CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 5, 2011

365 hari bersama Cinta Hati

Cinta Hati dah cukup 1 tahun, 2 September 2011 yang lepas.. Alhamdulillah, Allah bg kesempatan nak tgk Cinta Hati membesar depan mata.. Sepanjang 365hari tu, belum satu malam pun berpisah tempat tidur dengan Cinta Hati.. Cinta Hati hanya akan tertidur dicelah2 ketiak si ibunda..

Setahun yang manis menyusukan Cinta Hati sepenuhnya.. Walaupun breastfeeding journey tak semudah yang disangka, si ibunda teruskan jua.. Pernah stok ebm kais pagi makan petang, kais petang makan malam namun si ibunda kuatkan hati dengan tiupan semangat sang ayahanda.. Guna sang untuk ayahanda? Pernah juga xde stok langsung utk hari esok, bangun pump ditengah malam pun dpt dalam setengah oz je, pump pulak pukul 2-3am, 5-6am utk bekalan Cinta Hati semasa ibunda bekerja.. Alhamdulillah, Cinta Hati dan ibunda survived :)

Sekarang, Cinta Hati dalam proses memakai lampin kain moden sepenuhnya.. Dah sepurnama ibunda dan ayahanda tidak membeli lampin pakai buang.. Langkah penjimatan utk hidup yang lebih sempurna.. Hasil penjimatan susu formula dan lampin pakai buang, Cinta Hati sudah mempunyai caruman Takaful, medical card dan simpanan utk kegunaan menyambung pelajaran bila besar nanti..

Ibunda doakan agar Cinta Hati membesar menjadi anak soleh yang dapat mendoakan ibunda dan ayahanda bila tiada nanti.. Membesarlah dengan sempurna duhai anak kerana kamu tak pernah jauh dari doa kami :)

I've been breastfeeding for 1 year :)

Cinta Hati bersama ibunda dan sepupu-sepupu..

365 hari di dunia..

Nota Kaki: Cinta Hati dalam teks ini merupakan anak penulis iaitu Wan Hadif El-Deen Bin Wan Hazaruddin yang dilahirkan pada 2 September 2010, jam 12.43pm di Hospital Selayang :)

2 comments:

Super Ummi said...

K.wani... anak sedara saya 1st birthday die 4 september.. lebih kurang umur hadif.. Happy birthday hadif! ^_^

Azwani Shaari said...

wahhhhh rakan sebaya la ni..happy birthday juge utk anak sedara tu :D