CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 7, 2009

Misi yang belum selesai..

Assalamualaikum...
Cuti tinggal more/less satu minggu sahaja lagi.. Dan sesungguhnya banyaaakkk lagi misi yg belum selesai..

i) CATERING
1) Zul Nasi Arab
- Menu utama: Nasi Arab, Nasi putih, Ayam masak Arab, Daging masak Samah, Dalca, Acar, Buah, Air & Bubur Kacang.
- Lauk pengantin: Ayam golek x2, Udang yg cucuk2 tu x2, Ikan siakap x2.
- Extra added: Meja pengantin+hiasan, khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.50 perhead
- Komen: Tadi En Zul ni dtg umah utk food testing, tp dia bg try nasi tomato, bukannya nasi arab.. pastu lak lauk2 cam pedas jek, takut budak takleh nak mkn la plak.. Tp aku makan td time dia dah balik, so x sempat la nak komen depan dia.. huhuhu..

2) An Catering (adik ipar Dato K ni..)
- Menu utama: Belum diskus..
- Lauk pengantin: Disediakan tp taktau apekah dia..
- Extra added: Meja pengantin+hiasan, khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.00 perhead
- Komen: Last 2years dah amik ngan Kak An ni, tp x sure lak dia ada buat nasi selain nasi tomato/minyak yang tipikal itu.. Konon2 tahun ni nak try nasi Arab, kalo dia boleh buatkan, mungkin la boleh amik balik dengan dia.. Selasa ni baru nak bincang..

3) Kelab Cinta Sayang
- Komen: Dicadangkan oleh Mak Long.. Selasa ni jugak baru nak bincang..

4) An Nur Catering
- Menu utama: Nasi Arab, Nasi putih, Ayam masak Merah, Daging hitam, Dalca, Acar, Buah, Air.
- Lauk pengantin: Tiada
- Extra added: Khemah x3, tukang cedok lauk.
- Price: RM6.00 perhead
- Komen: Mcm jauh sikit la plak, kat Bukit Besar Perlis.. Susah jugak la nak berbincang2..

5) Puteri Catering & Canopy
- Fully booked..

6) PaqDa Enterprise
- Fully booked

* Utk catering, 3 senarai teratas akan dipertimbangkan.. Kat KL/Kuantan/Johor takkan dpt harga camni kan...;)

ii) BARANG HANTARAN (yang dah beli je ditulis)
1) Kemeja + Slack + Tie
2) Bodycare + Parfume
3) Wallet + Belt
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)

iii) BAJU PENGANTIN
- Dah pergi 6butik pengantin, 3butik disenaraipendek.. Khamis ni baru booking.

iv) UJIAN HIV
- Khamis ni buat kat Klinik Kesihatan Kupang.

v) JURUGAMBAR
- Dalam perbincangan.. Akan diputuskan secepat mungkin..

vi) MAKE UP
- Dilla (adik angkat my fiance) yang low profile itu.. Alat makeup dia lengkap mcm mak andam, ada krayolan, mac, revlon etc.. Dia pernah make up kan aku skali masa nak kuar ngn my fiance, dan masa kat mines tu terserempak dgn kawan my fiance yang cakap muka aku cam Zarina AF.. hahahaa, x leh blah..

vii) LAIN-LAIN
- Bedsheet + comforter (bought)
- Langsir (selasa ni cari kat SP)
- Doorgift (selasa jugak)

Ok la, saya penat sudah.. Jerawat pun dah naik 2ketul, stress pikir persiapan kawen kot.. Susah jugak kerja jauh2 ni, semua benda nak siapkan sblm naik skolah..

Tata.....ZzZZzZzzZzzZzzzz

15 comments:

blokdrive said...

Nak cari langsir or kain ela, pegi kedai kain yang satu line dgn RFC SP. Hujung sekali. Nama dia apa Moda ntah. Setakat yg aku tau situ memang murah

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

oo..alomoda kot blokdrive..
cik wani..bila langsungnya?

Azwani Shaari said...

to blokdrive:
yaaa..alomoda namanya..langsir dia x survey lg, tp aritu tgk kain ela dia, mcm tipu jek harga.. dia up tinggi2, pastu diskaun 70%, padahal kain tu mmg jenis murah..hhuhuh

to nur:
orang SP ka? insyAllah dec ni, nnti datang la jugak ye :)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

cik wani..
nur di alor setar. sabtu lepas gi situ.org ramai sgt. tak besh nyopping.. tapi tul gak mcm cik wani kata.. tgk 1 jenis kain tu raya tahun lepas dah kuar tapi harga still melambung..
huhu.. alomoda ni tak sama mcm altamode kat shah alam.. sana kualiti kain dan corak kain lg menarik..

oh ye ke..
insyaAllah, nanti cik wani kena la kirimkan kad.. hikhik!

PakciQue said...

Wah! Dah nak kahwin dah kawan aku ni. Wei. Majlis aku datang tak? Kad nak tak?

