CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 25, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum wbt.. Dengan rendah hati, saya ingin menjemput semua pembaca CikWaniOnLine utk menghadiri majlis perkahwinan saya seperti butiran di bawah:



Mai jangan tak mai noo.. Ceq x sempat nak hantaq kad dah.. Mana yang dpt tu kira bertuah la:P

Saturday, November 21, 2009

Le Tour De Brunei :D

Alhmdulillah, dapat juge menjejakkan kaki ke Brunei Darussalam.. Kata jiran, kalo x sampai gak mmg saje sngt laa..Fakta: Lawas ke Temburong, Brunei hanya 22km.. Kalau nak ke BSB tu jauh la sket.. Disebabkan ini adalah percutian tergempar, duit pun dah habis sbb gaji awal sngt haritu, makanya jadilah ia percutian budget lagi tergempar.. Heheheh... Budget hanya RM250, (RM50 utk minyak kete n feri; RM200 utk belanja2) dimana RM200 tu bila convert hanya menjadi RB81 sahaja tuan2 dan puan2.. Fakta: RM1=RB2.45

Hari Sabtu (14/11/2009) yang indah itu pun, kami bertolak la menaiki kereta cik ijan jalikha (anggota rombongan baru) bersama cik mun n cik ajie (anggota tetap) dan cik mijah (pemandu pelancong).. Mijah ni ada sedara kat Brunei, so bermalam kat umah sedara dia je la, jimat sudah.. Jgn lupa, ni destinasi budget.. hehehe.. So bertolak pun dah hampir tengahari, berhenti makan di Limbang dan menyambung kembali perjalanan ke BSB.. Sampai BSB dah lewat petang jugak la, hujan plak tu.. Terus singgah umah mak sedara Mijah, berenti solat n berehat2 sat.. Mak datuk besarnya umah.. Ini serius ada 12 biji kete kat car porch.. Masuk dlm plak, ktorang main bilang2 dia punya tv yang kat setiap sudut ada.. Masuk dapur lak, bilang fridge yg mana anggaran kasarnya aku sempat bilang ada 8 fridges pelbagai saiz, yg biasa ada, yg kedai buat isi air botol ada, yg isi aiskrim ada, hahaha, i jakun u..

Sblm Maghrib gerak plak ke rumah abg sedara Mijah, yg akan menumpangkan kami tidur di rumah beliau sekaligus menjadi pemandu pelancong.. Btw, kalau kat Malaysia, wiken kita jatuh pada Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad, lain plak bagi Brunei.. Cuti wiken depa Jumaat & Ahad.. So kalau dtg seawal pagi Sabtu pun depa keje, xleh nak bawak jalan2 gak.. Masa ni, hari pun dah nak malam dan hujan pulak tu.. Sempat ke The Mall saje la...



Esok paginya seawal pagi dah bangun, nak mengoptimumkan masa supaya dpt pergi banyak tmpt sbb petang nnti dah nak balik.. Tak bleh balik lewat sngt sbb kena naik feri utk masuk ke Sarawak n feri last kul 10pm..

Tgk gambar gadis genit yang pandai bergaya dan comel tu.. Namanya Shasha, anak sedara Mijah.. Umur baru 6thn, tp 6thn di Brunei dah masuk darjah 2.. Shasha ni belajar kat International School lak tu, lagi la petah n bijak gilerr... Mmg best layan dia.. Kat sini kalau makcik atau auntie dipanggil Babu.. Mijah tu plak sbb dia kecik, anak2 sedara dia panggil Babu Damit (Damit = Kecil).. Datang kitorang 4 orang mmg jadi Babu gak la.. Si Shasha ni kreatif betul panggilan dia kat ktorng, Ijan yang tinggi dipanggil Babu Panjang, aku yang sedang2 ni dipanggil Babu Sadang, Azie yang xde la besar sngt tp besar sket dr ktorang ni (jgn mara azie, haha) di panggil Babu Basar, Mun je Babu Mun.. Ok la tu kan, jgn dipanggil babun sudah..

