CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 29, 2009

3D2N @ Limbang


Assalamualaikum...

Kesinambungan daripada cerita sebelum ni, makanya aku pun pergi la ke Limbang Isnin lepas.. Naik bot express je.. 3jam tuuuu... Tido, bangun, tdo, bangun..tak sampai2 jugekkk.. 3jam kemudian, sampai la jugakk.. Plan asalnya nak lone ranger je tp Alhamdulillah jupe kawan atas kawan yang sedang mencari kawan utk dibuat kawan ke sana.. Hahah, paham kan...


Sampai je kat jeti Limbang, terus berjalan kaki menapak menuju Purnama Hotel.. Dekat je pun, xperlu membazir naik teksi RM5.. So, check-in & rest kejap, pastu siap2 pergi jalan2 cari makan.. Terjumpa la Musbee Cafe yang indah dipandang, rasa xtau lagi camne.. So try la mkn kat situ.. Ok laa, sedap jugakk.. Kena dengan selera saya.. Lagipun tempatnya bersih dan selesa..


Balik tu, jalan2 kat Plaza Limbang sat, cari2 jajan la buat peneman nak study mlm ni.. Kononnyerrr nak study.. Balik tu, pegang2 nota sat, terus terlena..Huhuhu, sungguh heaven dpt tdo lepas lenguh2 dok dalam bot..

Sedar2 je hari dah gelap, layan Buletin Utama dulu sblm jalan2 cari makan lagi.. Saje la jalan2 sampai food stall area sungai tu.. Nampak le kedai Mamat Tomyam (pernah dgr nama kedai ni dlm blog perantau), so cuba2 la nak rasa tomyam dia.. Gelap sungguh area food stall ni, so what do you expect org masak dlm gelap? Mula2 aku terjumpa kulit bawang besar dalam tu, aihhhh maapkan ler.. lgpun tgh lapar.. Separuh jalan makan, jumpa nyamuk plak..... Adehh, terus mati selera guwa..

Balik bilik, study kejap (seriyes kejap je sbb dah diserang headache) teruss buummmm, tdooo lagi..


The next day, bersiap2 gi PKG Limbang yang jaraknya juga boleh berjalan kaki.. To make it short, dpt jd calon ke 4 dari 16calon, soalan2 yang ditanya plak mmg lain2.. Tak sama langsung dgn the first three candidates..Lama plak tu bersoal jawab, ada la dlm 25minit.. Antara yang di soal:

- Kaedah P&P: Masteri/konstruktivisme/kontekstual etc
- Pedagogi & Psikologi
- Bloom's Taxonomy
- KBSR/KBSM (Kaitan JERIS dengan komponen dalam KBSR)
- ICT
- Penyediaan RPH
- PIPP
- FPK/FPN (Apakah t/jwb guru spt yang termaktub dalam FPK?)
- Enrolmen murid / beza murid semenanjung & Lawas etc etc..
- Isu semasa: punca kegawatan ekonomi / 1 Malaysia / Kepentingan B.Inggeris
- Nama2 menteri dlm kabinet Malaysia / TYT Sarawak / Ketua Menteri Sarawak
- Sains & Teknologi (kisah angkasawan pun ditanya)

Paling cepumas bila last2 tu dia tanya nama anakanda Sultan Mizan yang jadi pemangku tu... Mana la aku nak ingat..... Huhuhu.. Moral of the story, walopun jauh di Sarawak, jgn disangka interview nya senang.. Pape pun, semua dah selesai, hrp2 within these 2 months, result yang kuar tak mengecewakan, amin :)

Balik tu, naik hotel rehat2 sat, pastu kuar jln2 round Limbang.. Mula2 pergi lunch kat food court atas Tamu Limbang, kat situ banyak gerai Islam.. Makanan pun boleh tahan la.. Siap makan, menapak pulak gi Muzium Wilayah Limbang.. Tanya kat org kedai2 kat situ, dia kata dekat je, boleh jalan kaki.. Rupa2nya jauhh la jugak nak menapak ke sana.. Adehh laaa, kalo tau jauh camtu baik naik teksi je.. Sampai2 je kat Muzium tu, tutup la pulakkkk, lunch hour.. So tunggu2 la kat luar tu sambil baca2 majalah..





