CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 29, 2010

Gadget Menyusu

Alhamdulillah, rezeki My Hadif aku xde masalah (lagi) untuk breastfeed dia sehingga kini.. Hadif xde masalah utk direct breastfeed or guna botol.. He is such a darling sbb my nipples langsung x luka sbb dia pandai suck aerola skali.. Aku dah mula berjinak2 dgn Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memproses susu utk dibuat stok daripada minggu 1st Hadif lahir lg. Ni kes teruja nak guna breastpump Ameda tu la.. Mmg kagum la cara Ameda bekerja, udah mcm mesin kat kilang.. Mmg recommended la utk dibeli, cumanya aku x jumpa lg posisi mengepam yg selesa + susu xkan tumpah.. huhu.

Express Breast Milk (EBM) ni plak aku bg Hadif minum bila2 masa aku perlukan 'Me Time'.. Masa nk bertungku, mandi, gi klinik, makan etc.. So far Hadif lngsung x menolak.. Disebabkn ini hanyalah IKS, aku blum mengepam secara serius utk dibuat stok bila dh mula keje nnti.. Maybe sbb aku dh bercadang nk amik unpaid leave 17hari slps maternity leave abis dan terus bersambung school holiday sebulan stgh, maka itu bermakna Hadif ada depan mata sampai usianya 4bulan, insyAllah..

Ok la, entry ni mungkin boleh dijadikan panduan utk ibu2 yg nak fully breastfeed anak, tp xtau apa yg perlu dibeli.. Aku susun mengikut keutamaan beserta pungutan bintang (5bintang utk kepuasan maximum)

1) Ameda - Lactaline Dual Breastpump (****)
Puas hati guna ini Ameda, x menyakitkan, boleh pump dlm keadaan rilex, flow pun laju, friendly utk dipasang dan digunakan + parts sikit dan mudah utk dibasuh..Tapinya mcmana nak pump dlm posisi yg betul2 selesa ek, kalo aku nak menyandar selesa sket je, mesti susu mcm nak tertumpah.. huhu


2) Jingle Jungle - Breastmilk Storage N Feeding Bottle (**)
Walaupun botol ni 2in1, boleh jadi feeding bottle jugak, aku x pernah gunakannya utk menyusukan Hadif.. Even ia memudahkan keje, amik je stock dlm fridge, tukar penutup ganti dgn puting, terus boleh panaskan, tp rasanya x hygienic la plak buat camtu + botol jingle jungle ni bknnya anti colic.. Sesiapa yg beli pump Ameda tu, aku x syorkn beli ini botol sbb dia gomok pendek.. Gomok sampai kena paksa sket br leh muat masuk kat tmpt botol Ameda tu.. Pendek boleh isi 5oz je.. Aku lg suka Spectra punya storage bottle yg kurus langsing tu.. hihi


3) MAM - Ultivent Anti Colic Bottle (****)
Puas hati sama ini botol gomok pendek.. Antara ciri2 botol ni yg obvious berbeza ngn botol lain ialah, ia boleh dibukak dr bawah utk memudahkn keje2 membasuh.. So, klu xde berus basuh botol tu pun xpe, botol xkan berkerak sbb boleh basuh 2 hala.. Yg x bestnya, bila rendam dlm warmer, akn ada sisa2 air dr bawah botol sbb ada lubang2 udara bawah tu + leceh sket nk basuh sbb ada 6parts kesemuanya..


4) Little Bean Warmer & Sterilizer (*****)
Ni adalah pemudahcara utk org yg malas tp very useful esp the warmer.. Mmg almost everyday akn digunakan utk panaskan botol susu Hadif.. Siap letak dlm bilik lg..


5) MAM Thermal Bag (*****)
Kelmarin order ini bag kat web Fabulous Mum, x sangka arini udah dpt.. Patutnya beg ni kena beli dr awal lg, xde la aku bersusahpayah nk warm susu Hadif byk2 kali.. Nak warm tu x kisah sngt tp x sempat susu nk panas, Hadif dah jerit2 kelaparan, kan kesian dia.. Bag ni boleh tahan suhu panas/sejuk dlm tempoh more/less 4jam.. So sngt sesuai utk travel..


6) Munchkin Deluxe Drying Rack (**)
Yg ni pun baru sampai td.. Actually xde pun xpe, tp sngt memudahkn sbb breastpump, botol MAM & storage bottle tu kn ada small parts, letak merata2 kang hilang plak parts tu.. Well organized la sket kalo ada rak comel boleh lipat ni..


Ni dia stok yg aku simpan.. Salunya paling kurang pun akn ada 3 botol standby dlm fridge utk waktu2 kecemasan atau kemalasan.. Haha.. So far Alhmdulillah, skali pump boleh dpt 5-6oz..

Oklah, selamat beramal :)

9 comments:

PakciQue said...

Sangat cemburu aku.
Happy birthday..

Azwani Shaari said...

thanks ingat besday aku yg muda 6hari dr ko..anak sulung ni biasa la kita try n error, anak yg lain nnti insyAllah ada penambahbaikan..

hartini said...

wow..macam2 nak kene beli ekkk wani...aku kene start simpan duit la cani...huhuhu

Nurraz said...

salam wani, akak nk tnya ni.. warmer yg wani guna tu sesuai utk semua jenis botol ke?

Azwani Shaari said...

tenet:
ye, mari menabung dr sekarang :)

nurraz:
salam kak.. rasanya sesuai utk semua botol sbb botol MAM yang gomok tu pun muat.. mula2 cadangnya nak beli warmer snow bear tp x muat utk MAM.. anak akak guna botol apekah?

Nurraz said...

thanks 4 the info wani :)
akak guna botol medela..agak2 sesuai tak ngan warmer tu? skg ni duk tgh survey2 warmer n sterilizer..kang simpan susu dlm fridge senang sket nk panaskan...
akak pun sama cam wani, standby susu dlm fridge utk waktu2 kecemasan :D

Azwani Shaari said...

gemok jugek botol medela tu kan..hihihi, btw kalo akak nk beli warmer ni o9 pun, leh tanya kat kedai tu dulu fit x..

p/s: suka la nama hafiy, mmg plan 2 nama ni hadif or hafiy :)

noraherni said...

Salam Wani, saya Nora kawan Mazniza, melawat awak di hospital hari itu.

Link ini pun Maz yang beri. Saya cuma 'curious', apa maksud Wani 'warm susu banyak kali' ya? Adakah susu yang sama Wani panaskan berkali-kalai selagi masih elok? Sekiranya tidak, alhamdulillah.

Sekiranya ya, sekadar mahu memaklumkan, susu ibu tidak boleh dipanas berkali-kali. Panaskan sekali sahaja, tidak habis perlu dibuang. Jangka masa selepas dipanas kan sehingga 4 jam (tengok suhu kawasan). Sebab itu digalakkan penyimpanan dalam botol kecil, 2/3oz satu botol. SUpaya apabila dipanaskan, tidak membazir sekiranya tidak habis.

Maaf sekadar menyibukkan diri :)

Azwani Shaari said...

salam nora :)
o0o0o pasal susu tu warm skali je sbb ada thermal bag tu utk simpan dlm tempoh 4jam tu..

thanks for the info ye.. btw nak tanya la, what happen if kita simpan ebm dlm freeze, tetiba blackout ke apa ke, susu yg dah beku tu cair balik, brape lama pulak tempoh hayat dia ek?