CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 3, 2016

BIRTH STORY EL-FADWA


Alhamdulillah, anakanda ke-3 kami Wan Nur El-Fadwa selamat dilahirkan pada 11.36pm : 01.05.2016

Birth Story El-Fadwa:

7.30pm: 
Siap² nak solat maghrib.. Tengok ada brownish spotting sikit.. Sikit sangat je pun.. Jadinya, abaikan je dulu...

8.30pm:
Habis solat, baca surah Maryam seround, masa ni rasa cramp kat perut & sekali sekala di pinggang.. Cramp yg kerap cuma sakitnya bearable.. Ngendeng² baring sebelah cik abang, dia pun urut² la dulu.. Time ni tak bgtau lagi kat suami yang cramp tu dah kerap.. Konfius sbb real contraction selalunya tangkap pinggang dulu, kan?

9.20pm:
Bgtau suami, rasa cramp kat perut tu kerap tapi takde la sakit sangat.. Konfius sebab kerap tu je la.. Lagipun orang tu dah serik jadi pak bidan.. Kita pun trauma jugak kalau tetiba unplanned homebirth lagik...

9.32pm:
Whatsapp gynea, Dr Zana.. Tanya pendapat dia.. Solat isyak.. Tengok Dr Zana tak reply whatsapp, so called nak mintak pendapat.. Dia suruh datang je GMC, biar nurse buat CTG dulu.. Dari situ baru dia decide macamana...

10.00pm:
Siap² nak ke hospital.. Hadif & Asyfa tinggal kat rumah dengan Ciksue derang.. Both behave je nak kena tinggal.. Otw ke GMC tu suami siap ckp, kita check in hotel dekat² hospital je la kalau xde contraction or bukaan lagi.. Masa ni pun still bearable pain..

10.20-10.40pm:
Nurse buat CTG.. Dalam masa 20min ni ada 5x mild contraction.

10.50pm:
Buat VE, bukaan dah 4-5cm.. Whatsapp family & close friends bgtau derang..

11.00pm:
Nurse siapkan ward & soh jalan gi ke ward dulu.. Ward dekat je pun dgn LR tadi.. Sampai kat ward baru rasa sakit contraction tu lagi kuat.. Masa ni setiap kali contraction mmg genggam tangan & lengan suami kuat².. Suami nak urutkan pinggang, tapi makin dia sentuh, makin sakit plak..

11.10pm:
Water broke.. Nurse datang nak cek.. Bagitau dia, ketuban dah pecah.. Nurse check dan confirmkan warna ketuban still jernih, xde meconium.. Alhamdulillah.. (Teringat Asyfa dulu kan tertelan meconium).. Ve kali kedua, dah almost fully dilate..

Kensel nak g LR.. Nak turun katil pun dah tak boleh.. Nurse pun setting peralatan dari LR bawak masuk ward.. Masa ni badan mengiring ke kanan.. Dok kepit je kaki taknak push lagi.. Setiap kali contraction dtg, mmg tangan & lengan suami jadi mangsa.. TQ tak terhingga untuk suami yang sangat membantu.. Dibacakan doa Nabi Nuh berulang kali sambil pesan jangan teran lagi..

11.20pm:
Dr Zana sampai.. Nurse suruh pusing badan supaya menelentang.. Tetiba teringat Dr Zana kata, posisi yang paling elok utk kurangkan risiko koyakan ialah all four (merangkak).. Teringat jugak dia cakap, 'ikut hang la nak posisi macamana... Saya ok je..'

Beralih dari posisi mengiring, ceq pun bangun pusing mengadap kepala katil & pacak lutut.. Nurse siap tanya, 'eh eh nak bangun g mana tu' kehkeh.. Tangan pulak paut kat leher dan bahu suami.. Masa ni baru fokus nak keluarkan baby... Sakitnya tu nekad terus nak 3 anak je.. (Masa Asyfa dulu nekad nak anak 2 je.. Haha)

11.36pm: 
Wan Nur El-Fadwa selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.9kg.. Tediaaa besaaqqq nya hang ni adik... (Abg Hadif 2.77kg, Kakak Asyfa 2.9kg)
Tak lama lepas tu plasenta keluar tanpa sebarang suntikan.. Paling legaaaa bila Dr Zana kata tak perlu jahit langsung.. Bahagian dalam takde koyak, bahagian luar skin nick.. Cuma sapukan ubat je, akan heal sendiri..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. TQ suami, TQ mak & ummi, TQ keluarga dan rakan² yang mendoakan, TQ Dr Zana, nurse dan GMC... TQ pada semua yang membantu melancarkan urusan lahirnya seorang El-Fadwa. Moga lebih banyak hospital lepas ni yang allowed free style bukan sekadar baring je tunggu saat kelahiran.. It helps a lot!

0 comments: