solat subuh.. Nurse dtg check blood pressure etc..

6.30am: Doktor dtg buat VE (again).. Dah ada bukaan 2cm..

6.45am: Doktor induce dgn jayanya.. Sejam dr sekarang tak dibenarkn bangun or gerak ke mana2 takut ubat tu kuar balik.. So berbaring je atas katil sambil text My Hazar.. Time ni dah rasa sakit sket2..

7.15am: Contraction dah makin kerap tp aku x boleh nak timing sbb berselang seli dgn sakit pinggang yg menggila.. Nurse dtg & pasang CTG.. Masa ni contraction dah lebih kurang 2-3 minit sekali..Nurse offer ubat tahan sakit tp aku menolak sbb rasanya bearable lg kot.. Nk thn la konon.. huhuhu..

8.30am: My Hazar sampai.. Siap bawakkan telur rebus 3biji nak soh aku mkn buat tambah tenaga.. Dpt la mkn telur sebijik stgh + roti sekeping + susu.. Sakit pinggang dah makin kerap, My Hazar la tukang urut pinggang time ni dan aku pun surrender bila nurse datang offer ubat tahan sakit skali lg..

9.15am: Doctor bg ubat tahan sakit & buat VE utk kali ke 3.. Bukaan 3cm time ni.. Get ready utk dihantar ke LR.. Sblm tu nurse masukkan ubat utk bolehkan aku buang air besar dulu tp sad to say rasa mcm nak poo poo tp xde apa yg kuar.. Cuak jugak ok, takut ter melepas kat LR, malu la acik..

10.00am: Siap sedia nak masuk LR.. My Hazar was there to accompany me.. Sakit yg makin kerap sampai xtau nak ckp apa dah.. Dok layan baca doa Nabi Nuh je time ni.. Doctor datang bawak pamplet pasal suntikan Epidural.. Soh baca2 & diskus ngn husband samada nk amik or tak.. Dah tgh sakit mcm tu, xde maknanya nak baca, setuju je terus.. So, tunggu doktor bius dtg..

10.30am: Doktor bius pun datang.. Lama jugak la nak suntik epidural tu kat belakang badan aku.. Masa ni terdengar la doktor2 tu dok bersembang yg epidural tu boleh la buat sakit contraction tu hilang smntara nak tunggu dr 3cm sampai 10cm tu.. Tapinya, right after the procedure terus rasa mcm nak poo poo sangat2 tahap xboleh ditahan lagi.. Doktor2 tu pun terkejut, takkan la dah nak bersalin.. (Dlm hati aku masa ni, eh ni bukan nak deliver lg ni, ni seriyes nak poo poo) Utk kesekelian kalinya, doktor pun buat VE lg skali.. Rupa2nya dah 9cm dilated.. Doktor pun terus pecahkan air ketuban..

Para doktor, nurse & My Hazar pun standby la utk mmbantu aku melalui proses yang mendebarkan tu.. Masa ni series rasa mcm separa sedar, terawang2 rasanya, langsung x boleh nak fokus the right way to push, breath control etc.. Semua teori2 yg aku dok baca tu hilang mcm tu jek.. Tersedar dari khayalan tu masa doctor buat episiotomi (gunting), wohaa series sakit giler mcm nak terajang doktor tu.. Hahaha ni sure ada mom to be yg cuak ni, tp mmg series la terasa time dia gunting tu. Cuba korang gunting sket kulit tangan tu hidup2, apa rasanya.. huhuhu

12.42pm: Alhamdulillah, little caliph selamat dilahirkan ke dunia.. My Hazar kata tali pusat dia terbelit sket kat leher, tu yg mula2 tu x menangis.. Lps tu doktor tunjukkan baby kat aku sambil tanya jantinanya..

Next thing, doctor2 tu berusaha utk kuarkan uri & Alhamdulillah uri kuar dgn sempurna.. Dan kita ke episod yg menyeramkan... Nak kena jahit balik la episiotomi tu.. Mula2 doktor tu suntik ubat bius, so x rasa la sakit dijahit tu.. Tu baru 2 lapisan bahagian dalam.. Tiba tang jahit kulit luar dia, Allahu Akbar sakitnya laa dijahit hidup2.. Ubat bius tu berkesan utk jahitan bahagian dlm je, tang luar tu mmg dpt rasa la jarum tu masuk kat kulit.. Huhuhu seriyes sakit sampai tahap aku declare dlm hati nak anak sorang ni je or nak c-zer je anak2 pasni.. Sakit wooo, ngeri rasa everytime doctor masukkan jarum ke kulit, siap aku grip tangan itu doktor.. Huhuhu..

Settled kena jahit, dtg sorang lagi doktor lain plak, check samada ada darah beku tak dan beliau pun menyeluk ke dalam rahimku utk mengeluarkan darah2 beku itu.. Tp xpe, yg ni sama mcm VE, x fobia pun.. Aku fobia part kena gunting n jahit hidup2 tu.. Huhuhu..