Mari layan gambar lah pulak, antara tempat2 yang boleh dikunjungi ketika ke Brunei..

1) Istana Nurul Iman


2) Muzium Brunei


3) Muzium Teknologi Melayu




4) Royal Regalia - Tempat menyimpan alat kebesaran di Raja


5) Masjid Omar Ali Saifuddien


6) Kampung Air
Kami beruntung sbb dpt merasa kenduri kat Brunei sbb kebetulannya sedara Mijah ni kawen.. Mula2 tu pelik gak nape xde hidang nasi n mknn berat, rupa2nya majlis nak gi menghantar bakal pengantin lelaki ke rumah pihak perempuan je.. Derang ajak gak gi umah pengantin perempuan utk akad nikah tpnya x sempat nak join, x cukup masa :(



7) Masjid Hassanal Bolkiah


8) Pantai Muara


Btw, Jerudong Park yg glemer tu masih wujud walaupun x semeriah dulu, tp x sempat nak pi.. next time la kot, insyAllah.. Souvenir lak, ktorang beli kat Royal Regalia je, ada booth bukak kat situ.. Kalau korang nak pelbagai lagi, bleh ke Yayasan Hassanal Bolkiah.. Kat situ ada banyak cenderahati dijual.. Aku pun xde la memborong sakan, sekadar fridge magnet, keychain yang ada nail clipper n t-shirt je.. Tak murah mana la, mcm FM tu 3=RB10 mcm kat Malaysia gak tp convert tgk RB10 tu.. hehehehe... kena berkira tau sbb ada RB81 je ni...

Ok, habis cerita cuti2 2009, kita berjumpa 2010 ni ke Labuan pulak InsyAllah.. Berjaya jugak aku updet sambil tunggu flight.. Masih 'melangut' kat airport KKIA ni.. Hepi holiday utk semua guru2 dan murid2 Malaysia.......Wassalam :D

Wednesday, November 18, 2009

Bapak Hakim Yang Tidak Bijaksana LANGSUNG..

Ini satu lagi bingkisan kisah benar utk anugerah bapak2 sengal sedunia.. Minggu lepas ada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah.. Budak2 kan...bila jumpa padang mcm baru dapat kaki la.. Bertempiaran lari x hengat dunia.. So dlm budak dok main2 yang x sempat guru2 nak kawal semuanya tu, tercedera la sorang budak nakal bernama Hakim ni.. Dia ada rekod sakit buah pinggang sblm ni, so nampak gaya dia menangis sambil pegang perut dia tu mcm kritikal la jugak.. Dah la budak ni kelas aku.. Ada cikgu nak angkat dia utk bawak ke hospital, tp langsung dia x bg sentuh diri dia.. Sakit sangat kot.. Dlm dia dok menangis tu, dia bgtau dia ada ubat n dia nak ayah dia..

Aku pun tanya la budak2 kat situ sape yang tau no fon ayah Hakim. Ada sorang budak ni jiran dia, so aku ajak budak tu g umah Hakim.. Sambil tu ada cikgu yg call ambulan.. Sampai umah dia, bgtau lebih kurang kat bapak dia n bapak dia follow aku ke skolah..

(Masuk kisah bangang)

Sampai kat padang, bapak si Hakim ni bukan datang terus kat anak dia, tapi gi menjerit2 mcm org gila, dok tanya sapa yg tumbuk anak dia sampai sakit mcm tu.. Tgh dia dok marah2 tanya2 tu, semua org senyap je x cakap pape kecuali sorang budak yang sengal2 ubi ni, dia bgtau kat bapak Hakim yang Darren pukul.. Si bapak yang x brape cerdik ni pun tanya kat Darren, 'kau ka yang pukul anakku?'.. Darren mengangguk, terus panggggg kena lempang ngn bapak si Hakim tu..

Mmg bapak kurang ajar.. Dah la x tgk langsung anak yg sakit, x hormat langsung cikgu2 kat situ! Serius aku menyesal g jemput dia kat umah.. (tak jemput pun xleh gak sbb Hakim tu kata dia ada ubat dia n dia nak bapak dia..)

