CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 29, 2011

Rumahku Syurgaku

Salam semua :) Baru sempat nak updet ini belog.. Btw, cuti skolah yg lepas (masa dpt pindah tu la) mmg marathon la cari umah utk disewa.. Search kat mudah.my, hartanah.net & iproperty so jumpa la 3-4 rumah yg berkenan dihati dan poket.. Marathon jugak susun appointment nak tgk sndiri umah2 tu (semuanya apartments btw) & berkenan la kat apartment yg ktorang sewa skang.. Apartment Taman Jasa Perwira ni baru setahun lebih siap, still cantik & in a good condition.. Aman damai lg le kawasan ni, tersorok sket kat Jln Sg Tua..

Ada gak la perancangan nak beli umah ni sbb sewa pun dah RM600 sebulan.. Kalo beli, xde la terasa membazir bulan2 dok membayar.. Nak beli rumah biasa (teres/semi-D) kat gombak / batu caves / selayang ni mmg sangat x mampu la kot.. Lgpun x bercadang nak settle down kat sini.. Cadang2nya dah stabil sket nnti baru nak cari Semi-D area sungai petani and back for good..

Apartment ni 870sf saje.. Ruang tamu & bilik boleh tahan la luasnya, dapur je la yang x berapa nak berkenan coz sempit sangat.. Kena pasang kitchen cabinet la utk lebih teratur.. Tu sbbnya kena beli, kalo menyewa x boleh nak renovate pape..

Pemandangan dari balkoni rumah..Mengadap ke empangan batu..

Ruang tamu budget..Perabot seadanya saje..

Suka beno layan babytv..huhu

Sape nak sedekah fm lagi?makcik mengalu2kan :D

Buah hati dah boleh berdiri :D

Wednesday, June 22, 2011

New Working Life

Life skarang udah berputar 360 darjah.. Langsung x sama mcm life kat Sarawak.. Dulu membuta dipagi hari bak ashabulkahfi, selagi Hadif x bangun, selagi tu la acik layan tido.. Skarang tidak lagi.. Tiap2 hari bangun kul 5.30am, masak bubur utk Hadif, buat breakfast simple dimple, iron baju, mandi, solat, kemas cooler bag, breakfast & gerak ke skolah..

Jauh x jauh from Batu Caves to Segambut..................

Gerak kul 6.38am, mileage 26011

Sampai kul 7.19am, mileage 26024

13km saje, tp still kena kuar awal sebelum acik terperangkap dalam jam yg x besh tu.. Dulu 2km je, x luak pun minyak, skang nmpk jugak la kesan luak tu.. Pape pun, xkisah la semua tu, acik tetap bersyukur & happy dengan life skarang :D

Kalo dulu ngajar English, skarang ngajar Pendidikan Khas.. Betul2 bidang yang baru dan mencabar.. Mmg dari dulu lagi mcm berminat nak ajar Pendidikan Khas, agaknya mmg dah rezeki, skang baru dapat.. Ada 6 kelas semuanya, satu kelas maximum 6org murid saje.. Lagi besh sebab aku x ajar subjek teras, just dapat subjek Muzik & Pengurusan Diri je.. Alhmdulillah, setakat ni xde masalah dengan skolah baru.. Rakan2 setugas semua best & GPK pun sporting..

Mula2 rasa weird gak sbb dah biasa ajar budak aliran perdana (budak normal & diajar secara biasa).. Mcm utk subjek Pengurusan Diri ni, topik 1st dia pengenalan kepada minuman, alatan utk meminum, cara minum yg betul etc.. So, masuk kelas bawak gelas, cawan, sudu, straw, air botol, air tin etc & terangkan psl semua benda tu, mintak derang tuangkan air dari tin minuman ke dalam cawan, monitor jgn sampai air tu tumpah, mntk derang bacakan doa makan etc.. Semua topik adalah basic thing utk anak2 ni berdikari uruskan diri sendiri tanpa bantuan ibubapa/penjaga/pengasuh.. Mak bapak bukan nak hidup selama2nya, kan.. Sbb tu anak2 ni perlu diajar utk berdikari..

Kalau dulu aku bertahan kat skolah lama sbb ada target mau confirm jawatan dulu & Alhmdulillah mmg dah confirm jawatan.. Skang target baru kat skolah baru, nak ikut kursus pendidikan khas, dapat sijil & bergelar guru pendidikan khas dlm erti kata ada tauliah utk ajar pend khas ni.. Harap2 dimudahkan semuanya sbb anak2 ini x pernah minta utk dilahirkan sebagai anak autisme, hyperactive, slow learner, syndrome down, cerebral palsy etc..

Mewarna dengan tekun (tapi mata mcm pandang lain je..huhu)

Yang ni mmg penunggu pintu yg setia..Kelas yg satu ni sentiasa dikunci utk elakkan bbudaknya melarikan diri..huhu

Belajar minum guna straw..

Music time.. Ngadap laptop layan VCD lagu..

Friday, June 17, 2011

Bye Bye Borneo

Wahhh, life adalah sangat2 bizi sampai xde masa nak on laptop.. Apentah lg nak updet blog, mmg x berkesempatan.. Alhmdulillah, seperti yg dah ramai tau, aku dah bertukar balik ngajar kat KL (later on la citer psl life skang), so sebelum pos kereta balik KL, sempat la jln2 pusing borneo dulu ngan family..

Ni gambar last day kat skolah.. Honestly, mmg best mengajar kat SK Pusat Lawas ni.. Pentadbir yg memahami, rakan sekerja yg sporting, budak2 ok, keje pun x banyak.. Tp tu la, ada tanggungjawab lain yg lebih besar menanti kat semenanjung :)

Ni plak keluarga kami kat Sarawak (pengasuh Hadif).. Hadif beruntung dapat pengasuh yang baik & layan dia mcm anak sendiri.. Satu family sayangkan Hadif, lgpun derang jaga Hadif sorang je.. Allah swt sajelah yg dapat balas jasa Kak Kiah & Abg Sa'di sekeluarga atas kasih sayang diorang kat Hadif.. Kalau ada umur yg panjang boleh kita berjumpa lagi :'(

Hadif buat muka serius kening The Rock..Haha

Jalan2 @ Tg Aru

Adam, Nora, Afeef, Mak, Mimi, Hadif, Aku, MyHazar, Abg Mie (sumbat semua dlm itu grand livina)

Desa Cattle (Ala2 kat padang ragut New Zealand x?hehe)

Hadif tgh tdo time ni, sian dia sampai demam kuat sangat berjalan..

p/s: Macam nak beli apartment area Gombak/Selayang/Bt Caves/Kepong (asap).. Budget dlm 130k, any suggestion? (dah tgk kat mudah.my & hartanah.net so sila jangan bagi cadangan soh cari kat situ ye, hihi)

Wednesday, June 8, 2011

Kopiah Kait

Senyum buruk..

Menyembur..

Menguap sudah..Mata pun dah berair..

Comey x kopiah Hadif? Sape ada anak bujang, kompem berkenan punya la kopiah bersulam nama ni.. Yang xde anak bujang lak, beli la kat suami korang..Tp tanggung la risiko sendiri kalo cadang2 nak buat surprise sulam nama suami, skali dia malu nak pakai, haha!

Dgn harga mampu milik RM10-RM15 sahaja, pelbagai corak dan warna....Dapatkan di SINI