30 Aug - Weekly check up kat KKIA Selayang.. Baby dlm kedudukan oblique (menyerong), so kena refer kpd O&G Hosp Selayang.. Dari KKIA tu terus la ke Hosp Selayang plak.. Dpt appointment 1 Sept memandangkan esok cuti umum..
1 Sept - Dlm kul 9am, My Hazar balik umah n soon we headed to the hosp.. Dah register segala bagai, tunggu la dlm sejam lebih sampai giliran dipanggil untuk berjumpa doktor pakar di unit O&G tu.. Once dia scan, katanya baby dah engage, plasenta dah matang & amniotic fluid dah bertukar warna, so kena induce ASAP! Doktor tu nasihatkn supaya warded ptg tu jugak n induce esok pagi..huhuhu
Blk dr hosp, round cari HPA nk cari bengkung & set bersalin tp semua dah xde stok.. Singgah Giant plak, tapau KFC, beli pampers baby, stokin mama & few other things nk bwk ke hosp.. Smpt jugak beli durian sket, tringin nk mkn.. hihihi..
Ptg tu terus ke hospital semula & register kat LR.. Doktor pun dtg utk buat Vaginal Exam (VE) yg ditakuti ramai itu.. Huhuhu, sebbaik la yg seluk aku tu doktor wanita, idak le beso bebeno jari jemari beliau kalo nk compare ngn doktor lelaki ala2 singh ke..hihi.. As for me, VE xde la menyakitkn sngt, off course sakit tp the pain was bearable.. Bila check still xde bukaan so esok pagi akan induce..
Habis registration, aku pun dihantar ke ward dan melalui pengalaman pertama kena warded.. Mlm tu berlalu dgn begitu la lmbt sekali.. Asyik2 terjaga tgk jam jek.. Bilik aku tu pulak ada 4 katil & dah ada 2 babies yg dilahirkn.. Tidur dgn tangisan baby je la mlm tu..
2 Sept:
5.45am: Bgn tdo, mandi & solat subuh.. Nurse dtg check blood pressure etc..
6.30am: Doktor dtg buat VE (again).. Dah ada bukaan 2cm..
6.45am: Doktor induce dgn jayanya.. Sejam dr sekarang tak dibenarkn bangun or gerak ke mana2 takut ubat tu kuar balik.. So berbaring je atas katil sambil text My Hazar.. Time ni dah rasa sakit sket2..
7.15am: Contraction dah makin kerap tp aku x boleh nak timing sbb berselang seli dgn sakit pinggang yg menggila.. Nurse dtg & pasang CTG.. Masa ni contraction dah lebih kurang 2-3 minit sekali..Nurse offer ubat tahan sakit tp aku menolak sbb rasanya bearable lg kot.. Nk thn la konon.. huhuhu..
8.30am: My Hazar sampai.. Siap bawakkan telur rebus 3biji nak soh aku mkn buat tambah tenaga.. Dpt la mkn telur sebijik stgh + roti sekeping + susu.. Sakit pinggang dah makin kerap, My Hazar la tukang urut pinggang time ni dan aku pun surrender bila nurse datang offer ubat tahan sakit skali lg..
9.15am: Doctor bg ubat tahan sakit & buat VE utk kali ke 3.. Bukaan 3cm time ni.. Get ready utk dihantar ke LR.. Sblm tu nurse masukkan ubat utk bolehkan aku buang air besar dulu tp sad to say rasa mcm nak poo poo tp xde apa yg kuar.. Cuak jugak ok, takut ter melepas kat LR, malu la acik..
10.00am: Siap sedia nak masuk LR.. My Hazar was there to accompany me.. Sakit yg makin kerap sampai xtau nak ckp apa dah.. Dok layan baca doa Nabi Nuh je time ni.. Doctor datang bawak pamplet pasal suntikan Epidural.. Soh baca2 & diskus ngn husband samada nk amik or tak.. Dah tgh sakit mcm tu, xde maknanya nak baca, setuju je terus.. So, tunggu doktor bius dtg..
