CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 18, 2008

BTN

Salam.. Lama betul x berupdet.. Nak citer BTN pun mcm dah basi.. hehe.. Ekceli ni kali pertama aku berBTN.. Sebelum ni sekali pun xpernah, even masa kat Uni dulu pun nadaaa.. So bercampur baur ler perasaan tu kan.. Dah ler lama sampai 5hari, pastu xleh berkomunikasi dengan dunia luar.. Owhhh, kalo xde henset tu aku ok lagi, tp x ngadap ternet ni mcm sesuatu yg kurang dalam hidup. Hihihi..

BTN yang aku lalui ni, x sama sangat seperti yang dimomokkan.. Kononnya akan menyeru kita supaya pro kerajaan, pro itu dan pro ini.. BTN kali ini lebih menerapkan semangat kenegaraan, perpaduan dan keharmonian antara kaum.. Yer la, tahun ni isu kontrak sosial asyiklaa dibincangkan.. Kalo tak dtg BTN ni, rasanya aku pun x amik tau sngt tu semua.. So, balik dr BTN ni kira knowledgeable la sikit pasal kenegaraan ni..

Speaking of Kontrak Sosial, setakat yang aku faham la, (sila betulkan jika salah) ia merupakan satu perjanjian lisan (tiada hitam putih) di antara Tun Hussein Onn, Tan Cheng Lock & VT Sambathan tentang hak2 orang Melayu dan bukan Melayu.. Kenapa kena ada kontrak sosial ni? Sebabnya British taknak bg kemerdekaan kepada Tanah Melayu kalau tiada persefahaman 3 kaum terbesar ni..

Hasil perbincangan 3 tokoh ni, maka tercapailah persetujuan seperti yang turut termaktub dalam perlembagaan negara:

Orang Melayu mendapat:
Perkara 3 : Agama Islam sebagai agama persekutuan
Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Perkara 153 : Hak istimewa orang Melayu
Perkara 181 : Kedaulatan raja-raja Melayu

Orang bukan Melayu mendapat:
Perkara 14 : Kewarganegaraan (diberi mengikut prinsip jus soli)

Citer pasal sejarah ni mmg la membosankan, kan? So, aku xnak sambung panjang2.. Satu soalan utk difikirkan.. Siapa yang dapat menjawab akan diberi hadiah.. Series ni, x tipu.. Terbuka kepada semua yang membaca blog ini KECUALI cik sufi idany, encik panglima hikayat dan semua guru sejarah di Malaysia.. Boleh gitu? Sila jawab diruangan komen..

Soalannya ialah (senang je):
Merujuk kepada kontrak sosial tu, orang Melayu mendapat 4 hak (Perkara 3, 152, 153, 181) dan orang bukan Melayu mendapat satu hak sahaja (Perkara 14). Persoalannya, adakah ini adil? Melayu dapat lebih daripada yang bukan Melayu? Berikan alasan anda..

Ok, mari layan gambar..

Bercomot selepas menyusur bawah kawat duri..

Huhhh, ramainyerr PATI.. hehe

Kuar masuk ladang sawit..

Pulang marilah pulang, marilah pulang ke pangkal jalan :)

UPDATED 23/11/2008:
Jawapannya:

4vs1 adalah adil kerana:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
>> Agama lain bebas diamalkan di Malaysia ni.. Tiada halangan, kuil ada, tokong ada.. Betul?

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;
>> Semua org bebas bertutur dalam bahasa ibunda masing2 malah kita ada SRJKT & SRJKC, SRJKM xde plak ekk.. Hehe

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
> Kepentingan sah kaum lain dijaga tau.. Kuota Univ/metrik/biasaiswa JPA etc banyak yg dah buka pada bukan Melayu..

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
> Ni jek satu yg kita betul2 dapat..

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan (b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.
> Ni satu yg bukan Melayu dapat

Tak ke namanya 1 vs 1 jek.. Yang lagi 3 tu, nmpk jek mcm Melayu dapat, tp bukan Melayu pun dapat jugak... Am I right??

17 comments:

Sufi Idany said...

kenapa saya disekat dr bersuara.... kenapa menafikan hak2 kebebasan bersuara.....? ada tahanan ISA gk ke nnt kalu sy tetap bersuara lepas ni?

areknee said...

adil la.. ni kan negara kita? huhuhu

PakciQue said...

-reply-

Cian Sufi...nak buat camne...dah tuan rumah tak bagi...tak dpat nak buat apa lah kan..

Cik Admin:
Kalau dikira dari matematik, 4 lawan 1, mestilah 4 yang lebih. Dan nampak seolah2 berlaku ketidakadilan.

Tapi, hakikatnya, ia adil.

Penawaran kerakyatan/kewarganegaraan adalah sesuatu yang boleh di anggap sebagai penwaran yang besar.

Dan kalau nak ikutkan, kita sebenarnnya yang 'rugi'..

Err..aku sejarah dapat C6..Tapi, aku nak hadiah tu jugak..!!

blokdrive said...

Malaysia dahulunya dikenali sbg Tanah Melayu dan dihuni oleh orang Melayu dan orang Asli. Penjajahan British menyebabkan kemasukan orang India dan Cina.

Apabila Jepun menyerah kalah, gerila Cina keluar dari persembunyian dan membuat huru-hara menyebabkan orang Melayu membenci orang Cina. Orang Melayu melakukan tindak balas dan berlaku pertumpahan darah.

