CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 30, 2009

Better Late Than Never

Tetiba rasa nak buat entry ni since ramai beno cikgu skolah aku yg berlumba2 ingin menguruskan badan.. Bual bicara isu nak kurus ni aku rasa hari2 akan kedengaran kat skolah ataupun di rumah atau di status fb.. Hehehe.. Memandangkan struktur fizikal aku skrang ni yang x la gemok walopun x kurus mana menyebabkan rakan2 sejawatan tidak percaya bahawa aku pernah gemok dulu.. Mereka meminta bukti, makanya balik cuti raya aritu aku godek balik album2 lama dan jumpa la beberapa keping gambo yg sangat legend..

Kisah gemok bermula kira2 ketika aku melangkah masuk ke asrama.. Orang lain masuk asrama x lalu makan, nangis2 tetiap malam homesick, aku rilek je layan makan tido dengan aman damai.. Hahaha, x pernah missed waktu makan lak tu.. 5x sehari layan makan kat dewan makan tu mmg mencanak2 la berat badan naik.. Seingat aku, masa Form 1, berat aku naik mendadak sampai 47kg.. Sungguh x sesuai utk budak 13tahun..

Habis sekolah, masuk metrik, kuar metrik masuk UUM, episod membina badan terus berjalan dengan lancar.. Tak rasa langsung nak kurus2 sehingga lah peristiwa hitam itu berlaku.. Cewahhhh, suspen x? (ni intro nak start kisah kejayaan..:P)

Sehinggalah ditahun ke2 kat UUM rasanya.. Masa tu kan zaman2 remaja yg riang ria, aku ada la minat seseorang ni.. Alaaa, ni kes minat gitu2 je la sbb mamat tu public figure jugak la kat UUM tu, so kompem la xdpt diperbuat apa kan. Mcm korang minat Fahrin Ahmad ke Aaron Aziz ke, bleh dpt ke? (Kak Ceda u know who?:P)

Utk memendekkan cerita, sedang aku dan kawan2 semetrik jumpa2 balik kat UUM, makan2 kat kedai apa ek yang glemer kat Kolej Eon tu, Nongka kot namanya, berborak2 pelbagai isu sekali masuk ler nama En R ni.. Skali masa tu jugak sorang mamat mulut laser ni sound aku 'ko minat R tu? Tak padan betul la, ko tu dah la gemok..' Ayat lebih kurang la maksudnya sbb dah x ingat ayat betul.. Sentap ok! Mulut tu ntah ada insurans ke tak ntah... Org lain gelak2 je time tu, tp aku sungguh terasa hati masuk ke lubuk hati yg paling dlm, terus sound dia balik, 'ko ingat ar, 2thn aku xnak bercakap ngn ko..' terus aku tinggalkan derang semua.. Sangat emosi, kan? (Pakcik, ko masih ingat peristiwa ni?)

Tp, aku cuba mengambil cerita itu secara positif dan terus berazam utk kurus. Setiap hari tanpa gagal, aku akan jogging kat Tasik Guthrie tu at least 3pusingan setiap hari. Makan sup sayur je waktu malam, banyakkan makan buah n jarang lunch dengan nasi, ganti dengan nestum bayi.. Masa tu rajin gak ke sauna dihujung minggu.. Hasilnya berat aku turun dr 58kg kepada 49kg.. Badan susut tp muka x susut mana, mmg dah gen tembam.. Alhmdulillah, rasa lebih selesa dan yakin dengan siri sendiri sehingga aku mengenal potensi baru dalam diri iaitu lari jarak jauh..

Zaman skolah dulu aku x minat sukan.. Tak pernah masuk pape acara balapan atau padang pun.. Tp bila dah kurus sket kat UUM tu, aku start minat larian jarak jauh standard 14km wanita terbuka IPT. Setakat 4-5 kali yg aku masuk tu, Alhamdulillah semuanya dapat medal n kejayaan paling bagus dpt no 8 rasanya, so dpt la cash+medal.. Yang lain2 tu no belas2 la, bukan top 10..

