Halim mengikut rakannya, Ramli pulang ke kampung di Terengganu sempena cuti pertengahan semester. Pada petang itu ketika bersiap untuk keluar, mereka disapa oleh emak Ramli.
Emak Ramli: Nok gi mane ni Meli?
Ramli: Orang nok bawok Halim gi jalang Pata Batu Buruk.
Emak Ramli: Bawok le adik mung sekali, kesiang die nok jalang gok.
Ramli: Orang gi naik moto je, nok ikut lagu mane?
Halim: Kenapa ni Li? Maaf le, aku tak berapa faham apa yang mak kaucakap.
Ramli: Tak de apa-apa. Siaplah cepat, kita nak keluar ni.
Halim: Kita nak pergi mana sebenarnya ni? Aku cuaklah. Aku dengar kaucakap lain macam aje tadi. Aku tak maulah pergi tempat tak baik tu. Aku takutlah. Aku masih suci tau!
Ramli: Tempat tak baik apanya? Kita pergi Pantai Batu Buruklah, makan ais krim goreng.
Halim: Tadi kau kata nak bawa aku pergi tempat jalangkan? Tak maulah aku! Peliklah keluarga kau ni. Siap boleh bagi tau emak lagi nak pergi cari jalang. Emak pulak boleh suruh bawa adik sekali! Pelik, pelik betullah famili kau ni. Kau tau tak, main jalang tu berdosa besar?
Ramli: Hei! Kau merepek apa ni? Kena sawan ke? Atau kena sampuk jembalang tanah sebab tido siang lama sangat? Aku nak bawa kau pergi Pantai Batu Buruklah, berjalan-jalan kat tepi pantai dan lepas tu boleh makan ais krim goreng. Kat situ ramai juga awek. Boleh juga cuba-cuba, tapi awek baik-baiklah, tak ada jalang. Kat tepi pantai mana ada jalang. Kalau kau nak tengok jalang, kita pergi tempat lain, tapi kena tunggu malam sikit.
Halim: Tadi aku dengar sendirilah, kaucakap dengan emak kau ... kau nak bawa aku ke tempat jalang.
Ramli: Alaa ... Lim, bukan itu maksudnya. Aku cakap kat mak aku yang aku nak bawa kau berjalan-jalan. Orang Terengganu memang cakap macam tu. Ada dengung kat hujung. Aku rasalah kan, elok kau tinggal lama sikit kat sini, biar pandai sikit cakap Terengganu, senang nak sembang dengan mentua nanti.
Halim: Blah la kau! Girlfriend aku bukan orang Terengganulah, orang Singapore tau! Lagi lama aku di Terengganu ni, boleh jadi gilalah. Kau sempat nak kelentong aku lagi, ada ke kata nak makan ais krim goreng. Aku bukan budak-budak tau nak kelentong macam tu.
Ramli: Kelentong apanya pulak? Serius ni! Aku nak bawa kau makan ais krim goreng, satu-satunya di Semenanjung. Moh cepat!
Jalang - perempuan jahat, pelacur
- (dialek Minang) - berkunjung, pergi ke
- (dialek Terengganu) jalan.
Perkataan yang diakhiri bunyi nasal atau sengau /n/ dan /m/, dalam dialek Terengganu dituturkan sebagai /ng/.
Sumber : Berita Harian
Saturday, March 28, 2009
Jalang Jalang
Posted by Azwani Shaari at 7:05 PM 0 comments
Labels: Belajar Bahasa
Sunday, March 22, 2009
Cuti-cuti ke KK bah..
Lama gilerr kat One Borneo ni.. Konon2 nak pergi kejap jek.. Last2 sampai kul 10.30pm baru nak balik.. Kat sini, kira dah lewat giler la kul 10.30pm tu.. Mana taknya, kat Lawas kan susah xde tempat nak shopping, so kat sini lepas gian la.. Excited jek masuk Giant, Guardian, Watson dan tak dilupakan Big Apple Donuts! Yeayyyy, sronok okehh dpt makan ini donut..
Dan sesungguhnya aku bersyukur sbb pergi KK time belum dpt gaji..(xde gaji pun, habih banyaaakkkk jugak duit.. aihh)
Syukur kedua sbb aku x posting kat KK.. Kalo x, sure tetiap minggu pergi kirai duit kat shopping complex + tmpt mkn yg best + cinema etc etc..