Dalam keadaan tegang ini, British mencadangkan penubuhan Malayan Union yg memberikan hak sama rata kepada semua kaum, tetapi ditentang oleh orang Melayu. Gabungan beberapa parti menyebabkan British membuat keputusan memberi kemerdekaan dengan syarat hak warganegara diberi kepada kaum lain. Sebagai balasan, orang Melayu menuntut kedudukan istimewa mereka dikekalkan.

Persoalan, adakah 4 lawan 1 adil? Senang cerita, kita bagi satu contoh mudah. Ali mempunyai sebuah rumah lima bilik. Ali membenarkan Wong tinggal di salah satu bilik di rumahnya. Pada masa yang sama Wong diberi kebebasan menggunakan dapur, ruang tamu dan kemudahan2 yang ada. Adakah patut selepas beberapa tahun, Wong mempertikaikan kenapa Ali tidak membenarkan dia masuk bilik2 lain?

Kalau Ali seorang yang penyabar, dia akan cakap "Mana boleh. Rumah ni kan aku punya". Kalau Ali seorang yang panas baran, dia akan cakap "Cilakak lu! Aku bagi ko tumpang pun dah kira mujur". Kalau Ali bodoh, dia akan cakap "Sila.. sila.. Buat la apa saja ko nak".

Kesimpulannya, Melayu memang patut dapat lebih daripada orang bukan Melayu.

cida said...

guwa malas nak jawab adil tak adil.. satgi kuar plak sifat racist guwa.. hehehe...

btw babe, lu pegi time pilihanraya dah abis.. cuba pi btn time bln 3 hari tu. masak kawan2 guwa yg nak pi obersee tu semua kena dakyah tau. hehe.. nak nak plak sorang tu pi jujur komen gomen, mmg kena la basuh berdas2.. hehehe.. btw, btn la yg menemukan guwa ngan farid.. hahahaha.. macam hampeh.

Azwani Shaari said...

to sufi idany:
hahahahha.. gi bersuara kat tempat lain :P ekceli saje nak bg chance org lain berfikir jawapannya ;)

areknee:
ya betul.. ada hujah tambahan?

pakcique:
jawapan tu betul jugek..tp nak jawapan yg betul2 akan menutup mulut mereka yg suka complaint isu ni.. jawapan yg membuktikan 4vs1 ini kompem adil..

blokdrive:
jawapan anda juga diterima.. tp saya nak jawapan yg lebih tepat.. hint utk semua org: jawapan yg merujuk perlembagaan ;)

kak ceda:
heheh, guwa jawab pemimpin yg dihormati, TGNA pun dah kena perli ngan encik fasi.. ehehehe

StingRay said...

hoh..lawa background kamu..

Rashid said...

eee nak jawab tapi memandangkan syarat tu.. tak dptlah nak jawabnya. hehe.

saya tersenyum baca komen dari blokdrive... pssstttt.

Azwani Shaari said...

to stingray:
thankss utk pyzam.com

to cikgu rashid:
haaaa.. pandai pun cikgu.. jgn jawab, nnti penyertaan ditolak :D

ytmz said...

Memang tak adil, sorang dapat 4 sorang dapat 1. Mana adilnya? Tak adil kalau tengok nombor semata.

Tapi nisbah 4:1 ni mesti disertakan faktor sejarah.

Jangan bangkitkan isu perkauman di sini, kelak di dakwa bawah Akta Hasutan pulak merana.

Jangan lah kita kata ni negara kita semata, sekarang ni negara kita semua. Masing-masing ada hak mengikut peruntukan Perlembagaan.

Azwani Shaari said...

to ytmz:
Ini bukan untuk menimbulkan isu perkauman.. kita berbincang dengan mengambil fakta daripada perlembagaan.. negara kita sudah ada sejarah tragedi 13Mei, darurat etc, sbb tu kita perlu 'ambil kisah' ini semua ;)

Anonymous said...

sume yg g btn ni melayu je ke?

-hani

Azwani Shaari said...

to hani:
ada gak Cina n India, tp x seramai Melayu..

ytmz said...

Sila segerakan fakta daripada Perlembagaan seperti yang Cik percaya.

Jangan biarkan entry ini berlarutan tak berjawab, boleh mendatangkan bermacam implikasi.

Sila kemas kini entry dengan jawapan. Bukan jawab di bahagian comment tapi jawab dengan edit entry.

Islam tak mengajar kita semangat perkauman. Kita mesti meletakkan yang Hak pada tempatnya.

Hentikan sentimen perkauman yang mula dinyala.

Saya menolak sebarang usaha atau persoalan yang menjana lagi arus perkauman sesama kita.

Hormati perbezaan, terima kelemahan.

Benar,
YTMZ

Azwani Shaari said...

Baik encik ytmz.. saya udah kemukakan jawapannya :)

ytmz said...

Thanks miss =)

Lee Feehily said...

Setuju..memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang asing bukanlah sesuatu yang mudah dan senang..kita nak bagi org luar dok kat tanahair kita dan terus jadi warganegara adalah satu penawaran yang sgt sgt sgt besar..maka adil lah dgn 4 perkara yang kita dapat dan org bukan melayu kena terima tu..ingat senang ker nak bagi taraf kewarganegara?..uiishh..ia bukan perkara main2 tau...so, jgn pikir banyak2..bersyukur saja kita dok dalam malaysia yang harmoni ni.."mendapatkan kemerdekaan mmg sesuatu yang sukar, tapi mengisi kemerdekaan itu sebenarnya jauh lebih sengsara...hanya mereka yang cekal dan tabah jer dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya..