Alhmdulillah, Hadif dah kuar ward.. Hari yg aku post entri pasal Hadif demam tu, tetiba suhu dia naik balik mencecah 39.4, terus cuak & zasstt pegi Tawakkal.. Sampai sana, punya la ramai bebudak tgh demam gak, so bertunggu tangga la sejam dua sementara nak jumpa MO & dapat ward.. 3hari jugak la Hadif warded.. Ada jangkitan bakteria dalam darah dia, masuk dekat 2botol air jugak laa since dia pun x selera sangat nak makan..
Disebabkan ktorang dua kan keje gomen je, so ramai kawan2 bertanya total cost yg 'disedekahkan' kat Tawakkal tu brape.. Tak mahal ye kawan2 sekelian, utk 3hari 2malam kat sana + 2bedded + pharmacy + consultant + ward review etc hanya menelan belanja RM170.95 sahaja! Selebihnya lagi RM1600++ ditanggung oleh BSN Prudential:D
Nampak sudah hikmah bertakaful.. Bukan nak menidakkan hospital kerajaan.. Hosp kerajaan pun dah mampu bersaing skarang ni, pakar pun ramai dan terbaik cumanya xleh la nak mengada2 lakibini tidur wad skali anak, masuk ikut suka hati, panggil nurse ikut suka hati, request makanan ikut suka tekak etc.. So, mmg berbaloi2 la bila ada simpanan takaful + medical card ni..
Tak cukup duit nak mencarum? Sila jimatkan duit belanja susu + lampin dengan memberi susuibu dan lampin kain.. Itu je rahsia kami sekeluarga.. Ok la, jom layan gambo2 :D
Wednesday, September 28, 2011
Dengan Takaful Berbaloi-Baloi
Posted by Azwani Shaari at 12:00 PM 8 comments
Labels: M.A.M.A n B.A.B.Y
Saturday, September 24, 2011
Ulat Buku dapat buku :P
Saya ialah seorang ulat buku hardcore zaman berzaman.. Ingat lagi dulu masa skolah rendah, mmg x minat bersukan langsung2, bila semua murid kena turun padang utk latihan sukan, saya gemar memilih posisi pemain simpanan. Sebabnya?? Hahaha, boleh lepak tepi padang sambil baca buku.. Bukan la buku pelajaran pun, buku cerita/novel la slalunya sampai kena tegur ngan cikgu, 'ishhh..ishhh ulat buku ni sampai ke padang bawak buku..'
Sekarang? Masih gemar membaca cuma dah stop beli novel sbb xtau nak simpan kat mana.. Ini rumah bukanla besar sangat.. Rasa mcm nak letgo je novel banyak2 tu.. Monthly wajib beli majalah Pa&Ma.. Majalah lain tu ikut mood je.. Tu pun x sempat sangat nak baca.. Slalunya bawak g skolah & baca time xde klas..
Nampak ini buku bertimbun? Hadiah dari Pa&Ma dan Alaf Baru sebagai Johan Papa Mama Romantik Nov 2010.. Wahhhhh, dah nak setahun baru dapat hadiahnya ye? Hehehe.. Thanks pihak penganjur.. Saya baru khatam 2buah.. Tu pun berhari2 baru habis..Kalo zaman2 bujang dulu, sehari suntuk boleh habis 2-3 novel..
Posted by Azwani Shaari at 11:42 AM 2 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Tuesday, September 20, 2011
Bila anakandaku gering..
Hadif x pernah lagi jatuh sakit seteruk ini.. Teruk sampai beliau sudah x aktif utk bermain dan bergurau senda.. Bermula time cuti umum Jumaat lepas, dia muntah kul 3.30am.. Muntah selepas terbatuk masa tgh tido & muntah itu adalah sangat banyak.. Habis cadar & tilam kebasahan.. Ingatkan muntah skali tu je.. So, tukar baju segala, terus angkut toto bentang kat ruang tamu.. Tengah dok tukar2 baju baru tu, Hadif muntah lagi utk kali ke-2..
Dah selepas itu, bermula la episod muntah2 sampai ke pagi.. He vomited for more than 20times! Sampai dah xde apa dlm muntah dia.. Poor little baby :( So, pagi2 hari dimana semua org lena diulit intan (sbb cuti umum, kan?), ktorang pun kuar mencari klinik mana yg bukak.. Kebanyakan klinik tu dah bukak, tp doktornya lum sampai.. Mujur la ada satu poliklinik 24jam kat area Gombak ni.. Doktor checked & bagi ubat muntah, angin & antibiotik.. Ubat muntah tu makan kat klinik gak.. Otw nak balik umah, dah Hadif muntahkan ubat tu.. Terus patah balik ke klinik, mintak nasihat doktor & mintak dia buatkan surat utk refer ke hosp tawakal kalo Hadif still muntah.. (Hadif ada medical card, rugi lak kalo x guna).. Doktor pun bg skali lg ubat muntah & if muntah gak pastu terus refer ke Tawakal.. Btw, lepas makan ubat tu kena gap sejam sblm bg dia minum air or makan pape.. Jdnya utk membunuh sejam yang panjang tu, ktorang gi taman tasik sri gombak, amik angin di pagi hari cuti, benda yg x pernah dibuat sblm ni.. Salunya hari minggu mesti membuta bagai ashabul kahfi :P
Alhmdulillah, Hadif stop muntah tp bersambung lak diarrhea.. Sampai hari Ahad still diarrhea, bawak balik ke klinik tu & doktor bgtau yg virus dlm tubuh Hadif xleh nak kuar melalui vomit, tu yg dapat diarrhea.. Aku pun berjangkit skali dpt penyakit muntah2 Hadif, so dapat la MC hari Isnin semalam, dengan babanya skali MC coz muntah2.. Doktor syak mmg berjangkit dari Hadif.. Huhuhu..