10.30am: Doktor bius pun datang.. Lama jugak la nak suntik epidural tu kat belakang badan aku.. Masa ni terdengar la doktor2 tu dok bersembang yg epidural tu boleh la buat sakit contraction tu hilang smntara nak tunggu dr 3cm sampai 10cm tu.. Tapinya, right after the procedure terus rasa mcm nak poo poo sangat2 tahap xboleh ditahan lagi.. Doktor2 tu pun terkejut, takkan la dah nak bersalin.. (Dlm hati aku masa ni, eh ni bukan nak deliver lg ni, ni seriyes nak poo poo) Utk kesekelian kalinya, doktor pun buat VE lg skali.. Rupa2nya dah 9cm dilated.. Doktor pun terus pecahkan air ketuban..
Para doktor, nurse & My Hazar pun standby la utk mmbantu aku melalui proses yang mendebarkan tu.. Masa ni series rasa mcm separa sedar, terawang2 rasanya, langsung x boleh nak fokus the right way to push, breath control etc.. Semua teori2 yg aku dok baca tu hilang mcm tu jek.. Tersedar dari khayalan tu masa doctor buat episiotomi (gunting), wohaa series sakit giler mcm nak terajang doktor tu.. Hahaha ni sure ada mom to be yg cuak ni, tp mmg series la terasa time dia gunting tu. Cuba korang gunting sket kulit tangan tu hidup2, apa rasanya.. huhuhu
12.42pm: Alhamdulillah, little caliph selamat dilahirkan ke dunia.. My Hazar kata tali pusat dia terbelit sket kat leher, tu yg mula2 tu x menangis.. Lps tu doktor tunjukkan baby kat aku sambil tanya jantinanya..
Next thing, doctor2 tu berusaha utk kuarkan uri & Alhamdulillah uri kuar dgn sempurna.. Dan kita ke episod yg menyeramkan... Nak kena jahit balik la episiotomi tu.. Mula2 doktor tu suntik ubat bius, so x rasa la sakit dijahit tu.. Tu baru 2 lapisan bahagian dalam.. Tiba tang jahit kulit luar dia, Allahu Akbar sakitnya laa dijahit hidup2.. Ubat bius tu berkesan utk jahitan bahagian dlm je, tang luar tu mmg dpt rasa la jarum tu masuk kat kulit.. Huhuhu seriyes sakit sampai tahap aku declare dlm hati nak anak sorang ni je or nak c-zer je anak2 pasni.. Sakit wooo, ngeri rasa everytime doctor masukkan jarum ke kulit, siap aku grip tangan itu doktor.. Huhuhu..
Settled kena jahit, dtg sorang lagi doktor lain plak, check samada ada darah beku tak dan beliau pun menyeluk ke dalam rahimku utk mengeluarkan darah2 beku itu.. Tp xpe, yg ni sama mcm VE, x fobia pun.. Aku fobia part kena gunting n jahit hidup2 tu.. Huhuhu..
By the time aku tulis ni pun (esok raya), luka jahitan belum sembuh n to make it worse, ada jahitan yang terbukak sket.. Ouchhh ini series sakit every time nak duduk or bangun.. Nurse yg dtg umah check tu soh g klinik amik ubat tahan sakit n ubat sapu tp udah klinik pun tutup utk raya.. Huhuhu, mmg pantang betul la raya ni :(
Ok la, cukup la bingkisan cerita utk kenangan dikala menginjak usia nnti.. Hehehe, Salam Aidil Fitri dari kami, Wan Hazaruddin, Norazwani & Wan Hadif El-Deen :)
Terima kasih jugak kepada semua doktor, nurse dan staff Hosp Selayang yg sangat la cekap, mesra dan bagus.. Mmg setanding dgn hospital swasta (kecuali part xde waris boleh temankan kat wad).. Bab lain mmg superb + free plak tu (we all kan keje gomen).. Tak dilupakan buat my husband + mak + ahli keluarga 2-2pihak yg sungguh la supportive..