By the time aku tulis ni pun (esok raya), luka jahitan belum sembuh n to make it worse, ada jahitan yang terbukak sket.. Ouchhh ini series sakit every time nak duduk or bangun.. Nurse yg dtg umah check tu soh g klinik amik ubat tahan sakit n ubat sapu tp udah klinik pun tutup utk raya.. Huhuhu, mmg pantang betul la raya ni :(

Ok la, cukup la bingkisan cerita utk kenangan dikala menginjak usia nnti.. Hehehe, Salam Aidil Fitri dari kami, Wan Hazaruddin, Norazwani & Wan Hadif El-Deen :)

Terima kasih jugak kepada semua doktor, nurse dan staff Hosp Selayang yg sangat la cekap, mesra dan bagus.. Mmg setanding dgn hospital swasta (kecuali part xde waris boleh temankan kat wad).. Bab lain mmg superb + free plak tu (we all kan keje gomen).. Tak dilupakan buat my husband + mak + ahli keluarga 2-2pihak yg sungguh la supportive..

Syukurku pada Mu atas kurniaan terindah ini :)

Thursday, September 2, 2010

Just Sedikit Intro... :D

Salams to all... Alhamdulillah, my wife telah pun selamat melahirkan babyboy pada jam 12:43 tgh 02/09/2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 H secara normal... thanx atas doa kawan2, my wife berkirim salam kepada semua... baby dilahirkan di Hospital Selayang dengan berat 2.7 kg... sedikit intro sebagai pengenalan daripada baby WAN HADIF EL-DEEN

-Hazar El-Dien






*Gambar agak kurang berkualiti coz hanya menggunakan hs cap itik aku...hehehe..terlupa mau bawa DSLR daa... :D

Wednesday, September 1, 2010

Nervous!

Latest Update..

Gi Hospital Selayang tadi, ingatkan check biasa2 je, skali plasenta dah matang n air ketuban pun dah tukar kaler sket.. Doctor soh masuk ward petang ni & induce esok pagi.. Wawawawawaaaa, makcik nervous... Doakan both of selamat ye...

My T A N I T A :D


Aku adalah sangat jarang membeli hadiah mahal2 utk diri sendiri.. Oleh kerana diriku begitu berharga (cewahhhh) makanya dapat juga beli ini Tanita BC-541 Family Fitness Innerscan (consider mahal la utk pekerja kelas pertengahan mcm acik ni).. Dah lama aim nak beli ini penimbang dan byk tempat dah aku survey secara online, tp bila called je semua dah xde stok.. Aku lak xnak jenama lain, nak Tanita jugak.. Akhirnya jumpa jugek ini Tanita dgn affordable price (lg murah drpd retail price nya)..

Nak dijadikan cerita yang malang, pregnant mommy xleh guna la plak ini weight scale utk whole body punya monitor, setakat nak timbang berat je boleh, kalo nak check body fat % ke, body water % ke, metabolic age ke semuanya x boleh time pregnant.. So My Hazar je la dok guna itu penimbang, x sabau nak guna pas deliver nnti.. hehehe..

Ni antara kebolehupayaan penimbang ni:

“Basic” TANITA Monitor features:
# Bodyfat %
# Body water %
# Healthy Range Indicator (are you at high or low risk of serious disease?)
# Weight Only Mode (quick, without BIA scan)
# Guest Mode (measure your friends!)
# 4 personal user files# Recall (immediate previous measure)
# Athlete mode

Advanced InnerScan full Body Composition Analysis features:
# Exclusive InnerScan Dual Frequency Technology (enables advanced body composition analysis)
# Muscle Mass
# Basal Metabolic Rate (BMR)
# Metabolic Age (How old are you physically?)
# Bone Mass / weight (calculated estimate only)
# Children's Healthy Ranges (patented world exclusive TANITA feature, are your kids healthy?)
# Physique Rating - 1 to 9 descriptive scale. (refer to manual for ‘body-types’).
# Visceral Fat Rating (the dangerous fat around your belly - below 12 you are at less risk, 13 and above you are at increased health risk).

Rasanya dlm banyak2 kriteria tu, mengukur lemak2 di badan, di perut dan metabolic age la yang paling membuat diri teruja dan nervous.. Sure kecik ati mcm nak pengsan kalau umur baru 27, tp badan beroperasi mcm umur 40.. Tp sekurang2nya kalo kita tau tahap kesihatan kita, jumlah lemak kat badan, jumlah air dlm badan etc, boleh la bertindak sebelum terlewat..

A lil bit update on my pregnancy, Alhamdulillah semuanya ok2 je.. Puasa masih full (at least sampai smlm dah 21hari puasa) walopun 2-3 kali x bangun sahur.. Paling lega part berat badan kot sbb naik 10.5kg je setakat ni.. Hrp2 dpt balik berat asal secepat mungkin (kalo lg ringan dari berat asal lagi bagusss..hehe) Satu je yang x besh, baby blum engage n kedudukan dia oblique - menyerong.. So jap g My Hazar balik skolah, aku ada appointment kat Hosp Selayang kul 9.30am ni, hopefully xde pape la...