CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 11, 2009

Mahu Berperang Dengan Allah?


Assalamualaikum dan selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi MuhammadS.A.W..

Pernah pergi berperang? Tak pernah ye.. Tapi risau tak kalau suatu hari nnti negara kita kena serang, kena turun berperang, (mcm yang terjadi pada saudara2 kita di Palestin etc), takut x? Itu kalau berperang sesama manusia.. Berperang dengan Allah plak sanggup? Kalau Allah hantar segerombolan nyamuk mcm zaman Raja Namrud dulu pun x terlawan kan.. Jangan kata segerombolan, nyamuk 2-3 ekor kacau kita malam2 pun dah rasa nak mengamuk.. Mcamana.. sanggup kita nak berlawan dengan Allah?

Tau apa dosa yang sama mcm kesanggupan berperang dengan Allah?

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (Surah Al Baqarah - Ayat 279)

Aku dah terlalai.. Dan aku tak mau kamu yang membaca ini turut lalai.. Tau apa kaitan entry ini dengan gambar emas kat atas tu?

Actually aku ada tempah rantai emas kat sini.. Harganya RM117 segram dan aku nak amik 23.49gram, jadinya kalau bayar cash termasuk upah kenalah RM2870, tp boleh bayar ansuran dengan harga yang sama selama mana kau nak.. Tak ko rasa terpedaya nak amik? Boleh bayar sikit2, in case harga dia makin naik, dah untung kan.

Tu la logik akal singkat aku pikir.. Tak tau pun EMAS DAN PERAK TU TAK BOLEH DIURUSNIAGAKAN SECARA ANSURAN.. Serius aku tak tau.. Td bukak web Ust Zaharuddin pada pautan Hukum Beli Emas Ansuran dan Trade In maka terjumpa lah hukum membeli emas dan perak secara ansuran, di sepakati oleh empat mazhab adalah HARAM kerana termasuk dalam dosa RIBA.. Mau berperang dengan Tuhan?

Ok mmg ada pendapat ulama minoriti yang mengharuskan jual beli emas secara ansuran (sama mcm jual beli kereta atau rumah) tp bila sudah majoriti ulama berpendapat itu haram, apa yang kita nak sangkal kan lagi?

Aku ada ajukan 2 soalan kpd Ust Zaharuddin aka UZAR dan alhmdulillah UZAR dah jawab.. Ini soalannya:

Posted by wani, on 10-07-2009 23:14, IP 203.82.79.101,
maaf ustaz, saya dah scroll kebawah mencari kalau ustaz dah jawab soalan ni, tp x jumpa..
soalannya sama spt beberapa soalan dibawah, bagaimana kalau emas dibeli secara ansuran,mengikut harga semasa ketika persetujuan awal dibuat dan barang masih disimpan oleh pekedai sehingga ansuran selesai..
adakah ia masih dikira riba? sy akan mengikut nasihat ustaz seperti dibawah utk segerakan bayaran dan bertaubat. terima kasih ustaz
UZAR : sama sahaja haramnya menurut empat mazhab

Posted by wani, on 11-07-2009 12:38, IP 203.82.91.101,
salam ustaz.. betulkah fahaman saya sekarang...
belian emas secara tertangguh menjadi riba walaupun harga emas tidak dinaikkan kerana dalam tempoh bayaran ansuran itu, kalau harga emas turun, pembeli akan rugi dan kalau harga emas naik, penjual pula rugi..
betulkah kefahaman saya ustaz?
terima kasih..
UZAR : ye betul

Harap2 entry ni membantu agar kamu yang membaca tidak tersalah membuat pilihan sehingga melibatkan diri dengan riba..

p/s:
- Kalau nak buat pinjaman peribadi, perumahan, kereta etc pastikan pinjaman tu islamik.. Macamana nak tau? Ada simbol i kat belakang dia..
- Kalau nak amik perlindungan insurans, pastikan ianya takaful dan mempunyai majlis syariah yang memantau..

Sila rujuk http://www.zaharuddin.net untuk makluman lanjut terutamanya berkenaan perbankan & insurans, hal ehwal riba, pelaburan & perniagaan, kewangan dan lain-lain lagi.. Itu info terbaik..

Inni Akhafullah.

Ssungguhnya aku takutkan Allah.

16 comments:

HaZaR eL-DieN said...

dan sesungguhnya benda ni dah lama diberitahu oleh seorang saya yang jahil ini...mmg la saya ni bknnye pakar muamalah Islam...tapi tau la jugak sket2 ttg hukum hakam ni...

psl takaful tu, kalau sesapa nak penerangan lanjut, sila hubungi saya ye...hehehehe... :-)

Azwani Shaari said...

saya taktau pun awak maksudkan tak boleh tu sbb riba..saya kan blur sket, kena straight to the point baru faham..huhuhuhu..xpe, saya akan langsaikan balance ansuran emas tu secepat mungkin..zasstttt

PakciQue said...

Info yang baik. Sangat baik. Terima kasih.

Tapi, selama aku membeli emas ni, takde lagi secara ansuran. Aku beli tunai. Tapi, memang aku ketuk peniaga emas tu habis-habisan lah. Ho-ho!

Azwani Shaari said...

Ini pun adalah kali pertama aku cuba membeli secara ansuran.. kononnya daripada duit membazir tak tentu hala, baik byr kat kedai emas ni sket2..tak sangka plak begini jadinya..

ko kan pakcique kayo, mesti lah beli tunai..tp incase ada sedara2 beli ansuran, boleh la ko sampaikan apa yg benar ni..:)

PakciQue said...

Alhamdulillah.