Habis UUM dah start keje n masuk maktab kemudiannya, dah x sempat nak jogging2 bagai, so kena control makan sket la.. Sedar diri ini ada sejarah gemok.. So berat badan dok main area 50-52kg camtu la..

Sekarang kat Lawas, sebenarnya aku ada masa yang sangat sangat banyak utk kembali jogging sbb sekolah petang kan.. Tp tu la, aku dah buang masa dengan sangat banyak selama ni.. So baru seminggu la aku berjinak2 semula ke dunia senaman.. Alhamdulillah, ada rakan sealiran yang sungguh berdisiplin pergi jogging iaitu Ustzh Ma.. Kalau tak kerana disiplinnya Ma dtg ketuk pintu umah setiap jam 6pagi, sure aku terbabas2 jugak.. InsyAllah, aku akan teruskan aktiviti jogging ni setiap hari sampai cuti skolah nnti..

Kesimpulannya, nak kurus perlukan disiplin diri yang tinggi.. Jangan tau bersungut je badan gemok tp senaman xnak, control makan xnak.. Kalo x bersungut xpe tak sakit telinga, ni bersungut2, bila kita bg cadangan xmau ikut (anak sapa xtau:P)..

Ni ada sedikit gambar bahan bukti..

Masa sekolah rendah ni.. Darjah 4-5 kot..


Kenapa baju saya lain? Masa ni jd emcee utk sambutan hari guru kot..


Bergambar di Kellie's Castle


Sungguh sehat wal afiat..


Spek mata besooo sungguh xleh blah:P


Di Asrama Mambau


Di Masjid Wilayah kot..

Gambar sekarang? Nanti la balik dari Kundasang aku upload.. Harini (Jumaat), esok dan lusa aku akan bersama rombongan sekolah ke Kundasang, Hot Spring, Muzium Sabah, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Pantai Tg Aru dan beberapa tempat yang lain lg.. Sangat best sebab semua tmpt tu x pernah pergi lagi.. Dpt la membunuh masa agar cepat sket 21hb Nov, nak balik kampung.. Yeay!

Sunday, October 25, 2009

Resepi 3C


Bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak.. Anda sudah mencuba resepi yang saya berikan minggu lepas? Kalau sudah mencuba, diharapkan anda berpuas hati dengan hasilnya. Bagi yang belum mencuba, jangan risau.. Mulakan langkah pertama perlahan-lahan. Ok intro yg membosankan dan tidak kelakar.

Btw, Sarawak kan glemer dgn pelbagai jenis keknya kan.. Jadi, jgn mengaku ko pernah tinggal kat Srwk la kalo sejenis kek pun haram x belajar.. Hahaha (riak giler ayat, padahal baru bljr sejenis kek).. Ok, kemarin saya dan rakan2 seperjuangan telah pun belajar cara2 membuat Choc Cheese Cake yg sedap dan mahal itu.. Senang dan simple saje bahan2nya...Selamat Mencuba!

Bahan-bahannya:
a) 5 biji telur
b) 350g tepung optima
c) 50ml air
d) 50ml minyak jagung
e) Susu pekat manis (guna sket je)
f) Philadelphia Cheese
g) Cheddar Cheese
h) Coklat masakan

