CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 18, 2014

Cuti Sekolah Kami

Lama betul tak updet belog ni.. Patutnya cuti skolah makin banyak masa lapang ye dak.. Ini dah start skolah balik, baru le dpt blogging sket.. Cuti sekolah aritu, 1st time Asyfa travel jauh.. Sebelum ni kan anak mak tu jd puteri lilin je, dok kat rumah.. Mana pernah lagi bawak dia kuar sesaje jalan2.. 

Alang-alang nak hantar my sil balik Kelantan, angkut la semua skali balik.. Owhh ye, naik sekolah ni Asyfa akan dihantar ke pengasuh lama Abg Hadif.. CikLah yg dok jaga selama ni mau bersara sudah.. Nak dok umah lepak2 katanya bulan posa ni... Abis laa mak kena berdikari dah lps ni.. Tiada lagi CikLah yg rajin utk tolong2.. Anyway, buat Kamilah yg ku sayang, if u happened to read this, TQ banyak2 atas jasa baik & pertolongan jaga Asyfa dari kecik sampai le udah mencanak2 berat badan dia.. 

Ni la adik ipar ku yang manis.. auwww

Cuaca mmg panas membahang skang ni, otw nak balik Kelantan tu pun Asyfa dah cranky, panas sampai air-cond x terasa sejuk.. So berenti jap kat R&R Gua Musang, kasi makan, mandi & tdo sepam.. Pastu baru gerak semula.. Abg Hadif la paling happy bila balik kampung.. Ramai nak layankan dia.. 

Abg Hadif & Huraiyah si sepupu..

 1st time bawak Asyfa masuk shopping complex.. KB Mall.. Tu pun dia layan tido dalam boba saje :D

4 bersaudara :D

Balik Kedah plak, Abg Hadif mmg cari Kakak Tihaney pujaan hati dia la... Berkepit je dua org ni.. Bawak balik pulak Family Lounge Pool yang super best ni, mmg syiok la depa berendam panas2 tu...

Luas bebeno pool ni.. Siap ada 4seats & 2 tmpt letak bekas minuman.. Kelas kau jah..

Cuaca kat Kedah pun panas membahang juge.. Mmg asyik cranky jugak la Asyfa awal2 balik tu.. Asal nak tdo je kena bawak masuk kete dulu.. Alhamdulillah anak2 sihat je, xde demam, batuk, selesema bagai.. Moga Allah terus memberi nikmat kesihatan pada kita semua..

Ekceli balik haritu ada projek jalan2 cari projek perumahan.. Tgk nnt bebila free, mak story ye.. Taktau la bila nak free nya, next week seminggu pulak kursus.. Wuhhuuuu

Asyfa terkini.. Dah pandai merangkak sikit2.. Good job sayang :D

Tuesday, May 20, 2014

Asyfa's 1st Solid Food & Supplement :)

Alhamdulillah, Asyfa dah start makan di usia 6 bulan... Tu pun dari umur 5 bulan lagi dah nampak sign nak makannya... Antara tanda2 anak dah bersedia nak makan termasuk lah dah boleh tegakkan kepala (control leher), dah buat mimik mulut meniru kita mengunyah, dah mula nak tarik bekas makanan, boleh duduk sendiri dengan sedikit sokongan, tidak kenyang setelah menyusu 8-12x sehari dll.. Banyak tanda2 awal sebenarnya, tp itu x bermakna boleh bg makan awal.. Kemon la mommy, seumur hidup lagi nak bg anak makan, takkan la xleh bersabar 6bulan awal tu kan...

So here we go...Air tangan mama utk adik Asyfa.. Semua diambil mengikut 4 day rules iaitu makanan yang sama diambil utk 4 hari berturut2 bg mengesan jika anak ada allergy pada sebarang makanan...

Day 1-4: Bubur nasi + baby carrot
*Lobak merah kaya dengan Vit A & B yg baik utk penglihatan*

Day 5-8: Bubur nasi + kismis
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan(hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.*

Day 9-12: Bubur nasi + squash butternut
*Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"*

Day 13-16: Bubur nasi + zucchinni
*Mengandungi folat, kalium dan vitamin A*

Day 17-20: Bubur nasi + prunes
*Prunes dikatakan berkesan utk penyakit autoimmune spt eczema selain kandungan antioksida yg tinggi*

Day 21-24: Bubur nasi + kacang peas (mak guna yg frozen)
*Peas helps to promote regular bowel movements and prevents constipation*

Day 25-28: Bubur nasi + kurma.. Why lambat sangat bg kurma? sebab mak x jumpa kedai jual kurma.. Huhuhu
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.*

