CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 23, 2009

Yupin & Hipin?

Ya Betul!!! Itu ler tajuk buku cerita yang hangat dibeli oleh anak2 murid aku skang ni.. Sungguh x leh blah...Yupin dan Hipin tuuuuuu... Nama jek lain, ilustrasi gambar memang sebijik2 amik Upin dan Ipin.. Tengok je la cover buku2 tu..

Plagiat? Aku tak pasti, tp itu satu isu la.. Satu lagi isu yang aku titikberatkan ialah isi kandungannya yang bagi aku sungguh tidak memuaskan hati.. Ye la, anak2 murid aku ni bukan lah banyak duit sangat, bukan datang dari keluarga yang senang pun, tp bila dah teruja dengan Upin & Ipin, dapat beli Yupin & Hipin pun jadik la yer... Dah alang2 beli tu, biar lah worth every penny.. Kau tengok jek la contoh pantun teka-teki dalam buku ni... Basically, pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud yang penghujungnya sama bagi baris 1&3 dan 2&4, kan? Tengok apa yang ada dalam Yupin & Hipin...

Lawak giler ok pantun2 ni terutamanya pantun selipar yang hilang ketika solat Jumaat tu... Tapi kenapakah lari jauh pembayang dan maksud? Kalau aku jadi editor buku ni, mungkin pantun ni sudah dibakulsampahkan.. Nampak sangat karya tangkap muat! Eeeeeee cikgu marah ni!



Akhir kata kepada semua yang terlibat, lu pikir lah sendiri!

Sunday, June 21, 2009

Temuduga SPP

Alhamdulillah, nama aku sudah tercalon untuk temuduga SPP bagi perlantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.. Bermula lah fasa membaca bersungguh2, mengetahui hal ehwal semasa, mengkaji latar belakang sejarah Sarawak, menghafal lagu Ibu Pertiwiku (lagu negeri Sarawak), baca itu..baca ini.. Mak nervous tauuuu..Huhuhu..

Tempat temuduga plak kat Limbang.. 7.30am dah kena ada kat sana.. Kompem la kena datang sehari awal, tdo kat sana satu malam.. Dah le kawan2 aku yg lain x dpt tau lg interview depa bila.. Sure x dpt sama tarikh. Kalau tak boleh pergi skali..Agak2 perbelanjaan gi interview ni boleh claim ke tak ek?

Ni kaedah2 nak ke Limbang:
1) Pengangkutan Udara - Boleh naik twin otter..
2) Pengangkutan Air - Naik bot express
3) Pengangkutan Darat - Naik bas TAPI kena ada international passport or at least passport Brunei sbbnya kena masuk Brunei dulu baru jumpa Limbang..

Ok frens, sesapa ada tips utk menghadiri interview ini adalah amat sekali digalakkan utk berkongsi cerita... Sharing is caring, no?

Thursday, June 18, 2009

MMA (Macam Macam Azwani)


KISAH 1
Aku: Ok class, family is .....
Pupils: (Buat muka blur)
Aku: Family is ke.....
Pupils: Kelas....
Aku: No...Family is ke..lu.....
Pupils: Keluar..
Aku: Bukan...Family is ke..luar....
Pupils: keluar kelas..
(pitam 2minit..ni tiru ayat muzem..hehe)

KISAH 2

Aku: Grandfather means Datuk.. Datuk mesti yang lelaki.. Kalau yang perempuan, nenek tu, what we call in english? Grand......
Pupil: Grandgirl..
(pitam lagi 10minit)

KISAH 3

Budak2 ni kan aktif..Jadinya cepat dahaga dalam kelas dan keluar la dialog, 'Teacher, aku mau minum..' Dan aku hanya akan bg derang minum, kalau derang mintak kebenaran begini, 'Please teacher, may I drink..' Dan kebanyakkan anak murid aku, ntah apa masalahnya puas aku ajar drink, 'gring' jugak yang dia sebut..Jadilah ianya, 'Please teacher, may I gring..'
Sampailah dlm kelas pend.Islam pun derang belagak ngan ustazah, bila nak minum cakap, 'please teacher, may i gring..' Ustazah tu pun tegur la bbudak tu, bukan gring la..drink.. Dan anak2 murid aku yg bijak bistari ni balas balik....'Betul la ustazah...gringggggg.. Teacher yang ajar...'
(bukan pitam, terus koma sehari.. Aku pulak yang dituduh)