Cara membuatnya:
1) Masukkan bahan a,b,c,d ke dalam mixer dan pukul sebati hingga bahan2 menjadi pekat dan berwarna putih.. (dalam sejam jugak la..Guna arah pusingan yg sama)
2) Adunan dibahagi dua untuk dibakar 2x. Bakar dalam oven bersuhu 200 darjah celcius, api atas bawah, anggaran +-20min (sampai top layer jd keemasan gitu)
*loyang tu letak la baking paper n majerin*
3) Bila dah bakar, tanggalkan bahagian atas kulit kek.
4) Kacau 1/3 philadephia cheese bersama 3-4sudu susu pekat manis..
5) Sapukan cheese td pada bahagian atas kek.
6) Cantumkan dengan kek adunan ke dua yg siap dibakar. (kulit atas pun cabut gak)
7) Cairkan coklat masakan dan campur philadephia cheese. Sapu bahagian atas dan tepi kek.
8) Parut cheddar cheese dan tabur.
* Lagi sedap kalo lapisan tgh antara 2kek tu pun letak coklat..



p/s: lps ni nak blajar buat kek lapis plak la kot, InsyAllah :D

Monday, October 19, 2009

Macam-Macam Azwani 3

Kisah 1:
Rehatkan minda, tengok gelagat anak2ku yg comel ni.. Mereka ni murid2 yg sederhana dan perlahan, jadi nak soh hafal Sunday-Saturday tu mcm azab la jugak.. Dgr dayyy je belakang, yg depannya ntah sebut apa pun xtau.. Disebabkan itu, aku pun ajak depa menyanyi2 dulu sambil cari idea camne nak masukkan Sunday-Saturday tu jd lirik..

Hasilnya, alhmdulillah hampir semua dpt hafal dgn baik.. Budak2 ni kalo lagu Matta, Wali Band atau Lucky Laki tu cepat je hafal.. Tambah plak, sape dpt hafal dpt upah coklat crispy, lagi semangat depa..

Layann.....

video

video


Kisah 2:
Masih ingat dengan Siti Zamiera?
Dah dua-tiga bulan dia tak dtg sekolah tanpa dapat dikesan, dan tiba2 siang td ayahnya msg aku dan kami berbalas2 sms..

+Minta maaf sebap anak sya tdak hadir sekolah kami menghadapi masalah besar hingga aku pun hilang pekerjaan...aku ayah siti zamiera....harap maaf apa keputusan pihak sekolah saya terima.

-Kasihan sama Zamira, dia pandai belajar.. ndak mau hntar dia ke asrama? semua sekolah tanggung, kalau mau bincang boleh dtg sekolah jumpa saya.

+15tahun aku kerja dgn bahagian pendidikan Lim*bang, kemudian di sk la*dang. Tp disebabkan berhutang sama along, semua sudah musnah. keluarga kucar kacir, anak terbiar. kerja tp gaji tiada, hidup terancam.

-Saya simpati nasib keluarga kamu, kalau masih boleh diusahakan, biar zamira dpt terus sekolah, saya akan tengok2kan dia nnti, biar dia belajar pandai2 dapat ubah nasib keluarga.

+Hidup kami bagaikan pelarian d negri sendiri..sdah 4bln aku tidak kerja lagi d sk la*dang baru, cuma kami berdua saja yg tinggal......kerana kesilapan musnah segalanya.

-Maaf mau tanya, kamu dan zamira dimana skrng? di mana isteri dan anak yg lain?

+Kami sudah bercerai. istri d indon. sdah 14 tahun kami khwin, mungkin jodoh tidak kekal lama..kami berada di kuching skrng....mungkin kamu ada dgr ttg pekerja sk la*dang tdk hadir kerja...sblum kami lari, hidup kami dua beranak sngt sengsara, 2bulan mkn bubur nasi cuma tuhan yg tahu.

-Jd sudah di Kching skrg, x dptlah sy nak tolong zamira, apapun sy doakan hdup kamu sekeluarga dimudahkan Allah, bykkan berdoa kpdNya.

+Mungkin kami akn pulang pd hujung thn ni..nnti sy akan hubungi cik..demi masa dpn anak saya rela bekorban apa shj.

-Ok apa2 urusan berkaitan zamira nnti boleh hubungi sy.