Dah sedap dia lempang anak org, baru g tgk anak sendiri.. Siap pujuk anak sendiri, 'takpe Hakim, ayah dah pukul budak tu, nanti ayah pukul lagi..' Bagus...bagusss.. Mmg bapak mithali! I wonder, Hakim ni sakit betui2 ke saje buat2 meroyan nak kan perhatian cikgu2 n bapak dia.....Mengikut cerita saksi2 kejadian, Hakim n Darren yang sama nakal je ni dok main tolak2, pastu xtau la kot Darren ter tolak perut dia ke apa ke.. tapi mmg sama2 salah laa..

Tunggu ambulan tak sampai2, dia sound cikgu2 plak.. Perli2 kata x bleh hantar anak dia ngn kereta ke.. Masalahnya nak sentuh anak dia pun xbleh.. Menjerit menangis mcm nak mati sngt dah, mcmana nak bawak g hospital.. Pastu dia kata lak, kalau pujuk elok2 sure bleh.. Antara nak dengan xnak je... Sedap sungguh mulut org tua tu..... Mmg menaikkan darah..

Darren yang kena lempang tu pun bleh tahan nakal gak.. Mmg aku pun geram nak lempang dia gak.. Mujur bapak si Hakim tu dah tolong lempangkan.. Hahaha.. Mak Darren tu pun jenis mak2 mengarut yang suka cari salah cikgu gak.. Bagus la tu.. Mmg kena buku dgn ruas.. Dgr citernya lepas daripada kes tu, mak Darren tu dah buat report polis, tp xtau la apa penyudahnya.. Malas nak amik tau, byk keje lain nak buat..

Anda2 yang membaca ni, jika mmpunyai anak yg bersekolah atau bakal bersekolah atau bakal mmpunyai anak atau bakal berkahwin, tolong laaaaa, jangan jadi mak bapak yang menjengkelkan....... Otak tu jgn letak kat kepala lutut mcm bapak si Hakim yang tidak bijaksana langsung itu..

Sekian terima kasih..

Saturday, November 14, 2009

Sakit Hati!

Sakitnya hati dgn sikap sebahagian ibubapa n waris murid-murid ini... Sungguh menghilangkan deria sabar betul laaaaaaaaaaaa!!!

Kes 1:
Adib budak tahun 1 yang selalu sangat ponteng sekolah.. Dia ni asalnya kelas paling hujung tp nangis2 nak masuk kelas pertama sbb jirannya Amirul ada dlm kelas tu.. Ok, xpe kita pindahkan dia ke kelas pertama walopun hakikatnya nnti menyusahkan cikgu la.. Budak klas tu semua cepat pick up, dia je yang lem*** sket.. Setiap kali mak or kakak dia dtg hantar dia ke sekolah, sure dia meraung2 mcm histeria nak ikut balik rumah.. Yang peliknya, dulu x plak mcm tu.. Mak dia plak, anak meraung2 camtu, pujuk2 x jalan, terus bawak balik rumah..

Satu hari tu, aku ngajar kelas dia masa pertama, so berlaku la adegan histeria lagi bila si kakak bawak Adib ke kelas.. Time ni guru kelas dia pun ada n guru kelas dia x bg Adib balik.. So ktorang berjaya memisahkan pautan Adib pada kakaknya.. Apa lagi, hilang je bayangan kakak dia meraung2 lagi la sambil goncang2kan pintu kelas.. Aku slow talk ngan dia, bawak dia duduk kat tempat dia, skali dia mengamuk tolak meja, habis jatuh semua buku aku.. Tu xpe lagi, pastu dalam esak tangis dia tu, dia pandang muka aku n cakap, 'nnti saya bgtau abg saya bunuh teacher' .