KISAH 4
Aku: Ok class, what is the different between Madam & Miss? Apa beza Madam & Miss? (kena dwi bahasa utk budak darjah 1)
Pupils: Madam tu Madam Rozi..
Aku: Ye la, tp kenapa Madam Rozi tu dipanggil Madam? Teacher ni, Miss.. Miss Azwani.. Sapa tau, dpt hadiah..
Pupil: Madam tu utk orang yang tinggi, Miss tu orang yang rendah..
(kecik hati mcm nak koma lagi 2hari, mentang2 la aku pendek, madam Rozi tu tinggi.. Sebbaik bbudak ni x kata yang madam tu utk perempuan cantik jek..huhuhu)

KISAH 5
Aku: Kalau kamu sudah keluar kelas, mau masuk semula kena cakap, 'Please teacher, may I come in..' Ok class, kena cakap apa kalau mau masuk?
Pupils: Please teacher, may I kambing...
(Tak pengsan, tak koma, cuma mengucap 2kalimah syahadah)


Friday, June 12, 2009

Seberapa pantas?

Aku buta IT selama 18 tahun... Bayangkan...masa dah umo 18thn kat metrik, email sekeping habuk pun xde... Nak menaip pulak punya la terkial2, terhegeh2.. Sekali tu, aku jd s/u kelab sosial kat PMKN.. Kena la taip surat, kan.. Punya laa cuak dan berhati2 aku menaip.. Sebabnya, kalo dah taip2 tu, ada salah kat tengah2, aku pi backspace delete abih semua ayat2 yang tak salah pun.. Kaedahnya, makcik xtau nak pi terus kat tempat yang salah taip tu.. Hahaha.. Bayangkan ler, yang simple pun x reti masa tu.. Bila masuk UUM laa baru berjinak2 ngan dunia IT sampai terus jadi penagih tegar..

Sebenarnya nak cakap pasal kemahiran menaip.. Aku rasa, aku start boleh menaip dengan 'sedikit' pantas tanpa perlu tgk keyboard dengan kerap bermula sejak aku gila chatting.. Kat UUM gak la ni... Chatting dari balik kuliah, sampai lab nak tutup.. Sampai sejuk2 sup sayur.. Hahahaha! Ok2 tak ungkit dah..

Jadinya, ketika siri jelajah blog rakan2, terjumpa test ini di blog Encik Saad Blokdrive.. Hasilnya..Ini 'kepantasan' aku menaip untuk perkataan dalam Bahasa Melayu...

47 perkataan

Ujian Kepantasan

Dan ini kepantasan dalam English.. (Alaa tu pun sbb English words kan pendek2)

51 words

Typing Test

Ok, kamu pulak cuba ya... Mari kita kongsi2 kepantasan menaip :)

Sunday, June 7, 2009

Misi yang belum selesai..

Assalamualaikum...
Cuti tinggal more/less satu minggu sahaja lagi.. Dan sesungguhnya banyaaakkk lagi misi yg belum selesai..

i) CATERING
1) Zul Nasi Arab
- Menu utama: Nasi Arab, Nasi putih, Ayam masak Arab, Daging masak Samah, Dalca, Acar, Buah, Air & Bubur Kacang.
- Lauk pengantin: Ayam golek x2, Udang yg cucuk2 tu x2, Ikan siakap x2.
- Extra added: Meja pengantin+hiasan, khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.50 perhead
- Komen: Tadi En Zul ni dtg umah utk food testing, tp dia bg try nasi tomato, bukannya nasi arab.. pastu lak lauk2 cam pedas jek, takut budak takleh nak mkn la plak.. Tp aku makan td time dia dah balik, so x sempat la nak komen depan dia.. huhuhu..