Next month kita pelbagaikan lagi.. So far, nampak eczema Asyfa naik time amik squash butternut & peas.. tak sure la mmg punca dari makanan atau kebetulan.. Kegemaran Asyfa plak nmpk lebih kpd prune.. Mmg laju je makan time letak prune, tapinya time lain pun makan banyak jugak.. Hahaha

Opsss, selain campuran bubur di atas, mama jugek bg Asyfa sedikit madu di waktu pagi, sedikit tu kira secalit madu di jari, bg Asyfa hisap jari mama.. Dalam bubur tu plak mama campurkan vco+habbatussauda.. Ni kira utk kuatkan immune badan anakanda.. Sehari sekali jugek mama bg al-manna sebanyak 5ml, selebihnya mama yg minum itu bancuhan al-manna supaya dpt disalurkan dari susu ibu kepada sang anak..

Ni minyak kelapa dara siap dicampur habbatussauda keluaran BioAsli yang mama guna utk bubur Asyfa.. If sesiapa nak beli, boleh roger2 ye.. Umah stokis dekat je ngan umah mak..

Ni pulak al-manna, prebiotik semulajadi.. Ingat tak manna was salwa dalam Al-Quran? Prebiotik ni makanan kepada probiotik.. makanan kepada bakteria baik.. Kasi bakteria baik berkembang biak.. Asyfa kan ada history amik antibiotik yg telah memusnahkan bakteria baik dalam badan dia :(

Ini antara ikhtiar seorang ibu utk menjaga kesihatan si anak.. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat anakanda.. Amin :)

Wednesday, May 7, 2014

Perkembangan Abg Hadif

Alhamdulillah, ditemukan dgn tadika yang baik utk Abg Hadif... Hampir setahun jugak la dia di Tadika Naluri.. Setakat ni xde lg dia bunyi2 xnak g skolah ke....teacher marah ke... Gaduh merajuk ngan kawan2 tu biasa la... Perkembangan bahasa dia pun nmpk lg ok... Kemahiran motorkasar & motorhalus pun makin meningkat.. Bacaan doa & zikir pun makin lancar.. Alhmdulillah :)

Ni la tadikanya.. Luas laman & tanah tepi...

Ni geng 4 tahun.. Dok buat kolaj ikan.. Hari Jumaat derang berpakaian tradisional..

Boling botol.. Gaya ada dah tu...kihkih

Bercucuk tanam...

Haaa..nmpk ni hasil tangan anak2 kecil ni dah boleh dimakan...

Sukan mingguan..

Solat berjemaah...

Perarakan maulidurRasul..

Food Art..

Menjahit baju...

Main clay..

Gambar-gambar kredit pada FB Tadika Naluri... 

Dapat tadika yg baik utk anak pun satu rezeki yg patut disyukuri.. Teringat kes2 penderaan di taska & tadika.. Syukur lah, anakanda x perlu melalui trauma itu.. Moga yg baik2 saje berkekalan...Amin :)

Tuesday, May 6, 2014

Wadihana Islamic Steakhouse, Setapak

Aku menyedari kewujudan Islamik Steakhouse ni masa dok pi Piu Pura Spa... Depa 1 bangunan kat PV128 cuma steakhouse ni lot belakang.. Bulan Jan lps dok riki2 la cari tmpt mkn best konon nk celebrate birthday suami, ternmpk pulak iklan steakhouse ni dlm paper.. Terus psng niat nk pi mkn kt situ.. Tapi mengenangkn x syok nak bawak Asyfa jejalan di awal usia, terpaksa la tangguhkn dulu niat tu...

Wiken yg lps, Asyfa pun dh start mkn, senang sikit nk bawak dia... Kalau dia teringin pape yg ada atas meja nnt, boleh bg bubur je.. Tempat mknnya pun selesa dan bersih... Ktorang sampai tu dh dekat pukul 9.30pm, org pun x ramai n xde yg merokok.. Alhmdulillah...

The food was good n large portion.. Mmg kenyang thp x habis... Iskkk membazir plak... Next time utk org2 x kuat mkn mcm aku ni better kongsi je ngn suami... Dah mmg rejeki jugak sbb mmg berhajat nk mkn kat sini, ktorang pi hari Sabtu, hari Ahad esoknya tu last day steakhouse tu dok Setapak.. Nak pindah ke Seksyen 7 Shah Alam plak dah.... 


Wadihana... sedap plak nama kedai.

Baba meriba adik yang dah bosan dan cranky..

Dalam thermos cars tu le bubur si adik....

Choc milkshake, vanilla milkshake, pineapple juice..

Appetizer : Rocky Beef Nachos RM12.90 (dap...dap)

Oxtail Soup RM13.90... 1st time mkn sup dlm roti.. 

