CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Kareem, Allahu Akram

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah selesai terawikh malam pertama untuk Ramadhan tahun ni.. How time flies! Rasanya, baru jek lagi aku sambut Ramadhan kat USJ tahun lepas dan tahun sebelumnya di Bangi.. Siap eksiden2 lagi cium kete time balik terawikh.. Tahun ni dah berterawikh di Cheras lak.. Next year dah posting, xtau laa plak terawikh di mana (InsyAllah jika panjang umur).. Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua muslimin dan muslimat :)

Cuti 3hari yang amat besh.. Dapat rilek dan qadha tido yang tak cukup akibat kena submit assignment KKBI.. Dah hantar petang Jumaat tu mmg lega sangat2.. So td kuar laa berjalan2, makan2 siang utk kali terakhir sblm berpuasa.. Cadangnya nak layan Wall E (atas cadangan pakcique), maka pergilah kami ke Jusco Cheras Selatan utk kali ke-2.. Konon2 tak sesat dah laa, rupa2nya sesat larat jugakk.. Bear in mind, next time nak pi, lepas je tol batu 10 tu, amik exit yg ke3, bukan yg pertama atau kedua.. Called Syida nak mntk petunjuk, dia ada klas laa plak..Huhu sebbaik jupe gak akhirnya..

Konon nak layan kul 1.30pm, tp full.. Nak tunggu kul 3.30pm, tp dah janji nak jupe Nora kat Jusco Maluri (kes tak jupe jusco cheras sltn).. So gerak laa balik dengan tangan kosong.. Singgah pizza hut Maluri dulu b4 masuk Jusco.. Winduuuu sama Adam..

Ok, layan gambo sket ;)

Makan siang terakhir sblm berpuasa..

Aummmm..

Adam ngantuk laaa.. Jangan kaco bleh?

7 months old Ahmad Adam Raime

Ok semua, jgn lupa niat puasa.. Wassalam

Tuesday, August 26, 2008

Literasi bukan anugerah, tetapi hak milik (Part 3)

Ok, mari kita sambung pelajaran hari ini.. Kita sudah mengenalkan huruf vokal (a,e,i,o,u). Sekarang beralih kepada huruf konsonan plak.. Kita cuba dengan huruf m.. Oh yaa, kita x perlu ajar ikut turutan a,b,c,d,e,f,g,h etc yer.. Kita ajar huruf yang banyak digunakan sahaja.. Ini satu kaedah apabila saya mengajar Idham (murid darjah 4 yang tidak mengenal huruf)

Ok, cuba Idham tgk huruf ni..


Pernah tgk x huruf tu kat mana2? Sama tak dgn huruf ni?

Idham pun jawab: sama mcm nmpk kat mcd

Ok, Idham pernah makan mcd kan? Sedap x?

Idham: Sedaappppp..
Aku: Kalo sedap, kita salunya akan cakap mmmmmmm, sedapnya.. Jadi, kalo Idham nmpk huruf m ni, bunyi dia mmmmm..

Tunjukkan sukukata 'ma' kepada Idham.. Macamana bunyi sedap, nganga.. mmmaaaa..

Kalau sukukata 'mi' -> sedap, sengih.. mmmiiiii

Lama-lama nanti, bila murid/anak tu dah terbiasa, kita x perlu lagi bagi hint 'sedap/sengih', 'sedap/muncung' etc.. O0o0o0..ketawa ek dgn kaedah ni?

Ok, kaedah ini kelihatan lawak kepada yang tidak biasa mencuba.. Tp kita kena ingat, setiap anak dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza.. Sebagaimana Raihan nyanyi, iman tak dapat diwarisi, kepandaian juga tak dapat diwarisi ye.. Ada slow learner skolah saya ni, ayahnya peguam gitu..

Ok laa, sy nak sambung keje lain plak. Tata

Sunday, August 17, 2008

S U S U K

Promo trailer filem ini kelihatan menarik dan cantik dan seram juga.. Tu laa punca aku teruja nak tgk citer ni.. Makanya, cari2 laa komen2 di ternet, sonok ke tak citer nya.. Takut x worth lak nnti.. (Movie yang paling aku menyesal tgk ialah 9 September.. Citer tu punyaaa laa tak best tahap kalo beli dvd pirate rugi 2x ganda, beli dvd ori rugi 3x ganda & tgk wayang rugi 10x ganda.. Menyesal hingga hari ini..hahaha)

Ok, back to the topic.. Ramai yg komplen citer ni complicated, kena byk pikir, susah nak paham, x seram etc.. Aku pun dah half2 laa, nak tgk ke tannak.. So cari lagik kat ternet, baca perabih semua komen walopun byk spoiler (x kisah laa, janji aku pahamkan dulu jln citer).. So pergi laa tgk susuk ni kat jusco cheras selatan.. 1st time pergi sini, sesat siap..

