CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 6, 2011

Ziarah ahli KIM ke rumah si kembar tiga..

Alhamdulillah, 27 Ramadhan yang lepas, saya sekeluarga bersama keluarga Umi Atef & keluarga En Muhammad Nayan berkesempatan berkunjung ke rumah En.Mansor, bapa kepada bayi kembar tiga yang tersiar di dada akhbar 17 Ogos yang lepas.. Kami ke sana mewakili Kump. Ibu2 Menyusukan untuk menghantar bantuan yang telah di sumbangkan oleh para dermawan ahli KIM :)

Antara sumbangan yang berjaya dikumpulkan adalah baju bayi, lampin kain moden (CD), lampin pakai buang (DD), botol susu, mandian bayi, kasut & barang2 bayi.. Saya juga sempat memberi penerangan kpd ibu terbabit tentang penggunaan CD dan beliau nmpk sungguh teruja.. Ye la kan, bg DD ni ibarat bg ikan utk derang makan, bila ikan habis, perut lapar balik.. Bila DD habis, kena kuar duit lg beli DD.. CD lak ibarat mata pancing, bila2 masa boleh kail ikan utk di makan. CD boleh guna berulang kali (kebetulan CD para penyumbang semuanya yg boleh adjust size from S-XXL) Btw, ibu kembar ni mmg berminat nak guna CD cuma xtau kat mana nak beli.. Ye la, CD kan susah nak jumpa kat kedai2 biasa..

Berkenaan susu.. Kembar 3 currently minum Lactogen.. Kenapa tak minum susu ibu? Actually, sebulan lepas melahirkan kembar ni, si ibu terpaksa di tahan di ward sbb bleeding yg teruk sampai kena buat operation utk buang rahim.. Masa tu semua kembar ditinggalkan dgn mak sedara derang & bila ibunya amik balik, derang dah reject breastmilk.. Nipple confused kot..That explain why the babies are formula-fed..

Ok, let the pictures do the talking...

Di halaman rumah En Mansor..

Bilik mandi (kalau layak dipanggil bilik)

Ruang dapur

Tandas..

Antara sumbangan yang di sampaikan..

Sedang memberi penerangan tentang penggunaan CD..

En Mansor & Adam (abg si kembar)

Si Kembar 3.. Comel, kan? :)

Dah mcm kembar 4 plak termasuk anak Umi Atef :)

Sumbangan tunai yang berjaya dikumpul sejumlah RM450. Moga dapat meringankan beban mereka..

Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..

Ingin memberikan sumbangan? Saya berterimakasih jika ada yang ingin menyumbangkan cloth diapers lagi.. Pre-loved pun xpe.. Kalau nak bg yang baru & tak menyusahkan, boleh tolong pre-wash dulu, so that bila sampai kepada ibu ini, dia boleh gunakan terus..

Sumbangan boleh dibuat ke:
Mansor Ibrahim,
Jalan Telekom Kubang Rusa,
Kg Lalang,
Mukin Siong,
09100 Baling,
Kedah.
013-4214573

Foto Kredit Untuk : Hazar El-Dien Photography

0 comments: