CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 25, 2013

Muslimah Hair Saloon di Gombak :D

Saya merasakan satu kesukaran untuk memotong dan mencuci rambut di kedai yang dikendalikan oleh seorang wanita muslim dalam keadaan privacy tanpa perlu mendedahkan aurat kepada yang tidak layak melihatnya.. Susahkan nak jumpa muslimah hair saloon ni..


Maka, pelayaran di internet diteruskan dengan bantuan pakcik google, saya berjaya menemui blog Sue Beauty Saloon yang menawarkan khidmat utk pelanggan wanita sahaja.. Paling best tentulah kerana saloon ni dekat saje dgn rumah saya.. Jika anda familiar dengan Giant Batu Caves, pasti xkan sesat ke sini.. 

Dipendekkan cerita, aritu dah arrange appointment dengan Kak Sue owner saloon ni utk potong & cuci rambut.. Ok la, puas hati dgn sentuhan beliau.. 2nd time datang haritu saje nak try massage.. Tapi yg ni kureng sikit, rasa mcm lagi best massage kat Piu Pura.. Selain rawatan rambut & massage, khidmat berbekam, sauna, facial dan mcm2 lagi ada kat sini.. Tapi yg lain2 tu x pernah try la lagi.. Nak jugak try bekam, tunggu next year la kot, InsyAllah..


Tahniah utk Kak Sue sbb telah menunaikan satu fardu kifayah utk warga muslimat Gombak dan sekitarnya.. Moga ini juga menjadi asbab pahala berganda dari Allah swt, amin :)

Jom pi trim rambut :D

p/s: Kak Sue boleh dihubungi di talian 013 9092456

Wednesday, September 18, 2013

Mini Library (Betul Punya Mini)

Ruang atas ni asalnya untuk letak microwave.. Tak agak2 plak tu beli microwave yg siap boleh grill & convection.. Konon2 senang le semua benda leh masak.. Buat kek segala bagai pun.. Skali bila cek manual user, x boleh masuk dalam kabinet la pulak... Dia ada kipas blakang microwave tu so perlukan open air.. Makanya, terbiar la terpelohong hodoh begitu...


Sehinggalah dtg idea untuk menjadikan beliau sebuah mini library akibat tabiat membeli buku dan majalah yg tidak dapat dikawal.. Adakah itu keburukan kad kredit? Asal masuk kedai buku, terus grab buku2 sampai harga ratus2, pastu swap je bayar.. Iskk..iskkkkk...

Dan mcm biasa la... Rumah kecik cenonet ni x perlukan barang terlalu banyak sampai melimpah ruah.. Habis baca walau sayang mcmana pun kat buku2 ni terpaksa la di letgo, bg peluang orang lain plak baca disamping dpt la duit sket buat modal beli buku lain pulak.... Kat FB, ada 2-3 group yang dok jual barang preloved yang aku suka join.. Cepat je laris bila letak barang 2nd hand.. Selain buku, barang 2nd hand yang aku dh letgo termasuk lah baju2, cloth diapers, perabot, cadar, baju kurung, kain pasang, kasut, tupperware etc.. 

Bg aku la, bila rumah dah sempit, xperlu la sayang barang melampau2 sangat sampai semua benda nak simpan.. Yang ada re-sale value boleh dijual.. Bila org beli, kita bg extra free gift, dah kira sedekah, dpt jugak pahala.. Atau ada jugak barang2 yg malas nak amik gmbr, amik measurement, upload segala bagai, bungkus2 masuk dlm tong derma.. Kat gombak ni byk je tong besar warna kuning tepi2 jalan tu utk dimasukkan barang terpakai.. 

Monday, September 9, 2013

Hari Sukan Tadika Naluri

Di hari cuti kemerdekaan yang lps, bergerak lah kami sekeluarga ke Taman Metropolitan Kepong utk memberi sokongan kepada Abg Hadif di hari sukannya :D

Masam sungguh muka tu.. X de mood di pagi hari...

Kawan dia sorang dah selamat menangis.. Abg Hadif ni tunggu masa je.. Haha

Cikgu siap2kan derang untuk perbarisan..

 Kening makin terangkat tinggi x pueh hati..

 Ucapan pengasas Naluri Centre..

 Perarakan bermula...

 Nyanyian lagu Negaraku dan Tanggal 31.. Dah sebek dah muka tu..

  Memanaskan badan.. Tang ni dia suka.. Siap boleh gelak2 lagi..

  Acara bawak jelly banyak2 letak dalam bekas.. Nanges dah..

 Ni pulak acara bawak belon isi air..

 Habis 2 acara tu baru la muka tu nak happy main2 bubble..

  Kebetulan family kat Kelantan datang.. Ni sepupu Abg Hadif, Yaya..

 Parents sendiri sampaikan hadiah kepada anak masing2..

 Bergambar beramai2 dgn semua ibubapa, guru dan anak Tadika Naluri..

Harap2 next year Abg Hadif akan lebih sporting dan ceria.. Time event ni genap 2 bulan Abg Hadif belajar kat sini.. Mama doakan agar semuanya dipermudahkan Allah, amin :)

Monday, September 2, 2013

Abg Hadif Turns 3!

Alhamdulillah, genap usia Abg Hadif 3 tahun (02092010 - 02092013).. 1st birthday dulu sambut kat Kedah dgn sepupu sepapat.. 2nd birthday sambut kat KL sekali dgn open house, 3rd birthday ni mama x larat nak jd tuan rumah, so kita mintak tolong teachers sambut kat tadika je :)

Obses sangat dgn transformers semenjak dua menjak ni, so tempah la kek letak gambar Abg Hadif & transformers.. Order choc cupcakes, donut kosong, donut inti kacang merah & roti sosej.. 

Bersama kawan2 tadika (3-6 tahun)

Baca doa sebelum makan..

Jemput makan semua..

Amboiii kemain birthday boy makan sorang2 kat atas..

Terima kasih x terhingga utk semua cikgu & nenek yg sanggup jadi tuan rumah menggembirakan anakanda..

Balik dari tadika, pergi makan2 kat Nandos kejap..

Hadiah utk Abg Hadif...

Bertukar!

Moga Abg Hadif membesar sebagai anak soleh yg taatkan Allah, Rasul & Ibubapa.. Moga dapat menjadi abang yg baik untuk adik2 nanti.. Jadi good boy ye abg.. Doa mama baba sentiasa mengiringi mu, aminn :)





TQ atas semua ucapan dan doa.. Moga Allah makbulkan doa kalian :)