Cisss budak ni mengundang murka, aku pulas la telinga dia sambil jerkah dia suruh duduk.. Pastu banyak la kuar ayat auta dia.. Mula2 kata nak kuar jap jumpa kakak dia nak mntk duit blanja.. Aku ckp nnti aku bg duit aku.. Tak jalan cara tu, dia mntk nak kuar g toilet, aku suruh 3orang budak laki beso2 sket kat kelas tu ikut dia.. So x jadi gak la dia nak melarikan diri.. Pastu dia mntk aku call mak dia sat, aku cakap ler x boleh.. Sampai la last2 tu dia cabut butang2 baju sekolah dia.. Hangin la aku, banyak perangai betui la budak ni..

Skali bila dia tgk semua cara x jalan, dia pun senyap, duduk balik tmpt dia.. Aku pun layan dia suruh mewarna, siap bg coklat kat dia.. Nmpk mcm dia dah ok.. Pastu kawan2 dia kata Adib takut nak dtg sekolah sbb selalu kena denda ngn cikgu.. Mmg patut la kau kena denda dah salu x bawak buku, xbuat homework.. Takkan nak salahkan cikgu lagi kot..

Esoknya plak, aku xde kat skolah time tu, abg si Adib ni dtg, main serang je kat kelas nak cari cikgu yang pukul adik dia.. Siap cari cikgu BI!! Kambing punya budak, hampir setahun aku mengajar kelas Adib tu, smlm tu la 1st time aku sentuh budak tu (pulas telinga).. Bagus la satu keluarga perangai mcm samseng, xde adab, xtau nak hormat cikgu.. Taktau apa kesudahannya sbb aku xde kat sekolah tp GPK la settledkan..

Lepas daripada kejadian tu mmg aku x pedulikan dah si Adib tu.. Yang peliknya tu elok plak dia dtg sekolah x nangis2.. Dia nak buat keje sekolah ke xnak ke apa ke, aku buat x tau je.. Tp budak tu rasa dipinggarkan kot, sbb tetiba je dia yg datang meja aku bertegur sapa.. Tp aku malas la nak layan sngt.. Pastu bila budak lain dlm kelas tu buat kesalahan, aku cakap 'kamu ni main banyak, kena pukul karang sebuk mengadu kat keluarga, tp salah kamu taknak cerita..' Tetiba ada sorang budak laki ni cakap, 'saya x mengadu, Adib je suka mengadu..' Habis semua bbudak tu tau perangai Adib..

Yang menjengkelkan lagi tentang abg2 si Adib yang x beradab ni, ada skali tu aku tgh jaga exam, dia dtg dgn motor, berenti depan pintu kelas terus jerit nama Adib panggil keluar.. Mmg xde adab betul.. Ingat aku tunggul ke dlm kelas tu? Baru sekolah menengah dah perangai mcm tu.. Eeeeee, mmg menyakitkn hati..

Tu baru satu kes, nnti2 la aku citerkan satu lagi kes yang lebih menyakitkan hati dan jiwa raga.. Nak ke Brunei dah ni.. Hepi wiken semuaaa :D

Monday, November 9, 2009

786 Alhamdulillah Syukur

Lepas habis SPM dulu, aku rela terpaksa utk sambung metrik dalam jurusan perakaunan.. Serious tak minat.. Cadangnya nak tunggu panggilan Uni, kot2 la dpt metrik kat UIA ke, sbbnya aku minat nak amik law... Tpnya utk tidak meletakkan diri dalam keadaan berisiko, amik jugak lah metrik akaun.. Pastu lak, masuk UUM.. Aku lebih berminat nak amik human resource tp my sista Kak Ina tak bg.. Dia ttp suruh amik acctg jugak.. Alasannya, kalo keje esok org acctg bleh buat keje HR, tp org HR susah sket nak buat keje2 acctg.. Tu alasan dia bg, kot ada org HR baca jgn la kecik ati plak....

