CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 26, 2009

Day 2 : Miri - Bintulu - Kuching

24 Ogos 2009

Dari Miri, ktorang bersiap secara bermalas2an je nak menuju ke Bintulu menaiki bas selama 3jam setengah.. Sungguh lama ok.. Dah ler xtau bas kul bape, main percaya je cakap taxi driver tu, katanya banyak bas nak ke Bintulu.. Cadangnya nak gerak kul 7.30am, tp disebabkan perasaan bermalas2an tu, kul 8.10am baru check out.. Tunggu ler teksi nak ke sana.. Ohhh terminal bas Miri adalah sungguh psiko! Bayangkan, sesampai je kitorang kat sana, berebut2 pengusaha2 bas datang ke teksi, siap bukak pintu n tanya nak pergi mana.. Bukan satu pintu je, 3-3 pintu dia bukak tanya.. Berebut2 nak ktorang naik bas derang.. Yang lebih psiko, derang siap amik beg2 ktorang terus bawak masuk dalam bas.. Sungguh kurang sopan ler.. Mujur dia x agih2kan satu beg kepada satu bas, huhuhu..

So, 9.20am bertolak dari Miri dan sampai ke Bintulu jam 12.30pm.. Jumpa Kak Ida kat sini n dia contact sorang pakcik teksi utk bawak ktorang bersiar2.. Bintulu pun bandar besar serba lengkap juge.. At least sungguh besar kalo nak dibandingkan dengan Lawas/Limbang tu.. Huhu..

Destinasi pertama, Tumbina Park.. Ya adik2, kenapakah taman ini dinamakan Tumbina? Kak Wani jawabkan ye, ini kerana ia diambil daripada singkatan Tumbuhan dan Binatang.. Bermacam2 jenis haiwan dan tumbuhan yang dapat kita lihat termasuklah haiwan lambang negeri Sarawak.. Apakah haiwan itu adik2? Ya tidak lain dan tidak bukan, burung enggang atau dikenali juga sebagai burung kenyalang.. Pipit terbang sama pipit, mana boleh terbang sama enggang... Burung pun ada kasta2 tau.. Hehehe




Lepas melawat Tumbina Park, ktorang singgah ke Pantai Tanjung Batu pula untuk bermandi manda, (ni acah je..hehe) Biasa la kan, datang amik2 gambo sepam dua sambil menikmati udara segar laut Bintulu.. Dan kemudiannya, tanpa berlengah2 lagi terus pula singgah ke satu kedai kraftangan utk melihat hasil2 kerjatangan penduduk Bintulu.. Pastu singgah MarryBrown tapau nugget utk bekalan berbuka puasa incase x sempat sampai Kuching dah iftar..



Siap segala, terus la menuju ke airport.. Penerbangan Air Asia Bintulu-Kuching yg memakan masa lebih kurang 50minit jugak la... Cuaca plak x berapa baik sbb Kuching dah hujan..


Sampai je kat Kuching, terus naik teksi menuju ke Arif Hotel yang telah pun aku booked seblm ni.. Masa nak check in tu confident je bayar utk 3 malam terus.. Sekali masuk je bilik hotel tu, oh Tuhan!!! Ni hotel kah atau apa kah? Sungguh tak selesa ya tuan2 dan puan2 sehingga saya menyesal bayar utk 3mlm terus.. Sungguh menyesal tahap terus call travel agensi n mintak senarai hotel lain yg dia boleh cadangkan.. Malas la nak citer apa yg x menarik psl hotel tu, silalah rasai sendiri.. Huhuhu.. By this time, xtau lg nak stay hotel mana the next day tu, tp ktorang mintak nak kenselkan 2mlm lagi dengan alasan ada kawan ajak tidur rumah dia.. Series esok tu nak gi check out n cari hotel lain le konon2nya..

Dah check-in, bukak puasa ngan nugget marrybrown, solat, mandi terus turun bawah cari kedai makan.. Bagusnya hotel ni sbb dekat dengan kedai makan dan masjid.. Hujan dah renyai2 masa tu tp still boleh redah nak ke kedai makan yang sungguh dekat itu.. Order la Nasi Ayam Penyet.. Sungguh sedap! Ayam dia sedap, sup sedap, sambal pun sedap.. Terbaik gitu..


Lps makan, jalan2 cari mini market lak, cari mineral water n jajan utk sahur.. Otw cari mini market tu nampak la satu hotel yang boleh tahan menarik jugak, hotel ni dicadangkan oleh travel agensi tu, betul2 belakang Arif Hotel.. Dormani Hotel namanya.. So lepas beli2 jajan tu, aku n Kak Ida singgah ke hotel tu, tanya2 rate segala terus mintak dia tunjukkan bilik.. Ok, cantik.. Hotel selesa, harga pun boleh layan.. Tu pun sbb ada promotion semperna Ramadhan, kalo x, x mmpu rasanya nak masuk hotel tu.. Maklumla, kami kan budget traveller.. Hehehe.. (budget tp memilih)

So, kompem la next day tu nak check in 2mlm plak kat Dormani Hotel tu.. Jadinya mlm tu, layan je la tido kat Arif Hotel tu.. Huhu..

Next trip : Cultural Village, Jong Crocodile Farm & Pottery Factory..

8 comments:

aza_idyllix said...

woooo best btul la dpt jln2 huhuhu..sy xnk jln jauh2..nk g raub je..felda lembah klau..nk jmp tirah huhuhu..

I-sya said...

aih..bulan pose pun boleh layan travel ek... huhuhu... xpe...ni sumer muka2 x blk umah. tarawikh ker idak cikgu? :)

areKnee said...

nanti dh g kuching bole la suggest tempat yg menarik nk g ye.. sy pegi thn dpn, tdo umah kakak.. hehehe

CeMoNG said...

nasi ayam penyet tu yg mcm tergoda je tgk..uishh..ade yg batal pose lak kang..:) tp knp dinamakan ayam penyet ye cikgu wani???

AJ Style's said...

hehehehe,horror kan tido Arif Hotel tu..takpe at least dapat makan ayam penyet sebelah tu..best oo..pernah cuba skali dulu..

Azwani Shaari said...

to fikri:
jauh tu raub, tp ok la kan, masih smnnjung gitu ;)

to kak isya:
hehehhe, dah smngt nak jln ni x kira puasa ke tak, mcm dpt extra energy gitu.. terawikh on juge, alhmdulillah :)

to areknee:
alaa, kitak org kuching lg mau tanya.. hihihi

to kak ning:
menurut firasat sy, ayam tu kena penyet dulu sblm dihidangkan, cuba tgk rupa paras dia, mcm leper kan? hehe

to abg arip:
bukan sbb horror, tp bilik dia x memuaskan hati, byk sngt yg xde dan x menyeronokkan.. x mcm hotel pun..huhu

+ e.z + said...

mmg x best yer arif hotel? akak baru nak book nih... tlg suggest... nak gi bolan 7... poser... boleh ke gi sana cenggitu jerk... walk-in... takut plk nak book

Azwani Shaari said...

eb: 5thn lps kak yg x menyeronokkan tu.. xtau la kot skarang dh ok :)