+Trima kasih atas keprihatinan cik.. assalamualaikum

-Ok w'salam.

p/s: sedih terkenangkan nasib anak malang tu.. Zamira masih terlalu muda utk menempuh kehidupan yg getir.. 2bln dia makan bubur nasi, aku sampai membazir, makanan terlalu banyak kat umah.. apa2pun aku bersyukur kerana x perlu menempuh hidup yg sesusah begitu.. moga2 xde ahli keluarga aku atau kamu semua yg terlibat dengn along.... :(

Wednesday, October 14, 2009

Sup Ayam Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja

Cerita positif: Aku mempunyai daya ingatan yg kuat terhadap lirik lagu (yg lagha apantah lagi).. Banyak lirik lagu yg aku boleh hafal dengan baik walopun dah lebih 10thn x nyanyi lagu tu.. Contohnya lagu sek rendah dulu, lagu negeri Johor etc.. Kalo tgk rancangan Jangan Lupa Lirik, aku lah yg x pasal2 emo sbb kebanyakkan lagu yg depa xdpt jawab tu aku tau!! Eeeeee, geram sampai mls dah nak tgk.. Hahaha... (emo + dengki ni..)

Cerita negatif: Disebalik ke'terer'an aku mengingati lirik lagu, aku adalah manusia pelupa bila nak mengingati resepi masakan.. Ini series lupa tahap makan semut.. Sbb tu aku sungguh pelik x terkata bila tanya resepi kat mak, anytime lancar je bgtau apa yg bhn2 yg diperlukan.. Gifted sungguh sapa yg ada skill mengingati resepi ni...

Cerita dulu2: Masa KPLI di Cheras dulu, aku suka makan satu sup cendawan kat food court Tmn Tenaga.. Series sup cendawan yg sedap + pekat + enak berkrim.. Rasanya MekJa, Kak Ida, Kak Fin2, Kak Nah, Kak Reza n semua hosmet aku pun suka makan kat situ.. Tp biasa la kan, tipikal aku yg buta resepi ni mana la nak tau apa dia campak dlm sup tu sampai sedap dan pekat..

Cerita sekarang: Hosmet aku Kak Yani yg terer memasak tahap dewi masakan ni mempunyai kehebatan membuat sup ayam yg rasanya 80% mcm sup cendawan yg aku suka tu.. Jadi apa lagi, setelah sekian lama tertangguh nak cuba sendiri, akhirnya td aku berjaya juga buat dan salin resepi tu agar x basah dek hujan, x lekang mcm rambutan, kekal dalam ingatan...

Ok tuan2 dan puan2.. Kita sediakan bahan2nya dulu..

BAHAN2:
A) Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
B) Beberapa ulas bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis.
C) Lada hitam secukup rasa ditumbuk.
D) Objek berbiji2 yg tidak tahu apakah namanya juga ditumbuk.. (Kak Yani kata rempah, tp xkan rempah je namanya... aihhhh..)
E) Ayam, daging, udang, sotong, cendawan atau apa sahaja menu utama sup.
F) Serbuk sup
G) Sedikit daun bawang, daun sup, cabai burung dan limau nipis.
H) Garam dan aji secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
1) Tumis bahan A.
2) Bila dan naik bau sket, masukkan pula bahan B.. Juga kena tunggu sampai naik bau dan kekuningan.
3) Masukkan sedikit air.
4) Masukkan pula bahan C&D. Tumis lagi..
5) Masukkan serbuk sup plak.. Tak payah bancuh, agak2 je nak pekat mcmana..
6) Masukkan bahan E. Tambah lagi air jika perlu. Tunggu sampai masak.
7) Bila bahan E dah masak, masukkan garam dan aji secukup rasa.
8) Potong sedikit cabai burung utk rasa lebih pedas.. Sedikit je ok, sbb lada hitam dah letak td kan..
9) Hias dengan daun bawang dan daun sup.
10) Perah limau ketika nak makan.. Jgn perah siap2 dlm periuk tu.