Balik dari Muzium tu cadangnya nak naik bot penambang tp xde la plak.. So menapak la balik.. Layan tdo lagi dan mlm pulak makan kat Muslee Cafe tu jek.. Esok pagi bot pukul 8am.. Sekali lagi kena melalui pengalaman berlama2 dlm bot.. Sungguh tidak menyeronokkan.. Huhuhu, pape pun minggu ni rasanya berlalu dengan pantas, 3hari dah habis kat sini, 2hari mengajar dah wiken...

Selamat malam semua, nak kena tdo dah.. Bangun lmbt esok melepas plak nak breakfast free..

Sunday, July 26, 2009

Makanan paling 'Syurga'

Ramai kawan-kawan bertanya, mcmana makan kat Sarawak, ok ke? Let me tell you, kat tempat aku ni xde banyak sangat pilihan makanan yang kena dengan selera semenanjung aku ni.. Sbb tu la ktrorang selalunya makan kat rumah, masak sendiri.. Weekend plak, bila plan nak makan kat luar, hanya tiga tempat yang bermain di kepala. Samada mau makan di KFC (sini ada KFC, ok) Sugar Bun atau Tomyam Anita.. Tu saje pilihan yang ada wahai kawan-kawan.. Enough to explain why we can save more money here :) Tp duit2 tu nnti habis ke tempat lain plak..

Ok, jadinya antara ketiga-tiga tempat makan tu, saya gemar Sugar Bun ni.. Ini satu2nya makanan segera keluaran bumiputera Sarawak.. Mula2 dgr namanya dulu, aku ingatkan kedai ni jual bun/muffin/pizza/cake.. hehehhe.. Rupa2nya macam2 ada.... Tp makanan yang paling sedapp adalah Chicken with mushroom soup digabungkan dengan Chocolate Shake.. Yummilicious!






++ Esok saya akan menaiki bot express ke Limbang, lusa Interview SPP, tulat baru balik Lawas.. Doakan saya lulus ye kawan-kawan :)

Tuesday, July 21, 2009

Any cure for blocked nose?

Ini status saya untuk menarik perhatian kawan-kawan memberi sumbangan idea... Ini kerana blocked nose saya sungguh kritikal.. Tido sambil duduk pun tidak membantu.. Di sekolah pula saya menjadi sungguh tidak bermaya, letih lesu dan rasa mcm nak makan je budak2 tu.. Huhuhu..

Ohhooo ini petua mcm pernah ku dengar tp xpernah diamalkan lagi.. Akan dicuba malam ini.. Sapu kunyit.. Ok wani sila jangan tertukar dengan halia atau lengkuas.. Rosak muka kau nanti.. Thanks Cik Sakiinah, anda boleh berjumpa beliau di http://mencarisakiinah.wordpress.com/ untuk mencari sakiinah atau sebarang petua zaman dulu kala (ni aku saje tambah)

Ni pulak daripada Mejar Nurul.. Mejar ok, jangan main2.. Stim kan muka dengan air panas.. Senang jugak ni, tp kena rebus2 air dulu.. Ok wani, sila jangan malas, xkan nak g interview next week dlm keadaan hidung kau sok sek sok sek...Nak join askar, kontek Mejar Nuyui di http://nuyuiygcomey.blogspot.com/

Ini pula cadangan dari encik fendi.. saya bukak website tu, tgk produk mcm ok jek, tak cuba tak tau kan? lagipun harganya murah saje.. RM12 utk smnnjung dan RM13 utk Sabah/Sarawak.. Termasuk pos, encik fendi nak bg RM14 jek, jadinya tak salah la cuba kan.. Kalau berkesan nnti, i'll review about the product..