As for me yang suka citer santai dan x perlu byk pikir, mmg laa bertuah coz dah paham jln citer.. Aku siap dah briefing Mr Hazar sblm masuk cinema.. (Dah tau jln citer pun x rugi tgk tau)..

Yang aku faham..

1. Suraya - seorang jururawat pelatih yg obses menyanyi n sngt2 teringin nak jd penyanyi.. Dia salu kena marah ngn doktor sbb asyik menyanyi dlm bilik pesakit.. (Sbb tu korang leh tgk kat movie trailer, yg makcik dah mati tu mintak dia menyanyi.. Maklumlaa sepanjang makcik tu sakit, dia asyik hidangkan nyanyian jek kat makcik tu.. hehe)

2. Selari dengan minat beliau dalam bidang nyanyian, Suraya juga suka menonton konsert Rozana & Mona (Aleeza Kassim & Sofea Jane).. Masa ni laa dia berjinak2 dengan susuk yg diperkenalkan oleh Rozana tu.. (ye laa, ko nak jd artis kena laa pakai susuk.. Tak pakai susuk, tak artis laa namanya..haha) Statement sungguh berani gitu! Tp xde plak artis marah ngn statement tu, kan.. wahahaha

3. Susuk yg direkeman oleh Rozana ni tak cukup kaw.. Suraya masih x cantik.. Masih berwajah seperti Diana Rafar, belum berubah menjadi Ida Nerina.. (cantik sngt ke Ida Nerina tu? kenapa tak tuko muka Suraya jd Nasya Aziz?hehe)

4. Disebabkan susuk tu kurang berkesan, Dewa Dewangga (Adlin Aman Ramli) mempengaruhi Suraya utk mencuba Susuk Keramat.. Masa ni laa Suraya bertukar menjadi Suzana.. Proses transform jasad Suzana yg asalnya seorang pelacur masuk ke dalam roh Suraya.. Sbb tu laa Suraya dah 100% bukan Suraya sbb dah pakai jasad Suzana.. Cumanya yg masih sama adalah gaya mereka membetulkan rambut..

5. Susuk Keramat perlukan korban.. Orang2 yg rapat ngn Suraya pun terkorban sorang demi sorang.. Mak, kakak, anak sedara, boifren n kawan baik dia sndri..

6. Selepas korban terakhir, iaitu kawan baik dia (NorKhiriah), Dewa Dewangga kata dah x perlukan korban lagi.. Mungkin itu bermaksud, Suraya aka Suzana akan forever cantik meletop.. Tu assumption aku jek laa sbb citernya abih kat situ jek..

Yang aku x faham..

1. Suraya & Suzana tu kan citer dari 2 zaman yang berbeza.. Kenapakah masa Suzana tengah melonjak naik, peminat Suzana ni macam orng zmn dulu jek.. Refer kepada scene radio yang meletup di sambar kilat.. Tu mcm radio zaman jepun.. padahal Suzana hidup di zaman yg ke depan dari Suraya.. (To Pakcique: ko faham x part ni?)

2. Diva yang mati tergantung dan ayam2 penuh satu rumah dia tu.. Dia pun mati sbb susuk keramat jugek ke? Ataupun dia tu korban untuk mencantikkan Suzana?

Babak yang aku ngeri..

1. Ketika Suzana melalui jambatan nak balik ke kampung ziarah kematian kakak n anak sedaranya.. Owhhhh sungguh horror tahap aku termenjerit sambil menutup muka.. Giler psiko!

Dialog aku suka..

1. Mak Suraya menasihati beliau..Lebih kurang begini skripnya..
'Buat apa laa ko nak jd artis.. Dah elok2 jd nurse, keje terjamin, esok dah tua pencen pun dapat.. Tgk adik Cik Kiah sblh umah tu, baik orngnya, keje cikgu, dah tua nnti merasa dapat pencen..'

Hahaha, sungguh nak tergelak dengan dialog itu.. Maklum laa cikgu dengan cikgu yg menonton :p

Ok laa, cukup di situ.. Moral of the story, sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar! Jangan pakai susuk, jgn jd artis, mari jd cikgu, nnti tua dapat pencen. hehehe (just kidding!)

Selamat bercuti sekolah semuaaa.. (17-22 Ogos ni saya di kampung halaman untuk bercuti.. holaaaaa)

Wassalam..

Tuesday, August 12, 2008

Literasi bukan anugerah, tetapi hak milik (Part 2)

Assalamualaikum wbt.. Saya berhajat nak sambung entry yang lepas.. Sblm itu sy mulakan dengan serangkap pantun:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...