Tapi,pandai lah kau. Kayalah konon. Aku beli guna duit tabungan syiling yang aku simpan dalam tong gas aircond tau. Berat gila. Orang welding yang nak potong tong tu pun risau mata cutter dia rosak. Ho-ho.

cik fiza said...

cik wani, kalu kite bayar dgn kredit kad mcm mn ye? kite x berhutang dgn org kedai tu..

Azwani Shaari said...

to pakcique:
fuyooo..mana dpt idea nk menabung dlm tu?kreatif gilerrr.. duit tabungan aku akn bertukar jd note everytime pindah tmpt blajar or keje..

to cik fiza:
good question..
Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut “at-taqabud fil hal” dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : “Proses terima serah “At-Taqabud” sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat”.

Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996. Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 ) Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan “ Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan” . Maka hukumnya : HARAM.

sumber:
http://www.zaharuddin.net/content/view/134/93/

Anonymous said...

terima kasih dik..jazakallah..atas info yg sgt berguna..terasa diri sgt jahil..dolu2 org bendang slu bt urusniaga camni..setiap kali ambik padi byr pada tokey kedai mas sikit2 sampai la abih..Subhanallah...

Azwani Shaari said...

Sharing is caring.. sama2 lah kita sebar2kan isu ini..moga bermanfaat utk umat Islam, insyAllah

reykhanoo said...

kak wani ..
sharing is caring.. yahh =)

sy y da prnah bljr bab ni pon agak terlepas pandang dr bab ni .. isk isk ..
takut betul T__T

bila skali pandang nmpk mcm hukum dia 'halal' je.. ye la ,secara kasar x nmpk riba nya n 2-2 pihak setuju byr secara ansuran..

ittaqullah ..

Muhammad Yasir said...

Andai dikau (riba) menjelma, ku bagai tak berdaya. Hehe.

Azwani Shaari said...

to reykhanoo:
sebar2kan lah ye.. mmg ramai pun amik ansuran mcm ni...terlepas pandang jugak mungkin...

to panglima hikayat:
haaaa, lagu solat udah, lagu zakat, mengucapkan dua kalimah syahadah semua udah pernah dgr, bila skoobedooparp or mirwana nak buat lagu riba pulak?;)

Aleph Prime said...

Tapi perbankan Islam lah yg paling menyakitkan orang ramai. Kadar keuntungan atau juga dikenali sebagai RIBA, sangat tinggi! Harga pasaran rumah dah turun, tapi 'riba' itu tak turun2 jugak, sepatutnya diturunkan seiring dgn kadar harga rumah.

Then, kalau rumah tak siap, pembeli tetap kena bayar. Jadi di mana perkongsian risiko yg wujud? Dalam keadaan ni, hanya si pembeli yg rugi....

Kad kredit, kadar keuntungan pun tinggi....

Kadang2 pelik tgk perbankan islam. Katanya nak jadi asing dan tak mau sama, tapi benda2 asas dan tambahan - tetap gak pinjam daripada konvensional... cuma beza dia, letak nama Islamic sikit....

(mengeluh), even yg jalankan perbankan islam itu pulak orang bukan islam... tak ker lagi pelik?

Azwani Shaari said...

to aleph prime:
jawapan anda, insyAllah ada disini.. please have a look..

1) MENGAPA LEBIH RAMAI NON MUSLIM MENGGUNAKAN BANK ISLAM
http://www.zaharuddin.net/content/view/558/101/

2) PERBANKAN ISLAM MAHAL DAN ZALIM?
http://www.zaharuddin.net/content/view/287/101/

3) BANK ISLAM MENIPU DAN BANK KONVENSIONAL SBNRNYA LEBIH MAHAL?
http://www.zaharuddin.net/content/view/587/101/

saifudin said...

Salam, sekadar tumpang lalu dan berminat tentang topic ini. Ramai juga staf dipejabat bertanyakan hal emas pada saya. Alhamdulillah penjelasan sudah diberikan.

Mengupas komen yang diberikan, untung dan riba dua perkara yang berbeza. Sebab tu kalau harga rumah jatuh merudum harganya tetap sama. Tapi kalau harga rumah meningkat kita tak pernah nak soalkan pun. Kita perlu faham untung tu hasilnya dari jual beli. Riba tu hasilnya daripada pinjaman. Kedua-duanya memang tak sama. Jadi pastilah implikasinya berbeza. Sudah tentu harga rumah tak boleh turun kerana kita telah bersetuju dengan harga rumah tersebut.

Tentang rumah tak siap, tidak boleh semata-mata salahkan bank. Pihak berkuasa dan regulator kena mainkan peranan. Kalau rumah tak siap, kita bukan berhutang dengan pemaju tetapi kita berhutang dengan bank. Jadi memanglah bank kejar kita. Jadi, sebelum membuat apa-apa transaksi sebaik-baiknya kita perlukan sedikit sebanyak ilmu.

Tentang kad kredit, sama juga. Kena faham untung tu apa dan riba tu apa.

Tak perlu pelik. Orang yang tak faham je kata pelik. Saya sebagai practitioner dalam industri tak dapat nak nafikan ada kekurangan dalam perbankan islam terutamanya dari sudut supervisory. Saya juga tak nafikan banyak produk-produk sama ada bank atau insuran yang tak patuh syariah membuat adjustment pada structure dan pada namanya supaya dapat mengaburi mata masyarakat. Akhirnya Islamic dan non Islamic product Nampak serupa saja.

Apa yang penting masyarakat perlu sedar dan cuba memahami apa yang cuba dibawa oleh ustaz-ustaz macam kami. Tidak ramai yang mampu memahami fiqh muamalah dan hanya segelintir sahaja yang mampu menyampaikan dengan baik kepada masyarakat. Wallahua’lam

Azwani Shaari said...

syukran ustaz kerana sudi berkongsi ilmu...:)