Pasni tringin nak pi Kundasang plak =)
Posted by Azwani Shaari at 12:45 AM 8 comments
Labels: Outings
Saturday, March 14, 2009
Manusia Pelupa.. Haha
Memasak. Sama mcm buat lab test.. Kena try and error sampai membuahkan hasil especially utk orang2 kategori jahiliah mcm aku.. Dan disebabkan aku ni manusia pelupa, mmg patut ada label resepi dalam blog ni, supaya senang lain kali nak masak.. Lately ni plak, aku asyik amik turn masak lunch on weekdays sbb hosmet semua ada urusan diwaktu pagi membawa ke tengahari.. Maka tetiap pagi la aku pening pale browse internet pikir nak masak apa..Hahaha.. Naif kan, tiap2 kali nak masak kena bukak ternet.. Hentam lah labu..
Ayam Masak Halia (ubahsuai dari http://yummylicious-jun.blogspot.com)
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Dikisar:
2cm halia
1/2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 cili padi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan gula
10 tangkai kacang panjang-potong kecil
1/2 batang carrot
30ml air
garam
minyak
1) Gaulkan ayam dengan garam kunyit n goreng hingga garing, ketepikan.
2) Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3) Masukkan air bersama carrot, sos cili, sos tiram, kicap masin, gula n garam secukup rasa.
4) Masak hingga kuah pekat dan masukkan kacang panjang dan ayam.
5) Gaul sebati n angkat.
Ikan Bawal 3 Rasa (Sumber:Majalah Wanita)
1 ekor ikan bawal
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 potong nenas (dipotong dadu)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Beberapa helai daun salad
1 tangkai daun bawang
1.Bersihkan ikan bawal dan kelar. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan
2.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan halia dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau
4.Masukkan sos cili, tomato, tiram dan kicap manis. Biarkan masak
5.Masukkan bawang besar, tomato, carrot dan nanas.
6.Masukkan gula dan garam.
7. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi. Hias dengan daun salad dan daun bawang.
Posted by Azwani Shaari at 1:16 AM 6 comments
Labels: Resepi
Tuesday, March 3, 2009
Tin, botul?
UJANG bersama-sama isteri dan dua anaknya dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan datang ke Kuala Lumpur untuk melawat tempat menarik sempena cuti sekolah. Pada tengah hari itu, mereka singgah di restoran mamak untuk makan tengah hari. Selepas duduk di meja pilihan, mereka didatangi oleh pelayan restoran yang juga warga India.
Pelayan: Apa makan incik? Briyani kambing ada, briyani ayam ada. Nasi putih ada, lauk boleh tengok sana depan.
Ujang: Bolehlah tu, bagi briyani kambing satu, briyani ayam tigo. Ayam kasi drumstick. Tulis elok-elok, nanti lain den order lain pulak yang engkau hantar.
Pelayan: Minum?
Ujang: Teh O duo, oren duo.
Pelayan: Tin, botul?
Ujang: Botul! Pandai pun engkau, macam tau ajo cito raso kami. Dah lamo duduk Malaysia?
Pelayan tersebut tersenyum dan berlalu dari situ. Tidak berapa lama kemudian dia datang membawa nasi briyani dan air minuman yang diminta. Tetapi Ujang tidak puas hati kerana pelayan terbabit membawa dua gelas teh ‘o’ dan dua botol air oren.
Ujang: Eden tak nak air oren dalam botol, den order air tin tadi.
Pelayan: Tadi incik order oren dalam botul. Saya ada tulis sini.
Ujang: Botul! den order air oren, tapi dalam tin.
Pelayan: Tadi saya tanya incik mau tin ka botul, incik cakap botul. Sini ada tulis, saya bawa itu incik order punya la. Ini botul sudah buka, tak boleh jual lagi, nanti saya punya bos marah, potong gaji.
Ujang: Den tak peduli, den nak yang dalam tin jugak. Den tak do donga pun engkau tanyo nak tin ko, botol ko. Yang den donga, engkau tanyo nak tin, botul. Den jawablah botul, sebob den memang nak air oren dalam tin, botullah tu.
Pelayan: Incik! Cakap butul-butul la, sekarang incik mau tin ka botul?
Ujang: Botul la, den nak yang dalam tin.
Pelayan: Ayo yoo incik, kejap cakap mau botul belakang cakap tin. Mana satu?
Ujang: Tinlah!
Pelayan: Itu macam cakaplah, senang. Nanti saya kasi ambil. (Dalam hati: Mana datang ini orang, cakap tak boleh faham).
Botul (Negeri Sembilan) - betul
Eden/den (Negeri Sembilan) - aku
Posted by Azwani Shaari at 8:38 AM 5 comments
Labels: Belajar Bahasa