Pastu dengan hati yg separuh2 (sbb tau aku x terer acctg), aku apply jugak la cos ni.. Apply dan dapat pulak tu... Semester pertama, semua berjalan lancar.. Masa tu gigih belajar, tp still jugak result paper acct. x elok mana.. Yang membantu, semua paper fakulti lain.. Masuk sem dua tiga empat sampai sem lapan, result aku biasa2 saja.. Ada 2-3 paper yang failed menunggu masa utk repeat, ada jugak paper yang cukup2 makan menunggu utk di repair.. Setiap sem, aku akan bawak sekurang2nya 6-7subjek.. Sehingga final.. Time cuti sem lak, kena bertapa lagi dlm UUM, buat intersessi plak utk repair n repeat apa yg patut.. Time intersessi pun sedih gak.. Duit masa tu mmg cukup2 bayar yuran n makan ala kadar je, so dah terbiasa la time tu pakat ramai2 satu bilik masak lempeng cecah sambal ikan bilis la, masak ikan kering sampai abis lalat dtg bilik la.. Mcm2 la adegan berbelanja secara berhikmah.. Hehehe

Masa tu mmg cemburu giler dgn kawan2 lain yg dah dpt bersenang lenang bawak 2-3 subjek je bila dah hujung2 sem n tak payah susah payah buat intersessi.. Terasa jugak kesilapan besar amik cos acctg yang x kena dgn jiwa raga aku ni.. Dengan result yg cukup la utk makan sendiri tu, aku grad jugek akhirnya.. Idak ler cemerlang, tp x la jugak memalukan sngt.. Aku score subjek yg kena dgn jiwa mcm sains sosial, titas, ekonomi, bm, komunikasi etc etc paper dari fakulti lain utk cover balik markah paper fakulti sendiri..

Masih jugak mencari sebuah hikmah, nape la aku amik acctg.. Sehingga lah hari ini........ Hikmah itu datang menunjukkan dirinya............. :)

Btw, utk tidak melalut, td aku dah dapat surat tawaran pelantikan tetap yang ku tunggu sekian lama itu.. Melihat tangga gaji yang melonjak 6 tangga daripada gaji rakan sejawatan (degree lain), cukup membuatkan aku sedar hikmah yang aku cari selama ni.. Beza banyak jugak kalau kita keje cikgu menggunakan degree acctg rupanya.. Sebulan dah beza RM542.70, setahun dah jd RM6512.40.. 30tahun lagi nak keje dah beza RM195372.. Nak bandingkan dgn susah payah belajar acctg dulu 4tahun je....

Moralnya di sini, aku bukan nak cakap pasal gaji tu, tpnya dalam hidup kita ni, kita jarang sangat nak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.. Tau merungut je, itu tak kena, ini tak kena sedangkan apa yg kita nak tu belum tentu terbaik utk kita.. Yakin lah bahawa bila kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lah yang terbaik:)

Hikmah setiap kejadian tu mungkin kita tak nmpk masa tu, tp mungkin Allah akan tunjukkan di masa akan datang, atau mungkin generasi akan dtg yang akan dapat manfaat daripada apa yg berlaku pada kita..

-> Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
->Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
->Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
->Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan.
->Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.


Nota Kaki 1: Aku kena blanja Kak Ina makan best ni, dgn asbab dia paksa aku amik acctg la gaji aku naik sket dari yg sepatutnya...

Nota Kaki 2: Kena blanja my fiance jugak sbb dia la yang susah payah isikan borang SPA dulu dengan sabar dan tekunnya.. Kalau lambat isi, mungkin next year baru aku dpt surat tawaran pelantikan ni.. Sungguh awal encik fiance isikan borang tu sehingga antara 7 orang guru baru yang masuk skali aku, aku sorang yg interview paling awal n aku sorang jugak la yang baru dpt surat tawaran ni.. 786 Alhamdulillah Syukur =)

Wednesday, November 4, 2009

Day 1,2,3 : Tamparuli, Kundasang, Ranau, Tuaran, KK, Lok Kawi

Assalamualaikum.. Masa utk bercerita.. Mari semua dok rapat2 sket.. Ok, minggu lepas rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel sekolah membawa murid tahun 6 telah pun pergi ke Tamparuli-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu-Tuaran.. Tempat2 yg ada dlm tentatif tu semua aku belum sampai, jd excited gak la nak pi.. Pendek je la citer ek, sbb penat upload gambo..Huhuhu

