CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 7, 2013

Hadif's GUMP

GUMP = Growing Up Milk Powder

Selesai 2tahun fully BF Hadif, bermula la operasi peningkan kepala memikirkan susu apa pulak nak top-up masa kat rumah BS... Seriously, 2tahun awal tu mmg x amik tau langsung pasal formula milk.. Tak tau pun brand apa yg ok, brand apa yg kurang ok, yg mana mahal/murah etc..

Tiba2 ternampak brand Ilham ni di pasaran facebook... Rasa tertarik dengan janji2 manisnya susu dicampur badam+kurma+kismis dan diproses 100% oleh orang Islam.. Bila up status kat fb pun ada kawan2 yg mmg anak mereka mengamalkan susu ni dah memberi respon yang positif.. So, try la sekotak dulu just utk dihantar ke BS...

Hadif minum jugak la tp x meriah mana... Sekali je sesi minumnya... Sekotak ni 650g tahan la 2minggu... Walaupun sekali minum je sehari, tu pun x habis sebotol.. Bila dia dah x bf officially, aku tukarkan pulak susu Ilham ni kepada yg perasa coklat.. Nampak gaya Hadif ni mewarisi mama dia yg suka rasa chocolatey.. Bila tukar flavour ni, baru la ok sikit dia minum.. Habis la sebotol.. So xde la rasa membazir..



Untuk susu kat rumah pulak, aku belikan Dutch Lady Fresh Milk & Marigold Chocolate.. Kena mix 2 jenis ni baru dia nak minum.. Kalau susu plain nampaknya dia dah x berapa nak... Kalau nak bg susu plain, kena campurkan ngan coco crunch.. Nampak tu, still kena ada benda coklat.. Huhuhu

Stok susu ni sedozen fresh milk + sedozen chocolate milk biasanya tahan jugak sebulan.. Tu pun mak pak dia tumpang minum skali..

Kesimpulannya: anakanda aku tu bukan peminum susu yang tegar, yang sampai bergayut je dgn botol.. Dia hanya minum sekali dirumah pengasuh, sekali petang, sekali lg mlm sebelum tidur.. Lega jugak, bila dia x bergantung kepada susu, dia akan makan dengan banyak.. Mmg pemakan ini Hadif.. Favourite dia kalau nasi, mesti kena ada sup.. Rotate la mama dia masak sup ayam, sup daging, sup telur, sup bebola ikan, sup sayur, sup cendawan.. Sbb tu aku masih bekalkan makanan utk dia mkn di rumah BS.. (Next entry nnt aku cerita detail)

Harap2 ada adik baby nanti, Hadif boleh terima EBM balik.. Mom's milk is the best, right? ;)

Nota 1: Disebabkan tidak pernah menggunakan milk powder kat rumah, aku dan suami mmg x cekap la kalau kena suruh bancuh susu.. Confirm tak tau nak agak air panas banyak mana, air masak banyak mana.. 

Nota 2: Rumah kami jugak xde thermos air panas, di mana ini mendatangkan kekeliruan kepada tetamu yang dtg... Thermos air panas kan ibarat benda wajib dlm rumah keluarga yg mempunyai anak kecik.. Hihihihi...

0 comments: