CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 28, 2009

Day 3 : Kuching

25 Ogos 2009

Pagi2 lagi dah bangun, kemas balik semua barang n check out dari Arif Hotel.. Untuk berjalan2 disekitar Kuching, aku telah menggunakan khidmat Zam Transportation yang menyediakan perkhidmatan van muatan 11orang beserta pemandu untuk bersiar2 disekitar Kuching.. 12jam sehari dikenakan bayaran RM250.. Kalau mmg datang bersepuluh, jimat la kan.. Ni berempat je.. Tp xpe la, janji ada keselesaan dan privacy.. Dah boleh buat mcm van sendiri.. Hehehe..

So, pemandu yg rawk iaitu Cik Tijah la yang menemani ktorang spnjng 3hari kat sini.. Mula2 gi check in dulu kat Dormani Hotel, pastu baru gerak ke Sarawak Cultural Village.. Perjalanan mengambil masa 45minit dari Kuching.. So dapat la tgk2 dulu pemandangan sekitar Kuching, juga gunung Santubong yang legend itu..

Singgah kat Damai Beach Resort, untuk beli tiket masuk yang berharga RM55 (sepatutnya RM60, tp sebab datang dgn travel agency, dpt ler diskaun RM5).. Dah beli tiket tu, gi jalan2 amik angin kat Damai Beach tu kejap, pastu terus le ke SCV..


Terdapat 7 rumah etnik utama penduduk Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.. Standby ler energy banyak2.. Jauh ni nak jalan.. Jd pakai ler kasut yg selesa.. Disetiap rumah juge ada disediakan pakaian tradisional utk disewa dengan harga RM10.. Ada jugak rumah2 yang menjual hasil kraftangan & makanan tradisional derang.. Beli la mana2 yg berkenan ;) Dalam banyak2 rumah tu, berkenan la plak nak try pakaian masyarakat Orang Ulu, so semua sepakat nak menyewa.. Akak yang jaga umah tu pun sporting nak tolong amikkan gambo.. So ktorang pun berposing la ala2 Orang Ulu.. Tgh2 dok posing tu, tetiba ramai la plak pelancong lain datang, siap amik gambo ktorang.. Hahaha terasa glemer kejap.. Yg lebih mengembangkan deria2, tengah round2 umah tu tetiba ada sorang minah saleh ni mintak nak amik gambo kitorang, gorgeous katanya.. Tak pernah lagi ada org puji aku gorgeous, hehehe (ye aku tau, yg gorgeous tu baju tu je, saje nak tumpang kembang :P)

Dalam pukul 11.30am plak ada persembahan tarian kebudayaan.. So singgah la kejap.. Sedap sungguh depa bantai menyanyi menari sampai tertidur aku dibuatnya.. Sedar2 tu dah nak habis show pun, so sambung lagi 2 rumah yang belum smpt pergi.. 7 rumah le katakan..




So dalam pukul 12.40pm tu ktorang bergerak meninggalkan SCV.. Alang2 dah dekat dengan Pantai Santubong tu, x sah ler kalo x singgah kan.. Kaedahnya singgah ler kejap, amik2 gambo..


Pastu terus ke Jong Crocodile Farm plak.. Jauh tau tempat ni, 2jam dari SCV.. Punya la heaven dapat melelapkan diri 2jam dlm van tu.. Sampai je Jong dah almost 3pm, bagus timing sbb time ni le dapat tgk feeding show.. Actually buaya2 ni makan kul 11am & 3pm, datang time ni dpt ler tgk derang bg buaya makan.. Bayaran masuk ke sini RM16.. Buaya2 tu plak, tipikal nama buaya Sarawak la, ada Bujang depannya.. Bujang Sudin, Bujang Leman, Bujang Dolah (Bujang Sudin je aku nmpk, yg lagi 2 tu tambah buat penyedap cerita, haha) Selain buaya, ada la jugak haiwan2 lain kat Jong ni, dah mcm lawatan ke zoo la plak..

Ada amik video bagaimana buaya2 tu diperdayakan ketika nak makan.. Dah byk kali try upload kat blogger ni x boleh jugek... Next time ler upload..



Dari Jong Crocodile Farm, ktorang singgah ke kilang pasu plak atau nama sebenarnya Yong Huat Heng Brick & Earthen Ware Factory.. Tgk uncle tu buat pasu mcm senang je, huhu.. Pastu jalan2 ler dlm kedai dia, tgk pasu cantik2 siap diskaun 50%, sungguh teruja.. Tp mls ler nak beli banyak2, sape plak nak usung balik nnti.. Tp kalo korang mmg berhajat nak beli tp mls nak bawak berat2, boleh mintak derang uruskan untuk pos..


Dari kilang pasu tu, dah lewat petang so terus le Matang, sedara Kak Ida ajak berbuka kat umah derang.. Rezeki jgn ditolakkan, so ajak Tijah hantar kitorang ke Matang plak.. Sungguh baik dan peramah keluarga itu.. Anak2 nya plak sngt comel dan mesra.. Dah rasa mcm nak terlelap pulak lepas iftar tu..


Dalam pukul 8.30pm Tijah amik kitorang n hantar ke hotel.. Hari ni tak dpt jln banyak tempat sbb perjalanan ke satu-satu tempat tu pun dah mkn masa lama.. Jadinya, kalo sesapa yg berhajat nak ke Kuching tu, tp budget nak habiskan semua tmpt dlm sehari je mmg x sempat..

Next trip : Semenggoh Orang Utan, Rumah Panjang Anah Rais, Muzium Sarawak, Muzium Kuching, Muzium Islam, Muzium Etnologi, Muzium Seni, Pasar Satok, Bazar Ramadhan, Kilang Kek Lapis, menyusuri Sg Sarawak menggunakan bot penambang dan iftar di Barok Bistro..

5 comments:

cida said...

First time i pi Kampung Budaya tu i bayar sepoloh hengget jek sbb flashkan matrik card walopun dah 3 tahun grad. haha. jahanam jgk aku ni rupanya. Second time pi masuk free sbb pi rombongan felo yg ditaja. hahaha. third time.. err.. xda third time dah. tu ja

cik fiza said...

cane la leh terlelap time show kt SCV tu..show dia menarik what..ntah la kot time ko dh x menarik..ms aku g tu mmg best..xtau la kot sbb aku yg mmg best kn..hehe..tp respect la kt ko leh jln2 sakan time pose..

Azwani Shaari said...

to kak cida:
kat metrik uum yg legend tu ntah kemana ntah sbb dah x guna akaun bank affin tu.. kalo x, nak juge buat.. hihihih

to cik fiza:
show tu best tp aku tertidur keletihan.. rasa mcm dibuai2 plak dgr lagu2 tarian bagai tu.. hehe

PakciQue said...

Aku rasa pihak kementerian kena lantik kau jadi duta perlancongan Negeri Sarawak lah.

Azwani Shaari said...

kau ada kenal sesiapa kat kem pelancogan? rekemen la aku, sponsor percutian aku, nnti aku wat promosi.. hahahahaha :P