Day 1: Jumaat (30 Okt 2009)
Bertolak dr sekolah dalam pukul 8.15am dan sampai ke Tamparuli dlm kul 12.30pm.. Ingat lagu jambatan doh tamparuli..bla..bla..blaa... Sempat ler naik bergambo atas jambatan tu ditemani mentari hangat membara.. Pastu terus naik ke Kundasang plak.. Sampai Kundasang pun dah hampir 3.30pm, check in kat Rose Cabin, lunch, solat n bersiap g Poring Hot Spring plak.. Masa ni hujan sepoi2 bahasa, tp layan jugak la celup2 kaki kat air panas tu.. Bebudak la yg seronoknya.. lagi hujan lagi derang layan.. Malam tu plak buat BBQ kat depan Rose Cabin tu.. Makan2 yg lazat merosakkan diet dan tidur dengan nyenyaknya sbb esok pagi2 nak bangun awal, nak tgk puncak Kinabalu :)











Day 2 : Sabtu (31 Okt 2009)
Bangun seawal pagi, bergambar sekitar Rose Cabin yang indah permai sejok tu then bersiap2 utk check out.. Tak puas sbnrnya, kejap sngt kat Kundasang.. So bertolak ke Pekan Nabalu.. Cari souvenir sket.. Masa ni la berjumpa ngn my abg cheli.. Iskkk, mmg saje tau abg cheli ni, sblm tu dok tipu aku, buat2 tanya psl Kundasang padahal dia pun ada kat Kundasang gak.. Penat aku beria bercerita promote Kundasang siap.. Tp jupe pun jap je la sbb dah nak gerak ke KK.. Huhu

Sampai KK, terus ke Akuarium dan Muzium Marin, UMS.. Kejap je round dlm tu, menghala pula ke Taman Buaya Tuaran.. Dah bermesra dgn bujang senang, menghala ke Marina Court utk check in plak.. Aktiviti petang tu, bbudak mandi kat swimming pool n malam plak berjalan2 ke City Point.. Memandangkan aku n azie xde murid utk dijaga, maka seawal petang lagi ktorang dah bergerak ke CP cari Papadom, malangnya Papadom dah x ditayangkan.. Pastu sebab kecewa, terus layan makan kat Secret Recipe, cari barang sket kat CP n terus ke Pasar Malam Kg Air plak utk mendapatkan stok gelang mutiara/kristal yg dipesan oleh dealer di Melaka.. Cewaahhh mcm ramai je dealer.. Haha.. Balik dr pasar malam, tdo sampai lebam lagi......








Day 3 : Ahad (1 Nov 2009)

Bersiap xde la awal sngt, masa ni aku telah pun diserang selesema yg dasyat, hingga sungguh xde mood nak jalan2.. Tentatifnya pagi ni ke Pasar Filipina dulu, tp x beli pape pun, dah perabih duit mlm td.. Nyesal plak g pasar tu, kalau layan tdo pun sedap.. huhuhu.. Flu makin teruk, check out dan bergerak nak balik.. Otw, singgah ke Muzium Sabah dan terus plak makan tengahari kat Tanjung Aru.. Sekeping je gambo amik sbb mmg dah xde mood sesangat..

Lps makan, layan tidur dulu sementara nak sampai ke Pusat Hidupan Liar Lok Kawi.. Dah mcm Taman Tumbina kat Bintulu je.. Serious xde mood nak beramah mesra dgn kamera mahupun haiwan.. Sebbaik ler masa berjalan2 secara malas tu, terserempak dengan org bawak gajah, so beli la tiket nak merasa naik gajah. At least, berbeza la sket dari pergi Tumbina dulu.. Dari Lok Kawi, x singgah mana2 dah, terus je zassttttt sampai ke Lawas...




Sekarang budak dah abis exam, masa utk marking paper, key in markah, sebuk dengan sukan sekolah, safari membaca, penyampaian hadiah etc etc... Tak dilupakan, trip terakhir di Borneo, InsyAllah nak ke Brunei:)

Wassalam