Aku buta IT selama 18 tahun... Bayangkan...masa dah umo 18thn kat metrik, email sekeping habuk pun xde... Nak menaip pulak punya la terkial2, terhegeh2.. Sekali tu, aku jd s/u kelab sosial kat PMKN.. Kena la taip surat, kan.. Punya laa cuak dan berhati2 aku menaip.. Sebabnya, kalo dah taip2 tu, ada salah kat tengah2, aku pi backspace delete abih semua ayat2 yang tak salah pun.. Kaedahnya, makcik xtau nak pi terus kat tempat yang salah taip tu.. Hahaha.. Bayangkan ler, yang simple pun x reti masa tu.. Bila masuk UUM laa baru berjinak2 ngan dunia IT sampai terus jadi penagih tegar..
Sebenarnya nak cakap pasal kemahiran menaip.. Aku rasa, aku start boleh menaip dengan 'sedikit' pantas tanpa perlu tgk keyboard dengan kerap bermula sejak aku gila chatting.. Kat UUM gak la ni... Chatting dari balik kuliah, sampai lab nak tutup.. Sampai sejuk2 sup sayur.. Hahahaha! Ok2 tak ungkit dah..
Jadinya, ketika siri jelajah blog rakan2, terjumpa test ini di blog Encik Saad Blokdrive.. Hasilnya..Ini 'kepantasan' aku menaip untuk perkataan dalam Bahasa Melayu...
47 perkataan
Dan ini kepantasan dalam English.. (Alaa tu pun sbb English words kan pendek2)
51 words Ok, kamu pulak cuba ya... Mari kita kongsi2 kepantasan menaip :)
14 comments:
oh cik wani takper tak jadi masalah pon kalo tak laju typing..janji kiter bule dan mampu seiring... =)betul tak?
lajunya depa menaip..
˙nɾɐl ıƃɐl ıuɯɐɔ ʞılɐqɹǝʇ dıɐuǝɯ nɐlɐʞ nʞɐ
Salam Ukhwah, saya lompat masuk blog awak dari blog Bro. Saiful. Anyway, saya dah cuba ujian kepantasan ni, mungkin lepas ni boleh cuba lagi tengok kemajuan dari semasa ke semasa.
takat ni sy mampu dpt ni je.. uhuhu
Kamu menaip 351 aksara seminit
you mendapat 53 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah
Sparring partner dulu nih Cik Wani nih. Mari cuba.
Saya sudah cuba ujian ini. Saya dapat 1744 patah perkataan dalam seminit. Tak percaya? Tengok di blog saya.
to riez:
ya betulll.. xde masalah sbb kita x bekerja di bidang yg berkaitan..taip pun setakat guna dua tiga jari je pun..huhuhu
to blokdrive:
yg dpt 55 ke atas tu mmg terer laaa..
to pakcique:
huhhhh..buat susah nak baca jekk...
to apai:
salam ukhwah jua..so camne result?:)
to areknee:
wowww...53 pun pelaju..
to panglima hikayat:
alaaaa, ubah coding tu saya leh 2ribu seminit..hehehe, tp yg 60 seminit tu betul ke? sungguh pelaju pecut negara..
Result dah saya pamerkan di blog. Anyway, 37 perkataan seminit (Bahasa Melayu).
Saya pelari pecut acara tempo berterabur rapi.
Oh ye ke satu sekolah dengan Bro. Izwan Ali Wasi. Budak SMKASAS la ni. Saya ada la 4-5 orang kawan batch Izwan, saya budak Izzuddin. Dulu selalu pi SMKASAS, pertandingan nasyid. Saya dengan Bro. Izwan belajar sama di Matrikulasi UIAM dan degree. Lepas belajar, Bro. Izwan and wife dia kerja satu tempat dengan wife saya dekat International Islamic College (IIC), Kuala Lumpur. Tapi sekarang dia dah tukar kerja, Bro Izwan dekat Suruhanjaya Sekuriti dan wife dia jadi Pendidik. Dah lama tak jumpa dia.
To yasir:
Hahaha, tu acara dlm sukan komenwel ke sukma ke hape tu? xpernah dgr la pulak..hihihi
to apai:
o0oo0o0..kisahnya.. kecik sungguh dunia internet ni kan :)
akak dpt 59 perkataan seminit.. jgn marah ya.. haha.. guwa lebih terer chatting dari kamu! haha
wowwww..ini mmg ratu chatting....sungguh xleh dilawan..hehe
Post a Comment