Spaghetti Carbonara.. Patutnya ada egg yolk atas tu tp mak xnak..RM17.90 (biasa2 je ni)

Combo Avanza.. Mcm2 ada ni dari chicken, beef, mussels, prawn, sosage, lamb, salmon... Tapi daging dia x selembut n sesedap kat chef zubir.. RM39.90 (boleh share mkn ni...banyak sgt)

Grilled Salmon Fillet RM29.90

Dessert Panna Cotta & Chilled Cheese Cake tiada dlm gmbr memandangkn adik dah ngantuk... Tapaukn aja...

Next in list... Nak try picknick pulak kot sbb tokey nya Nik Micheal yg encem tu...kihkih

Monday, April 28, 2014

Asyfa turns 6 months young

Si debab mak ni dah melepasi usia 6bulan, Alhamdulillah....Berat dah capai 7.4kg.. Dah start makan, kita mulakan dgn bubur carrot diikuti bubur kismis, 4 days rules.. Tu nnt la kita compile menu2 Asyfa dalam entri lain.. Dah besar ni, makin cerdik.. Dah pandai nangis2 kalau mama melintas x amik dia... Rajin melompat2, keje nak berdiri jek... Sembang pun makin ramah (dalam bahasa Jerman dia la :P) 

Ni posisi tido kegemaran adik.. Letak je atas tilam, automatik meniarap..

Nak jadi doktor kot? (sebab lama sangat dok NICU dulu..hihih)

Nampak setakat ni, adik suka makan & kuat makan.. Mana tak membulat..

Pandai jugak ambil dan pegang botol sendiri..

Lepak dalam istana.. Ini lego gergasi mama ada jual.. Whatsapp 017-854-1083 utk pembelian.. Sempat promo plak...

Jadi anak soleh/solehah ye anak-anak ku :)

Tuesday, April 22, 2014

Terapi Boling PPKI

Seronok jugak perasaannya bila sekali sekala dua kali dua kala dpt bawak budak keluar... Kalini terapi boling pulak... Boling pun satu permainan yang bagus jugak untuk melatih koordinasi tangan-mata murid...

So here we go... I bowl di Brem Mall Kepong...

Tunjuk ajar murid cara permainan yang betul walopun cikgu cikgi ni kekadang kelaut jugak...

Agak2 ni ada tak yg boleh wakil negara ni? Mana la tau, kan... InsyAllah ada ni yg boleh ganti Shalin Zulkifli :D

Budak seronok...cikgu pun legaa :D

Abis main seround ada lg sikit masa.. Sempat la bawak budak jalan2 ke Giant sblm menunggu bas...

InsyAllah sebulan sekali kami akan ke sini :)

Thursday, April 10, 2014

Terapi Berkuda & Lawatan ke FRIM

Semalam, mama bawak anak2 murid ke Terapi Berkuda di Tasik Titiwangsa.. Last year, skolah mama x dpt slot berkuda, tahun ni Alhmdulillah rezeki anak2 syurga ni, dapat la menunggang kuda.. Selain ini merupakan sukan sunnah Nabi, ia juga bagus untuk memupuk keberanian dan keyakinan diri :D

Naik kete kuda dulu seround...

Ada kelapangan masa nnt, InsyAllah boleh bawak Abg Hadif & Adik Asyfa ke sini...

Ini lah anak2 saya di sekolah...

Uncle ni soh edit gmbo dia bg jadi putih dulu baru upload... Kihkihkih

Semalam juge, Abg Hadif dan tadikanya ada lawatan ke FRIM, melibatkan semua murid 4,5,6 tahun.. Abg Hadif mmg teruja la nak naik bas.. Mama pun xde masalah nak lepaskan dia pergi.. Biar la dia berdikari & outing tanpa keluarga.. Nak tunggu mama bawak g hutan gitu taktau la bila.... Walaupun Abg Hadif kecik lagi, rasanya xde masalah nak lepaskan dia di bawah pengawasan cikgu2.. Anak2 ni kebiasaannya berdisiplin n dengar je cakap cikgu..

Gambar2 kredit pada facebook Tadika Naluri :D

Murid beratur sebelum menaiki bas..

Ni time baru sampai kot..

Naik jambatan beramai2...

Ni muzium dlm FRIM tu..

Khusyuk je belaka :D

Menghilangkan penat dan lelah..

Kan.... dgn cikgu2, elok je beratur, xde pun nak berlari2 bagai..

Best je ye makan minum dalam hutan yg damai..

Tekun tgk sarang spider

Teacher kata abg gigih panjat bukit tu nk p tgk daun terbesar di dunia :D

TQ utk semua warga pendidik Tadika Naluri Kreatif, Selayang....