CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 5, 2015

Umrah Part 4: KLIA 2 - JEDDAH - MADINAH

Alhamdulillah, selamat sampai KLIA 2 on time spt mana yang diminta oleh Jad Travel.. Staff Jad pun bagus2... Sampai je situ, called Azri mntk tolong arrange kan wheelchair.. Zasstt beliau sampai, siap tolong tolakkan ke tmpt menunggu.. Bila semua jemaah dah smpai, ada sesi taklimat ringkas bersama mutawwif.. Big boss Jad Travel sekeluarga pun turut serta hantar jemaah.. Mmg thorrbaekkk lah :D 

Almost 3jam jugak bertunggu tangga di KLIA 2 tu, sblm berlepas... Bertolak jam 2.35am, mmg dah melangkaui waktu tido budak2 ni.. Abg Hadif steady je, naik flight kejap je dah lena.. Dik Asyfa punya menangis boleh tahan lama.. Sampai jemaah lain boleh kenal dia.. Bila jumpa balik lps tu, 'oooo ni yang menangis dlm flight tu ye...' Huhu

Lama jugak la baba dukung Dik Asyfa atas bahu time tido tu.. Asal letak je dlm bassinet dia nangis.. FYI, kami mntk Jad Travel tolong bookingkan hot seat attached with bassinet.. Kena bayaq extra RM259/seat (return) kalau x silap.. So, total 700++ jugak la kena.. Bassinet nya agak kecik utk ketinggian Dik Asyfa.. Tgk la kaki tu xleh lunjur.. Tp still puas hati amik hot seat, spacious enough utk anak2 main kat tmpt kaki tu.. Kalau seat biasa, mmg x selesa sgt la budak2 ni...

Time ni dah dekat nak smpai.. Alhamdulillah ok2 je depa dua :D

Hotel di Madinah, Jawharat Fayroz.. Lebih kurang 80m dari Masjid Nabawi..

Mak dan Ummi di dataran Masjid Nabawi ketika payung (payung ke org panggil?) kuncup..

Abg Hadif yang kepenatan ;)

Ni taklimat ketika ziarah dalam masjid.. Ust Khairiel bawak round masjid sambil bercerita sirah nabi.. Kisah Kubah Hijau turut termuat dalam penceritaan beliau.. Tak dapat join group ni sampai habis, Dik Asyfa dah cranky.. Rasanya dia penat & ngantuk.. So, xpe la mama bawak both kids balik hotel dulu rehat2 :)

Malamnya plak ada acara makan malam di bawah pohonan tamar yang indah dihiasai lampu.. MasyAllah, mmg pengalaman baru yg sangat berharga.. Abg & adik pun sronok main kejar2 kat situ.. 

Selesai makan2, kita shopping plak dalam kedainya... Mlm tu mmg xde pengunjung lain.. Mmg dibuka khas utk jemaah Jad Travel saje.. MasyAllah mmg seronok shopping dgn tenang.. Murah rezeki Abg Hadif, siap dpt sebungkus coklat campur2 lagik... 

Next day, kami ke Masjid Quba.. Masjid yang nabi janjikan, sekiranya kita ke sini dalam keadaan sudah mengambil wudhu, dan mendirikan solat didalamnya, maka pahalanya seperti mengerjakan umrah...

Barangsiapa bersuci di rumahnya kemudian mendatangi masjid Quba & shalat di dalamnya, maka ia akan mendapatkan pahala umrah. [HR. ibnumajah No.1402].

Waktu solat di Masjid Quba, Dik Asyfa mmg sgt behave.. Duduk elok2 je tepi mama smbil makan biskut.. Mmg x buat perangai langsung.. Alhamdulillah, bila kita mintak yg baik2, yang baik2 jugak la Allah akan bg :)

Maqam syuhada Uhud.. Al Fatihah buat mereka..

Di Bukit Magnet

Di Ladang Unta.. Beli jugak sebotol susu unta SAR5.. Saje nak rasa, amik sunnah.. Ok la rasanya, xde hamis ke apa...

Ni sekitar dataran masjid yg dirindui :(

Moga diberi lagi kelapangan masa, kesihatan dan rezeki untuk smpai lg ke bumi yang berkat ini, Aminnn

2 comments:

Unknown said...

Salam sis, saya baru tau pasal kewujudan Jad Travel dr kawan saya

Dari pengalaman sis ni..rasanya macam ok kan Jad Travel ni kan..sy dari Kl..bila tau ofis diorg kat Melaka..memula rasa mcm alamak jauhnye

Tapi skrg ni rasa mcm berminat pulak nak amik pakej dgn Jad Travel. Permudahkanlah ya Allah

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.