CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 29, 2009

3D2N @ Limbang


Assalamualaikum...

Kesinambungan daripada cerita sebelum ni, makanya aku pun pergi la ke Limbang Isnin lepas.. Naik bot express je.. 3jam tuuuu... Tido, bangun, tdo, bangun..tak sampai2 jugekkk.. 3jam kemudian, sampai la jugakk.. Plan asalnya nak lone ranger je tp Alhamdulillah jupe kawan atas kawan yang sedang mencari kawan utk dibuat kawan ke sana.. Hahah, paham kan...


Sampai je kat jeti Limbang, terus berjalan kaki menapak menuju Purnama Hotel.. Dekat je pun, xperlu membazir naik teksi RM5.. So, check-in & rest kejap, pastu siap2 pergi jalan2 cari makan.. Terjumpa la Musbee Cafe yang indah dipandang, rasa xtau lagi camne.. So try la mkn kat situ.. Ok laa, sedap jugakk.. Kena dengan selera saya.. Lagipun tempatnya bersih dan selesa..


Balik tu, jalan2 kat Plaza Limbang sat, cari2 jajan la buat peneman nak study mlm ni.. Kononnyerrr nak study.. Balik tu, pegang2 nota sat, terus terlena..Huhuhu, sungguh heaven dpt tdo lepas lenguh2 dok dalam bot..

Sedar2 je hari dah gelap, layan Buletin Utama dulu sblm jalan2 cari makan lagi.. Saje la jalan2 sampai food stall area sungai tu.. Nampak le kedai Mamat Tomyam (pernah dgr nama kedai ni dlm blog perantau), so cuba2 la nak rasa tomyam dia.. Gelap sungguh area food stall ni, so what do you expect org masak dlm gelap? Mula2 aku terjumpa kulit bawang besar dalam tu, aihhhh maapkan ler.. lgpun tgh lapar.. Separuh jalan makan, jumpa nyamuk plak..... Adehh, terus mati selera guwa..

Balik bilik, study kejap (seriyes kejap je sbb dah diserang headache) teruss buummmm, tdooo lagi..


The next day, bersiap2 gi PKG Limbang yang jaraknya juga boleh berjalan kaki.. To make it short, dpt jd calon ke 4 dari 16calon, soalan2 yang ditanya plak mmg lain2.. Tak sama langsung dgn the first three candidates..Lama plak tu bersoal jawab, ada la dlm 25minit.. Antara yang di soal:

- Kaedah P&P: Masteri/konstruktivisme/kontekstual etc
- Pedagogi & Psikologi
- Bloom's Taxonomy
- KBSR/KBSM (Kaitan JERIS dengan komponen dalam KBSR)
- ICT
- Penyediaan RPH
- PIPP
- FPK/FPN (Apakah t/jwb guru spt yang termaktub dalam FPK?)
- Enrolmen murid / beza murid semenanjung & Lawas etc etc..
- Isu semasa: punca kegawatan ekonomi / 1 Malaysia / Kepentingan B.Inggeris
- Nama2 menteri dlm kabinet Malaysia / TYT Sarawak / Ketua Menteri Sarawak
- Sains & Teknologi (kisah angkasawan pun ditanya)

Paling cepumas bila last2 tu dia tanya nama anakanda Sultan Mizan yang jadi pemangku tu... Mana la aku nak ingat..... Huhuhu.. Moral of the story, walopun jauh di Sarawak, jgn disangka interview nya senang.. Pape pun, semua dah selesai, hrp2 within these 2 months, result yang kuar tak mengecewakan, amin :)

Balik tu, naik hotel rehat2 sat, pastu kuar jln2 round Limbang.. Mula2 pergi lunch kat food court atas Tamu Limbang, kat situ banyak gerai Islam.. Makanan pun boleh tahan la.. Siap makan, menapak pulak gi Muzium Wilayah Limbang.. Tanya kat org kedai2 kat situ, dia kata dekat je, boleh jalan kaki.. Rupa2nya jauhh la jugak nak menapak ke sana.. Adehh laaa, kalo tau jauh camtu baik naik teksi je.. Sampai2 je kat Muzium tu, tutup la pulakkkk, lunch hour.. So tunggu2 la kat luar tu sambil baca2 majalah..





Balik dari Muzium tu cadangnya nak naik bot penambang tp xde la plak.. So menapak la balik.. Layan tdo lagi dan mlm pulak makan kat Muslee Cafe tu jek.. Esok pagi bot pukul 8am.. Sekali lagi kena melalui pengalaman berlama2 dlm bot.. Sungguh tidak menyeronokkan.. Huhuhu, pape pun minggu ni rasanya berlalu dengan pantas, 3hari dah habis kat sini, 2hari mengajar dah wiken...

Selamat malam semua, nak kena tdo dah.. Bangun lmbt esok melepas plak nak breakfast free..

9 comments:

PakciQue said...

Macam Nasi Ayam Penyet saja. Sama ke?

Azwani Shaari said...

Aku rasa sama jek..panggilan je la kot berbeza..yang ni sambal dia xsedap sngt, aku pernah makan kat Miri, sambal dia giler sedap terbaik! sungguh menjilat jari..

Setelus Hati Zinnirah said...

cik wani.. nasi lalapan tu nmpak mcm sedap sgt di mata miss nuyui.. ehehehehe.. wah.. cantik yer gambo cik wani yg kt tepi sungai tu.. jelez nyer.. huhuhuhu

Azwani Shaari said...

heheh..sedap, marilah sini nak cuba.. thx for the compliment ;)

Mohd Khairi said...

askum cik wani...bagus usaha cik wani ni menyebarkan info yang berguna menggunakan blog ni...saya suka cerita2 cik wani muatkan dan sebelah sisi tu ada tarikh2 umum yang dapat dirujuk...teruskan semoga ia menjadi ibadah

Azwani Shaari said...

syukran:) btw, ngajar sarawak juge ek?

Mohd Khairi said...

mengajar di sarawak gak...saya dapat tahu blog cik wani pun dari kakak cik wani gak dia yang bagi...he he..saya ada skype dengan dia..bulan 8 ni tak balik terengganu ke??

Azwani Shaari said...

o0o0o..kak ienda ek.. bulan 8 ni x balik, raya je balik, balik kedah ler.. dia je dok tganu..

Rashid said...

salam

tentu seronok kan jalan-jalan..

ishh buaya. nasib baik buaya baik. Jangan buaya makan orang dah.. hehe