Stop je cirit-birit, Hadif dapat demam panas lak.. Aduhaii si anak, kesian sungguh.. Mlm tadi suhu naik sampai 39.4 darjah celcius.. Makin dibasahkan kepala ngan air asam jawa, makin naik plak suhu dia, gi la semula ke klinik tu & masukkan ubat bontot plak.. Alhmdulillah, skarang demam dia dah beransur pulih.. What a relief :)
Bila Hadif x sihat:
1) Selera makan x menentu.. Pernah skali, dia reject bubur, breastmilk etc.. Just nak makan roti je.. Pernah jugak, dia reject semua makanan, mau breastfeed je.. He becomes a fussy eater..
2) Dia banyak tidur, clingy, merengek2 mau didukung.. Dah xmo senyum, xmo main.. Huhuhu..
Posted by Azwani Shaari at 2:30 PM 5 comments
Labels: M.A.M.A n B.A.B.Y
Tuesday, September 6, 2011
Ziarah ahli KIM ke rumah si kembar tiga..
Alhamdulillah, 27 Ramadhan yang lepas, saya sekeluarga bersama keluarga Umi Atef & keluarga En Muhammad Nayan berkesempatan berkunjung ke rumah En.Mansor, bapa kepada bayi kembar tiga yang tersiar di dada akhbar 17 Ogos yang lepas.. Kami ke sana mewakili Kump. Ibu2 Menyusukan untuk menghantar bantuan yang telah di sumbangkan oleh para dermawan ahli KIM :)
Antara sumbangan yang berjaya dikumpulkan adalah baju bayi, lampin kain moden (CD), lampin pakai buang (DD), botol susu, mandian bayi, kasut & barang2 bayi.. Saya juga sempat memberi penerangan kpd ibu terbabit tentang penggunaan CD dan beliau nmpk sungguh teruja.. Ye la kan, bg DD ni ibarat bg ikan utk derang makan, bila ikan habis, perut lapar balik.. Bila DD habis, kena kuar duit lg beli DD.. CD lak ibarat mata pancing, bila2 masa boleh kail ikan utk di makan. CD boleh guna berulang kali (kebetulan CD para penyumbang semuanya yg boleh adjust size from S-XXL) Btw, ibu kembar ni mmg berminat nak guna CD cuma xtau kat mana nak beli.. Ye la, CD kan susah nak jumpa kat kedai2 biasa..
Berkenaan susu.. Kembar 3 currently minum Lactogen.. Kenapa tak minum susu ibu? Actually, sebulan lepas melahirkan kembar ni, si ibu terpaksa di tahan di ward sbb bleeding yg teruk sampai kena buat operation utk buang rahim.. Masa tu semua kembar ditinggalkan dgn mak sedara derang & bila ibunya amik balik, derang dah reject breastmilk.. Nipple confused kot..That explain why the babies are formula-fed..
Ok, let the pictures do the talking...
Sumbangan boleh dibuat ke:
Mansor Ibrahim,
Jalan Telekom Kubang Rusa,
Kg Lalang,
Mukin Siong,
09100 Baling,
Kedah.
013-4214573
Foto Kredit Untuk : Hazar El-Dien Photography
Posted by Azwani Shaari at 10:31 AM 0 comments
Labels: Kisah Teladan
Monday, September 5, 2011
365 hari bersama Cinta Hati
Cinta Hati dah cukup 1 tahun, 2 September 2011 yang lepas.. Alhamdulillah, Allah bg kesempatan nak tgk Cinta Hati membesar depan mata.. Sepanjang 365hari tu, belum satu malam pun berpisah tempat tidur dengan Cinta Hati.. Cinta Hati hanya akan tertidur dicelah2 ketiak si ibunda..
Setahun yang manis menyusukan Cinta Hati sepenuhnya.. Walaupun breastfeeding journey tak semudah yang disangka, si ibunda teruskan jua.. Pernah stok ebm kais pagi makan petang, kais petang makan malam namun si ibunda kuatkan hati dengan tiupan semangat sang ayahanda.. Guna sang untuk ayahanda? Pernah juga xde stok langsung utk hari esok, bangun pump ditengah malam pun dpt dalam setengah oz je, pump pulak pukul 2-3am, 5-6am utk bekalan Cinta Hati semasa ibunda bekerja.. Alhamdulillah, Cinta Hati dan ibunda survived :)
Sekarang, Cinta Hati dalam proses memakai lampin kain moden sepenuhnya.. Dah sepurnama ibunda dan ayahanda tidak membeli lampin pakai buang.. Langkah penjimatan utk hidup yang lebih sempurna.. Hasil penjimatan susu formula dan lampin pakai buang, Cinta Hati sudah mempunyai caruman Takaful, medical card dan simpanan utk kegunaan menyambung pelajaran bila besar nanti..
Ibunda doakan agar Cinta Hati membesar menjadi anak soleh yang dapat mendoakan ibunda dan ayahanda bila tiada nanti.. Membesarlah dengan sempurna duhai anak kerana kamu tak pernah jauh dari doa kami :)
Posted by Azwani Shaari at 12:22 AM 2 comments
Labels: M.A.M.A n B.A.B.Y