Anonymous said...

salam..hi cik wanie tumpang lalu...
cik wanie tgh penin eik??kerja kawin ni mmg penin.klu bab katering dulu adik kak ambik kat al-barakah tikam batu,tokey dia cikgu..mkanan sedap & ramai org puji.qega pn tak mahai mana dlm rm6 seorng.lauk pengantin pun hias cantik2..puas ati la dgn servis depa.wlpun ayaq minum dh masuk dlm pakej tapi dpt mineral water hat botoi pendek tu sorang satu lagi..try la masuk website dia.klu kita pi tempat dia bleh try mkanan kenduri la la tu jugak.tak payah nak suh depa mai qhumah kita plak...tu cadangan saja sebab time kak kwin dulu tak dpt ambik coz masa singkat sdgkn cikgu tu nak 3 bulan awai kena booking.tu yg kak fras sgt sampai lani coz kwn2 mkn xsedap time kenduri.bab bju plak cuba cik wanie pi kat kedai mengadap cosmopoint sp tu..sederet ngan rhb.tokey dia nama fitri.fesyen kedai dia bleh tahan jgk mcm dlm majalah pengantin..latest & malatop.qega pn xmahai rm250 untuk sepasang klu baju 2nd tp klu bju 1st hand dlm rm400-450 ikut material.ataupun bleh p kat depan aneka gurun.geng2 depa jgk tangtu pn.masa time akad nikah dulu kak mekap,selendang,tiara & kasut cuma rm50 sja.mana nk dapt tu...bab bunga teluq plak ciba cik wanie pi survey kat rainbow aloq staq.kedai dia area blkg pekan rabu.sederet ngan kfc.kdai tu mmg murah & cantik.siap bleh cetak nama kat beg ketas lagi..klu nak la.satu lagi klu rajin nak survey pi kat depan sunway sebrg jaya.kdai nama a to z..hat tu lagi la,mcm2 jenih sangkaq dok ada..siap duit saja... so mintak maap byk2 la cik wanie kak ni tulih byk sgt..bkn apa kak mmg suka soping utk org kawin automatik diri jd muda blik...wink wink X_X

saiful said...

Nanti jangan lupa bagi kad. Kalau ada kesempatan, boleh jelajah Baling tu...

Azwani Shaari said...

to nur:
dah pergi alamoda siang td, x jumpa warna yg berkenan:( jumpa kat kedai2 biasa jek..apantah nama kedai tu :) insyAllah, nnti wani jemput k..

to pakcique:
rasanya mcm xleh dtg ler kenduri ko, dah buat bukan time cuti skolah.. huhuhuhu.. kad tu xpe lah..ko bg lah pada kawan2 kita yg agak2 boleh dtg.. aku mendoakan dr kejauhan agar majlis ko berjalan sempurna n korang kekal bahagia hingga ke syurga.. aminnnn :)

wehh, aku x berjaya nak masuk blog ko.. sungguh lambat giller loading..

to anonymous:
pasal catering, kezen sy pernah amik kat barakah thn lepas, tp sy x sure lak nape mak saya xnak amik kat situ yer.. hurmmm, nnti sy tanya mak balik :D

baju plak, my sista dulu amik kat fitri tu jugak...2thn lepas ler, time tu 250 sewa, xtau la kot skang dah naik..yg dok survey kat baling ni, mcm x berapa berkenan laa....tunggu balik raya la survey kat fitri tu...

yg lain2 yg akak cadangkan kat alor star semua tu, rasanya x dan la nak pi.. jauh sngt, saya lak keje jauh.. raya nnti cuti seminggu jek..huhuhuh..

newayyy, thanks a lot cadangan2 yg membina...pape info nnti, akak bgtau lagi k..

to abg saiful:
insyAllah kad menyusul nnti :)

Kemat said...

mana boleh orang Baling kenduri takder rias pisang + acar limau..tak kacip laa..heheh

Muhammad Yasir said...

Mantap-mantap, jadualnya sudah padat menghadap kahwin, Ferrero Roche kalau dapat pun syok juger.

Azwani Shaari said...

to kemat:
tu la psl, hajat di hati mmg nak berias pisang, tp dah sub ke catering, xtau ler camne.. dulu pak2 sedara dok tolong buat, skang semua uzur2 belaka..huhuhuh...erkkk acar limau tu mcm acar buah gak la kan.. yg tu ada la rasanya.. kad menyusul nnti ye, insyAllah :)

to panglima hikayat:
Di sarawak padat jadual mengajar, di rumah jadual kawen la plak.. hehehe.. ehh x elok ferrero roche tu, rosak gigi kamu nnti.. menyusul juga jemputan nnti, insyAllah :)

reykhanoo said...

nk kawin jugakk..hahaha!~~

Azwani Shaari said...

to reykhanoo:
jom2, kawen beramai2 :D

-zalehaj- said...

Congrat in advance

Azwani Shaari said...

Huhuhu..thanks! :D