Ini penimbang gajah di airport Lawas.. Berat saya dah turun sikit ke angka 48.5kg.. Weeeeee :)

Saturday, July 11, 2009

Mahu Berperang Dengan Allah?


Assalamualaikum dan selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi MuhammadS.A.W..

Pernah pergi berperang? Tak pernah ye.. Tapi risau tak kalau suatu hari nnti negara kita kena serang, kena turun berperang, (mcm yang terjadi pada saudara2 kita di Palestin etc), takut x? Itu kalau berperang sesama manusia.. Berperang dengan Allah plak sanggup? Kalau Allah hantar segerombolan nyamuk mcm zaman Raja Namrud dulu pun x terlawan kan.. Jangan kata segerombolan, nyamuk 2-3 ekor kacau kita malam2 pun dah rasa nak mengamuk.. Mcamana.. sanggup kita nak berlawan dengan Allah?

Tau apa dosa yang sama mcm kesanggupan berperang dengan Allah?

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (Surah Al Baqarah - Ayat 279)

Aku dah terlalai.. Dan aku tak mau kamu yang membaca ini turut lalai.. Tau apa kaitan entry ini dengan gambar emas kat atas tu?

Actually aku ada tempah rantai emas kat sini.. Harganya RM117 segram dan aku nak amik 23.49gram, jadinya kalau bayar cash termasuk upah kenalah RM2870, tp boleh bayar ansuran dengan harga yang sama selama mana kau nak.. Tak ko rasa terpedaya nak amik? Boleh bayar sikit2, in case harga dia makin naik, dah untung kan.

Tu la logik akal singkat aku pikir.. Tak tau pun EMAS DAN PERAK TU TAK BOLEH DIURUSNIAGAKAN SECARA ANSURAN.. Serius aku tak tau.. Td bukak web Ust Zaharuddin pada pautan Hukum Beli Emas Ansuran dan Trade In maka terjumpa lah hukum membeli emas dan perak secara ansuran, di sepakati oleh empat mazhab adalah HARAM kerana termasuk dalam dosa RIBA.. Mau berperang dengan Tuhan?

Ok mmg ada pendapat ulama minoriti yang mengharuskan jual beli emas secara ansuran (sama mcm jual beli kereta atau rumah) tp bila sudah majoriti ulama berpendapat itu haram, apa yang kita nak sangkal kan lagi?

Aku ada ajukan 2 soalan kpd Ust Zaharuddin aka UZAR dan alhmdulillah UZAR dah jawab.. Ini soalannya:

Posted by wani, on 10-07-2009 23:14, IP 203.82.79.101,
maaf ustaz, saya dah scroll kebawah mencari kalau ustaz dah jawab soalan ni, tp x jumpa..
soalannya sama spt beberapa soalan dibawah, bagaimana kalau emas dibeli secara ansuran,mengikut harga semasa ketika persetujuan awal dibuat dan barang masih disimpan oleh pekedai sehingga ansuran selesai..
adakah ia masih dikira riba? sy akan mengikut nasihat ustaz seperti dibawah utk segerakan bayaran dan bertaubat. terima kasih ustaz
UZAR : sama sahaja haramnya menurut empat mazhab

Posted by wani, on 11-07-2009 12:38, IP 203.82.91.101,
salam ustaz.. betulkah fahaman saya sekarang...
belian emas secara tertangguh menjadi riba walaupun harga emas tidak dinaikkan kerana dalam tempoh bayaran ansuran itu, kalau harga emas turun, pembeli akan rugi dan kalau harga emas naik, penjual pula rugi..
betulkah kefahaman saya ustaz?
terima kasih..
UZAR : ye betul

Harap2 entry ni membantu agar kamu yang membaca tidak tersalah membuat pilihan sehingga melibatkan diri dengan riba..

p/s:
- Kalau nak buat pinjaman peribadi, perumahan, kereta etc pastikan pinjaman tu islamik.. Macamana nak tau? Ada simbol i kat belakang dia..
- Kalau nak amik perlindungan insurans, pastikan ianya takaful dan mempunyai majlis syariah yang memantau..