Nota Kaki:
Lain org lain cara buat supnya. Di Kedah, mak aku buat sup, blender je semua bawang n halia pastu curah terus dalam periuk berisi air.. Pernah tanya abg cekli, ikut resepi dia dlm sup x pernah letak blackpepper takut rasa jd lain..

Jadi..Ini lah hasil sup ayam sebentar td..


Pergi ke kedai berjumpa nyonya,
Nyonya membeli buah kuini,
Kalau tuan bijak orangnya,
Apakah namanya biji2 ini?

Gambarajah menunjukkan bahan D yang tidak ku ketahui namanya..

Sekian.. Selamat Mencuba!

Sunday, October 11, 2009

RUMAH TERBUKA SITU SANA SINI

Assalamualaikum..
Minggu letih2 sedunia.. Letih buat open house n memenuhi undangan open house yang sungguh la banyak.. Sabtu pagi ada Kem Bestari Solat, abis semua aktiviti sekolah, rushing gi pasar cari bahan2 nak buat Nasi Kerabu n Laksa Penang; menu rumah terbuka kami.. Sampai je umah, makan2 sat n ape lagi bersilat la kat dapur.. Leceh jugak buat nasi kerabu ni, tp xpe leceh yang sedap n berbaloi..

So, tetamu sampai lepas Isyak (Isyak kat sini pukul 7.21pm).. So dlm 7.30pm tu dah ada tetamu yang datang, walaupun dlm renyai hujan.. Sronok tgk depa makan.. Pandai jugak org2 Srwk ni mkn budu.. Yang smnnjung lagi la, mkn mcm nak lepaskan gian je.. Even guru besar ktorang pun makan 3 round.. Hehe.. Dlm kul 9pm+ tetamu dah balik, bersilat mengemas rumah plak.. Pastu siap semua, tdo x sedar diri..




Ahad plak, dlm kul 10am dah kuar nak ke rumah terbuka sebanyak 5buah rumah.. Mula2 ke rumah Siti kat Sundar.. Punya la banyak makanan.. Nasi dia pun sedap, beras Brunei katanya.. Sundar ni dah sempadan sangat ngn Brunei, naik bot sejam je.. (Harap2 tahun ni aku dpt gi Brunei..)



Dari rumah Siti terus ke Awat Awat plak, nak naik bot ke rumah Dayang.. Ni 1st time nak berasa gi beraya ke rumah di atas air.. Tak Sarawak la kalo raya x gi rumah atas air ni kan.. So teruja bercampur jakun la jugak.. Bayangkan la rumah atas air, mmg x merasa nak jejak tanah.. Bebudak situ berlari2 atas titi tu selamba je.. Derang daripada kecik dah diajar berenang.. Sbb tu mak bapak dah tak risau kalo derang jatuh ke laut ke apa.. Ilmu survival yang bagus..






Dari umah Dayang, gerak ke Kg Aru pulak.. Skali lagi kena naik bot, tp rumahnya bukan atas air la.. Cuma kat seberang sungai dan xde langsung jalan darat utk ke sana.. Kalo ada majlis kawen ke hape ke, mmg kena naik bot gak la baru sampai.. Kat Kg Aru, gi beraya rumah Kak Ham n Mizah.. Makan dan makan sampai x sedarkan diri.. Masa ni mmg dah letih giler.. Letih makan.. Hihihi..




Dari rumah Mijah, balik umah sendiri dulu.. Solat n tidur dalam sejam.. Bangun siap2 semua, kul 5.30pm gi beraya rumah As pulak.. Dekat je umah dia, so boleh la dtg lmbt2 sket.. Masa ni bateri pun dah nak kong, so smpt snap gambo mknn je. hehe..


So, dah penat gilerrr... Updet belog pun menambahkan penat jugak.. Masa utk tdor.. Wassalam ;)

Monday, October 5, 2009

2 months left..