2) An Catering (adik ipar Dato K ni..)
- Menu utama: Belum diskus..
- Lauk pengantin: Disediakan tp taktau apekah dia..
- Extra added: Meja pengantin+hiasan, khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.00 perhead
- Komen: Last 2years dah amik ngan Kak An ni, tp x sure lak dia ada buat nasi selain nasi tomato/minyak yang tipikal itu.. Konon2 tahun ni nak try nasi Arab, kalo dia boleh buatkan, mungkin la boleh amik balik dengan dia.. Selasa ni baru nak bincang..

3) Kelab Cinta Sayang
- Komen: Dicadangkan oleh Mak Long.. Selasa ni jugak baru nak bincang..

4) An Nur Catering
- Menu utama: Nasi Arab, Nasi putih, Ayam masak Merah, Daging hitam, Dalca, Acar, Buah, Air.
- Lauk pengantin: Tiada
- Extra added: Khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.00 perhead
- Komen: Mcm jauh sikit la plak, kat Bukit Besar Perlis.. Susah jugak la nak berbincang2..

5) Puteri Catering & Canopy
- Fully booked..

6) PaqDa Enterprise
- Fully booked

* Utk catering, 3 senarai teratas akan dipertimbangkan.. Kat KL/Kuantan/Johor takkan dpt harga camni kan...;)

ii) BARANG HANTARAN (yang dah beli je ditulis)
1) Kemeja + Slack + Tie
2) Bodycare + Parfume
3) Wallet + Belt
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)

iii) BAJU PENGANTIN
- Dah pergi 6butik pengantin, 3butik disenaraipendek.. Khamis ni baru booking.

iv) UJIAN HIV
- Khamis ni buat kat Klinik Kesihatan Kupang.

v) JURUGAMBAR
- Dalam perbincangan.. Akan diputuskan secepat mungkin..

vi) MAKE UP
- Dilla (adik angkat my fiance) yang low profile itu.. Alat makeup dia lengkap mcm mak andam, ada krayolan, mac, revlon etc.. Dia pernah make up kan aku skali masa nak kuar ngn my fiance, dan masa kat mines tu terserempak dgn kawan my fiance yang cakap muka aku cam Zarina AF.. hahahaa, x leh blah..

vii) LAIN-LAIN
- Bedsheet + comforter (bought)
- Langsir (selasa ni cari kat SP)
- Doorgift (selasa jugak)

Ok la, saya penat sudah.. Jerawat pun dah naik 2ketul, stress pikir persiapan kawen kot.. Susah jugak kerja jauh2 ni, semua benda nak siapkan sblm naik skolah..

Tata.....ZzZZzZzzZzzZzzzz

Monday, June 1, 2009

K.O.N.V.O

Alhamdulillah, secara rasminya aku dah menamatkan pengajian di IPGM Ilmu Khas dan meraih Diploma Pendidikan (Pengajian Pemulihan Khas).. Dan aku dah selamat pulang ke semenanjung minggu lepas.. Padat sungguh aktiviti mengirai duit di shopping complex sampai x sempat nak updet blog.. Warehouse sales tumbuh bagai cendawan lepas hujan.. Tp tu citer lain, ni citer konvo yang agak seronok jugak la sbb dapat jumpa balik kawan2 yg ditinggalkan hampir setengah tahun.. Family aku x dpt dtg since buat pun hari Khamis, semua org keje, malas la nak nyusahkan derang utk amik cuti.. Thnx utk My Fiance yang berCRK utk dtg konvo.. Tak dilupakan Cik Diana yang sanggup dtg walopun x brape sihat, Kak Nah yg bawak buah tgn dr Johor&Tganu, Mekja yang blanja ayam golek 5bintang, Kak Ida yang tolong amikkan jubah dan semua laaaaa :D

Ok, layan gambar la dulu...






Sebbaik x dak sapa kata aku makin gemok dok Sarawak.. Yang cakap makin susut ada la.. hihihihi.. Makcik suka :D