CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 4, 2009

Day 1,2,3 : Tamparuli, Kundasang, Ranau, Tuaran, KK, Lok Kawi

Assalamualaikum.. Masa utk bercerita.. Mari semua dok rapat2 sket.. Ok, minggu lepas rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel sekolah membawa murid tahun 6 telah pun pergi ke Tamparuli-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu-Tuaran.. Tempat2 yg ada dlm tentatif tu semua aku belum sampai, jd excited gak la nak pi.. Pendek je la citer ek, sbb penat upload gambo..Huhuhu

Day 1: Jumaat (30 Okt 2009)
Bertolak dr sekolah dalam pukul 8.15am dan sampai ke Tamparuli dlm kul 12.30pm.. Ingat lagu jambatan doh tamparuli..bla..bla..blaa... Sempat ler naik bergambo atas jambatan tu ditemani mentari hangat membara.. Pastu terus naik ke Kundasang plak.. Sampai Kundasang pun dah hampir 3.30pm, check in kat Rose Cabin, lunch, solat n bersiap g Poring Hot Spring plak.. Masa ni hujan sepoi2 bahasa, tp layan jugak la celup2 kaki kat air panas tu.. Bebudak la yg seronoknya.. lagi hujan lagi derang layan.. Malam tu plak buat BBQ kat depan Rose Cabin tu.. Makan2 yg lazat merosakkan diet dan tidur dengan nyenyaknya sbb esok pagi2 nak bangun awal, nak tgk puncak Kinabalu :)











Day 2 : Sabtu (31 Okt 2009)
Bangun seawal pagi, bergambar sekitar Rose Cabin yang indah permai sejok tu then bersiap2 utk check out.. Tak puas sbnrnya, kejap sngt kat Kundasang.. So bertolak ke Pekan Nabalu.. Cari souvenir sket.. Masa ni la berjumpa ngn my abg cheli.. Iskkk, mmg saje tau abg cheli ni, sblm tu dok tipu aku, buat2 tanya psl Kundasang padahal dia pun ada kat Kundasang gak.. Penat aku beria bercerita promote Kundasang siap.. Tp jupe pun jap je la sbb dah nak gerak ke KK.. Huhu

Sampai KK, terus ke Akuarium dan Muzium Marin, UMS.. Kejap je round dlm tu, menghala pula ke Taman Buaya Tuaran.. Dah bermesra dgn bujang senang, menghala ke Marina Court utk check in plak.. Aktiviti petang tu, bbudak mandi kat swimming pool n malam plak berjalan2 ke City Point.. Memandangkan aku n azie xde murid utk dijaga, maka seawal petang lagi ktorang dah bergerak ke CP cari Papadom, malangnya Papadom dah x ditayangkan.. Pastu sebab kecewa, terus layan makan kat Secret Recipe, cari barang sket kat CP n terus ke Pasar Malam Kg Air plak utk mendapatkan stok gelang mutiara/kristal yg dipesan oleh dealer di Melaka.. Cewaahhh mcm ramai je dealer.. Haha.. Balik dr pasar malam, tdo sampai lebam lagi......








Day 3 : Ahad (1 Nov 2009)

Bersiap xde la awal sngt, masa ni aku telah pun diserang selesema yg dasyat, hingga sungguh xde mood nak jalan2.. Tentatifnya pagi ni ke Pasar Filipina dulu, tp x beli pape pun, dah perabih duit mlm td.. Nyesal plak g pasar tu, kalau layan tdo pun sedap.. huhuhu.. Flu makin teruk, check out dan bergerak nak balik.. Otw, singgah ke Muzium Sabah dan terus plak makan tengahari kat Tanjung Aru.. Sekeping je gambo amik sbb mmg dah xde mood sesangat..

Lps makan, layan tidur dulu sementara nak sampai ke Pusat Hidupan Liar Lok Kawi.. Dah mcm Taman Tumbina kat Bintulu je.. Serious xde mood nak beramah mesra dgn kamera mahupun haiwan.. Sebbaik ler masa berjalan2 secara malas tu, terserempak dengan org bawak gajah, so beli la tiket nak merasa naik gajah. At least, berbeza la sket dari pergi Tumbina dulu.. Dari Lok Kawi, x singgah mana2 dah, terus je zassttttt sampai ke Lawas...




Sekarang budak dah abis exam, masa utk marking paper, key in markah, sebuk dengan sukan sekolah, safari membaca, penyampaian hadiah etc etc... Tak dilupakan, trip terakhir di Borneo, InsyAllah nak ke Brunei:)

Wassalam

5 comments:

The Moon Hapiz said...

seronok2x.. nek gajah best x?

Anonymous said...

sweeeet sgttt cik wanie kita sejak nk kawin nih...i like! -kakespie

Azwani Shaari said...

to hapiz:
best2, tp kejap sngt 2round je ada la dlm 2minit.. huhuhu

to kak espie: manis2 buah manggis, hitam nak mam*** skarang...

mohd said...

Assalamualaikum..gambaq yang banyak banyak ni di ambil masa p lawatan pelajaq ka?? comel dan menarik...penuh dengan pengalaman berjalan di tempat orang. teruskan...wassalam..oh ya selamat pengantin baru kembali...semoga bahagia dan bersefahaman keakhirnya..kalau kebetulan cik wani ada berdekatan dengan bandar karak 29 nov ni jemputla ke walimah saya..tq

Azwani Shaari said...

to mohd:
waalaikumussalam.. thanks for the wishes :)