Sila rujuk http://www.zaharuddin.net untuk makluman lanjut terutamanya berkenaan perbankan & insurans, hal ehwal riba, pelaburan & perniagaan, kewangan dan lain-lain lagi.. Itu info terbaik..

Inni Akhafullah.

Ssungguhnya aku takutkan Allah.

Saturday, July 4, 2009

Namanya Siti Zamiera

Ini seorang daripada 29 murid kelas aku.. Aku guru kelas 2 Amanah tapi tidak terlibat mengajar kelas mereka, jadinya agak susah untuk aku kenal mereka secara lebih dekat. (Hopefully next year, kalau kena jd guru kelas lagi, dapatler kelas yang memang aku ngajar)..

Murid ini mempunyai masalah kehadiran ke sekolah. Dalam sebulan, sekurang2nya 8-9hari akan bertanda 0.. Dan bulan lepas je dalam 2minggu straight dia tak datang.. Walaupun selalu tak datang, markah ujian pertengahan semester dia tak lah terlalu teruk. Lebih elok daripada sesetengah murid yang kedatangannya penuh. Hanya satu subjek yang failed while the rest tu majoritinya dapat B.. Ok la tu kan kalau nak compare dengan kedatangan dia yang lebih banyak tak datang dari datang tu..

Jadinya, last week dia dah start dtg skolah smula.. Aku pun luangkan masa utk panggil dia ke bilik guru dan sembang2.. Agaknya dia dpt mengesan tujuan sebenar aku panggil dia, terus dia mintak maaf sbb lama x dtg skolah.. Ada masalah keluarga katanya..

Menurut cerita Zamiera ni, ayah dia baru diberhentikan kerja, jadi terpaksa jual motor utk tanggung perbelanjaan hidup derang anak beranak. (tu punca utama tak dapat pergi sekolah, xde transport). Mak dia pulak warga Filipina dan berada kat sana coz dalam pantang lahirkan adik dia. Sekarang ni, dia pergi sekolah dengan menumpang seorang sepupu dia.

Keluarga kat sini pelik sikit. Ramai yang tinggal serumah dengan sedara mara semua. Mcm Zamiera ni, kat rumah dia bkn je ada keluarga dia, dengan keluarga 2 orang ayah saudara + nenek lagi.. Semua tinggal serumah.. Aihhhh, xleh nak bayangkan.. Paling menyentuh bila dia cerita yang dah selalu sangat dia berlapar bila xde makanan. Kalau beras x cukup, buat bubur nasi jek.. (tersentuh hati akak mendengarnya.. kat rumah akak ni makanan asyik berlebih sampai membazir..huhu)

Sebenarnya ramai je murid2 kat sini yang bermasalah keluarga mcm tu. In fact, yang lebih teruk dari tu pun ada, tp Zamiera ni lain sket sbb walaupun dia susah, dia murid yang baik n rajin belajar. Hopefully, dia akan kuatkan semangat untuk terus belajar sekaligus mengubah hidup dan masa depan dia nnti. Aminnn :)

Cerita lain:

Aku skarang bizi buat oral test kat bbudak ni.. Ni contoh jawapan murid aku yang sungguh menggelikan usus dan pankreas..

Soalan pertama aku sungguh la simple,

Ok boy/girl, what is your name?

Contoh jawapan yang aku terima:

1) My name is Zakaria. (Ok clever)
2) Nurafina. (incomplete)
3) Your name is Jakson. (Nama kau ke nama aku?)
4) What is your name? (Eh.ehh..dia tanya kita balik..)
5) I like to eat chicken. (Apa kes?)

Jadi...korang dah tau kan nape seminggu tak cukup utk settlekan semua test tu..hehehe