Disebabkan kaedah mengeja agak menyukarkan kanak2 slow learner/late starter.. Maka cuba kita guna kaedah fonik/fonetik.. Kaedahnya seperti berikut:

i) Kenalkan bunyi huruf kepada kanak2.. Bunyi yer, bukan nama huruf.. Cuba tgk contoh di bawah.. Sila jangan komplen.. Saya buat on the spot kat 'paint' jek. Sbb tu ia kelihatan hodoh.. Lukis orang tapi nmpk mcm hantu kan.. Hehehe.. Ini contoh untuk mengenalkan bunyi huruf vokal..

Kalo huruf macamni "a" kena nganga mulut.. bunyi apa? aaaaaaaaaaa.. (bijak2:p)
Yang ni plak bunyi sendawa camne? Errrrrrrk.. (jgn kuatkan sngt bunyi 'k' kat blakang sendawa tu..)

Yang ni plak, mulut kena sengih.. Sengih luas bg nmpk gigi.. Bunyinya eeeeeee..

Mulut melopong camne.. o0o0o0o0o0

Yang ni plak, mulut muncung.. uuuuuuuuu

Saya dah cuba kaedah ni utk murid saya yg x mengenal huruf.. Alhamdulillah dia dah boleh membaca walopun x kenal nama huruf tu.. Kita akan ajar nama huruf diakhir pembelajaran nnti..

Selamat mencuba! InsyAllah lain kali sy tunjuk cara nak ajar bunyi huruf lain plak.. Ohhh, x sabar nak ada anak sendiri, nak ajaq kaedah fonik ni.. Hahaha, gatai!

Saturday, August 9, 2008

Literasi bukan anugerah, tetapi hak milik (Part 1)

Assalamualaikum.. Nak dengar citer tentang kaedah cepat membaca x? Ok, secara umumnya, mcmana kita boleh membaca?

1. Kenal huruf kecil a-z
2. Kenal huruf besar A-Z
3. Mengeja sukukata KV bermula dari B.A ba, B.I bi, B.U. bu, B.E be, B.E be, B.O bo, ca ci cu ce ce co, da di du de de do sampai laa za zi zu ze ze zo..
4. Dah tau semua tu, baru laa cantumkan sukukata tu jadi buku, bola, saya, susu etc

Tu baru perkataan yang mudah2.. Nak ajar perkataan yang ada ng, ny, au, ai seperti pulau, salai, nyanyi, abang etc.. lagi susah ok? Cuba bilang, sebelum sampai fasa ke 4 seperti kat atas tu, brapa banyak benda yang kanak2 perlu ingat..

1. Kenal huruf kecil a-z (26 bentuk dan nama perlu diingat)
2. Kenal huruf besar A-Z (26 bentuk dan nama perlu diingat)
3. Mengeja sukukata KV bermula dari B.A ba, B.I bi, B.U. bu, B.E be, B.E be, B.O bo, ca ci cu ce ce co, da di du de de do sampai laa za zi zu ze ze zo.. (126 bunyi perlu diingat)

Berapa kesemuanya? 178 pola utk dihafal.. Agak2 mampu tak anak2 kecil seawal usia 3thn utk ingat semua tu?

^^Setujukah anda, kebanyakkan kanak2 di Malaysia lambat membaca?
^^Adakah cara lain utk kanak2 cepat membaca selain daripada menghafal ke semua 126 pola huruf?

Ok laa, to be cont ;)

Wednesday, August 6, 2008

Lembu punya susu, sapi dapat nama =)

Aku ter menonton iklan ni di suatu hari yang indah...

video

Tetiba...rasa cam giler2 nak mkn ini mee segera.. Ekceli aku dah lama x makan benda2 merapu nih.. Aku ckp kat hosmet, tringin nak makan.. Kak Ida kata, boleh tp dia soh aku makan kat sinki.. senang nnti kalo terbakar..huhuhu.. Kak Fin2 lagik ampess, ada ke patut soh aku makan kat toilet sambil bukak shower.. Hahaha.. Teruja laa kan, nak rasa pedas sngt ke.. So, pergi laa kedai TS Mega yang busuk itu.. Beli satu peket 5 bungkus free 1 bungkus lagik..

Dah makan2 tu cam, alaaa xpedas mana pun.. Aku siap mkn mee tu sambil minum milo suam lagik.. Dah makan 2-3 paket, dah tgk iklan tu 2-3puluh kali, baru laa aku noticed sesuatu..

Huhuhu, ni bukan Mamee Kari Berapi.. Ni dah terbeli produk pesaing mereka, Maggi Kari Letup.. Malang sungguh encik mamee sekeluarga.. Penat2 bayar iklan mahal2, produk lain yg orang beli..

Mmg benar lah kata pepatah Melayu, Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.. Hikhik..

Tuesday, August 5, 2008

Dengan Nama Allah ...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua.. Saya dah berpindah dari http://azwani.blogdrive.com ke http://wani3009.blogspot.com.. Hehehe dah lama nak pindah tp asyik tergendala.. Ok, will write more later.. Saya suka templete baru ni :D Rasa sungguh semangat mau updet gitu..