Ok, tinggal lagi 2bulan b4 my wedding date, InsyAllah.. Checklist persiapan2 hingga kini:

a) Catering
ZUL NASI ARAB
- Menu utama: Nasi Arab, Nasi putih, Ayam masak Arab, Daging masak Samah, Dalca, Acar, Buah, Air & Bubur Kacang.
- Lauk pengantin: Ayam golek x2, Udang yg cucuk2 tu x2, Ikan siakap x2.
- Extra added: Meja pengantin+hiasan, khemah x3, tukang cedok lauk.

b) Door Gift


c) Kad Jemputan


d) Fotografer
http://teratakkarya.wordpress.com/

e) Barang Hantaran (yang dah potong tu dah beli)
1. Cincin
2. Wallet + Belt
3. Bodycare + Parfume
4. Shirt + Slack + Tie
5. Towel
6. Sampin + Baju Melayu
7. Kasut
8. Al Quran + Sejadah
9. Kek
10. Coklat
11. Buah

f) Kenduri + Bertandang
Pakej: Kebaya Indon blue turqoise + Songket bunga tabur dark purple + aksesori + hiasan bilik tidur + gerbang + bunga tangan + payung + bantal lapik utk akad nikah..

Nota Kaki 1:Rasanya dalam banyak2 benda dah settled tu, nak cari cincin lelaki adalah paling azab.. Aku rasa ramai bakal pengantin mengalami masalah yg sama.. Cincin lelaki adalah sangat2 limited dan tidak beberapa chantek.. (kecuali la budget ko besar nak amik yg platinum beribu2 tu kan).. So, kuar masuk kedai xde yg berkenan sbb xnak beli yg mcm org dolu2 ada batu besar tu..... Search kat tenet, ramai cadangkan cari kat Mimosa KLCC, masalahnya Mimosa tu dah tukar nama.. So search punya search jupe la http://www.bauschk.com


Cincin-cincin kat situ series cantek dan menggoda hati serta fit in my budget.. Kebanyakkan cincin kat situ stainless steel dan harganya bergantung samada yg ko amik tu diamond betui atau tiruan.. Camne nak tau tahap ketulenan diamond tu? Ada alat pengesan kat kedai tu..

Nota Kaki 2: Aku dah survey banyak tempat jual kad kawen samada dicadangkan oleh kawan2 atau search je kat ternet.. Rata2 harga dlm 70sen ke atas.. Kebanyakannya RM1+.. Bg aku, xperlu berhabisan utk kad.. Cukup sekadar ada jemputan, alamat dan peta yang clear.. Lgpun aku blum jupe kawan2 yg hobinya mengumpul kad kawen.. Aku sndiri pun simpan kad kawen kwn2 mula2 je, bila dah asyik pindah umah segala, buang je kad2 tu.. So tak worth la nak beli mahal2..

Then, my sista Nora recommendkan Red Card Gallery ni.. Harga dia super duper murah.. Kad yg di Pudu bleh dpt dgn harga 80sen hanya dijual dengan harga 65sen kat sini.. Kad aku plak lg murah giler, 40sen je sekeping.. Siap free TQ Tag 300pcs.. Sape nak bagi harga ni? ;)

Nota Kaki 3: Henset aku rosak aritu.. Bila hantar kedai, kena format balik n kebanyakkan contact number kawan2 dah hilang.. So, sesiapa yg baca ni, send le alamat korang kat email atau ym aku..

Nota Kaki 4: Kepada kakak sp yg pernah bg komen entry sblm ni, email me please.. Mcm best je kalo dpt jupe akak ;)

Nota Kaki 5: Info2 yg aku bg ni, bukan lah utk menunjuk2 atau berbangga2, sekadar utk memudahkan sesiapa yg seacrh dan perlukan info2 ni.. Menjadi bakal pengantin yang jauh dari kampung halaman adalah susah kerana terpaksa banyak bergantung kpd internet.. Moga2 apa yg aku share ni berguna la ;)