Syukurku pada Mu atas kurniaan terindah ini :)
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
10 comments:
Salam,
Tahniah..selamat lahirkn bby..sy slh sorg fan HB..nst raya kali nie lbh b'makna dgn kehadiran ahli baru..selamat hari raya n selamat berpantang..bf bby ye..
Fara: Tahniah! Bertambah ibu dak2 Akaun PMKN. Tapi, bagi aku yang paling sakit adalah contraction. Kena gunting tak sesakit masa contraction. Tapi yang jahit memang sakit sampai doktor tegur aku sebab tak reti dok diam. He3.
zue: selamat hari raya utk awak juge:)insyAllah mmg plan nak fully bf the baby.. hopefully Allah mudahkn..
Fara: ko x amik epidural ke? aku sbb amik epi kot, tu sbb contraction jd bearable.. jahitan ko sembuh sepenuhnya lps bape lama ek? seriyes susah gler nk bangun, berjln, duduk etc..uhuhuhu
Salam Aidilfitri buat kak wani sekeluarga...
Saya bersalin kat hosp. sg buloh tu takde epidural,walaupun nak mintak....contraction tu memang sakit tapi pada saya sakit lagi masa kena jahit semula,ngeri& sakit sangat...saya dah sampai cubit tangan nurse yang tengah jahit huhuhhu...saya terpaksa sebab tak tahan sangat sakit kena jahit hidup2...
memang sakit bila nak jalan & duduk..so bila pantang,amik cool pack sejukkan,pastu letak kat tempat jahit tu..lega rasanya.pasal jahitan terbuka tu,saya dipesan oleh doktor,iaitu duduk dalam besen besar yang berisi air garam pekat.Ini supaya lagi cepat sembuh...
time pantangkan kita cepat2 sangat tension sebab perlu adjust ngan persekitaran baru, so encik suami tolong download program lawak spontan...Jadi enjoy jugak la masa berpantang & kuranglah tensen...
semoga kak wani cepat2 sembuh & banyak berehat...
tahniah wani and hasben..selamat erpantang..memang masa first2 ni rasa nak sorang jer anak,tapi kejap je dah lupa rs sakt tu.rasa nak menambah lagi ada la..hehe
tahniah wani...
uiii seram jek cite wabi bab gunting & jait tu...mtk2 nanti xde ape2 la..mcm liya..dia ckp semua ok..jahit pun x sakit..ase nak besalin kat hospital sama liya lak..hukhuk takotttnye..saba je la..kene lalui gak kan..pengalaman semua tu..InsyaAllah...
aishah:
thanks berkongsi experience.. akak punya kesan jahitan, Alhamdulillah dah menunjukkan progress nak sembuh lps jupe doc aritu, sapu ubat, basuh luka n makan ubat ikut aturan dia.. hopefully cepat la sembuh sepenuhnya..
kak uda:
bila nak tambah adik adam lak? hehehe..
lina:
ermm tu la, lain org lain dugaan sakit yg ALLAH bg.. ada kawan saya, jahit xpe, seluk yg sakit giler.. all the best utk lina:)
urm..lme tak bce blog kak wanie. sgt tidak bkesempatn. mse bce artikel ni..mcm2 perasaan ada (lawak,sedih, gerun, gembira dsbg.)
so..doc bg ke poo poo sblum delivr tu?
eii..blum pe2 pn lg ni..maz dh pikir mcm2. harap2..dpt lalui semua ni dgn baik. kak wani..take care!
hi maz.. o0o0o yg pasal poo poo tu perasaan je.. rupa2nya sakit nak push tu mmg sebijik mcm nak poo poo..hehehe.. btw, slmt pengantin baru :)
ngeh ngeh ngeh..salah budget la ye. lain yg rse nk kuar, lain pulak yg kuar. hahaha..
wah..sgt awl ucapn tu. pe2 pn..thank u.
Post a Comment