Wahh, lama sungguh berhibernasi sampai dah xtau nk start balik kat mana..New Year pun dah lama berlalu.. Di tahun baru 2012 ni, mcm2 perancangan nak buat.. Antara yang terpenting off course perancangan kewangan, sebabnyaaaaa...harap2 ada rezki masuk umah sndiri la tahun ni.. Biar la kecik pun, janji leh deco sesuka hati..hehe..
Tips kewangan yg mungkin kita bleh kongsi bersama.. Kalau nak kongsi la, kalo dah tau senyap2 je tau..Haha..
1) Senaraikan pendapatan & perbelanjaan bulanan.. Dahulukan belanja wajib spt loan kete, duit blanja mak, upah pengasuh, takaful, belanja utiliti, credit card & seterusnya baru plan utk duit poket & tabungan.. Skang dah mudah, bil api, air, astro semua bayar online saje..In my case, budget Januari sudah ke laut.. Takde savings sbb card credit melambung.. Takpe xde savings, janji hutang langsai.. Main KUTU pun kira savings la, kan? hehe
2) Anda pengguna kad kredit? Bagaimana anda menguruskan kad kredit anda? Guna bila terdesak? Guna bila2 masa ikut suka hati sbb nak point? Bayar lak camne? Bayar minimum balance? Statement balance? Outstanding balance?
Kalau aku, CC mmg khusus utk isi minyak je sbnrnya tapi guna jugak la utk shopping & makan2 kat luar TETAPI aku akan pastikan outstanding balancenya langsai setiap kali dpt gaji.. Jgn terbiasa bayar minimum je, x elok utk kesihatan duit ringgit.. Even statement balance lebih rendah dr outstanding balance pun, aku ttp akan bayar perabih semua.. Biar xde savings tambahan, janji hutang settled.. Alhmdulillah, selama menggunakan CC ni skali pun xpernah kena charged lg.. Itu saje rahsianya, pandai guna, pandai bayar ;)
3) Simpanan boleh dibahagikan kepada 2 (sekurang2nya) iaitu simpanan jangka panjang & simpanan jangka pendek.. Simpanan jangka panjang ni seboleh2nya jgn usik langsung.. Dulu, awal2 aku start keje back in 2006, aku bukak akaun Pewani under Bank Islam.. Akaun ni xde card, so leceh la nak korek2 kena gi bank, jadi selamat la duit2 kat situ.. Kalau ada ATM card, x selamat jugak rasanya.. Tp skang ni, Pewani & Tabung Haji dah leh access melalui akaun bank lain, so dah x brape selamat jugak la melainkan sendiri kena berdisiplin..
Boleh jugak menabung emas dengan membuka Gold Investment Account.. Kalau dengan Public Bank, simpan minimum 10 gram saje.. Bila2 ada duit, tambah lg minimum 5gram skali tambah.. Kalau harga naik & nak jual, minimum boleh jual 5gram jugak.. Setakat ni selamat la lg simpan dlm GIA ni.. x kuasa la emas naik sekupang dua pun nak jual.. Tunggu la harga naik rm500 segram ke baru puas hati nak jual..hehe
Satu lg simpanan jangka panjang ialah dengan mencarum Takaful.. After 20years dapat dlm 20k++ bleh la plan nak menunaikan haji, insyAllah..
Bebila terdesak, jgn guna simpanan jangka panjang, guna simpanan jangka pendek saje iaitu duit yg disimpan dalam akaun2 lain (selain akaun gaji) dan mempunyai kad ATM..
4) Tringin nak pergi bercuti tapi semedang duit tak cukup? Ok, it also happened to us last year.. Bila hujung tahun, duit pun tinggal sipi2 maka xde la bercuti ke mana sngt.. This year, aku propose kat husband utk main kutu lakibini mencarum rm50 sorang sebulan.. Ujung tahun nnti dah terkumpul rm1200..Ok la tu, at least nak ke mana2, lepas duit hotel, minyak, tol, makan minum pun jadi la kan..(ni kira target nak bercuti dalam negara je.. if nak bercuti luar negara, sila tambahkan jumlah caruman kutu)
5) Utk Hadif plak, aku bukak kan akaun Tabung Haji seawal usia dia sebulan.. Semua duit yg dia dapat simpan kat situ.. Umo blum 2thn dah ada saving more than 2k.. Juga perlindungan dan simpanan dlm Takaful.. As for me, tanggungjawab sbg ibubapa, kami akan cuba penuhkan semua keperluan Hadif (keperluan ya bukan kehendak).. Moga2 lepas ni, bila dia nak sambung belajar, dah ada savings.. x perlu berhutang ngan PTPTN ke apa ke..
Ok cukup la sesi membebel.. Ada tips sendiri utk dikongsi? Sila2 comment.. InsyAllah akan cuba rajin2 kan diri updet blog lg..Hehe
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
2 comments:
K.wani.... share lah dgn hana cmner nak berjaya dapat transfer ikut suami.. kdg2 hana rasa tak kuat nk hadapi semua ni sorang2...
huhuhu..akak dpt transfer pun lepas bawak anak ke sana, means mmg la susah, tp rezeki setiap kita x sama..mana tau hana dpt tukar lg awal..banyakkan berdoa, mohon padaNya..take care ye:)
Post a Comment