26 Ogos 2009
As usual, dlm pukul 8.00am dah bersiap sedia n tunggu dijemput oleh Cik Tijah.. Destinasi pertama kami ialah Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Jauh tak jauh dari pusat bandar tu ada la jugak dalam 45minit.. Kenderaan takleh nak parking sampai bawah, so kena la jalan sikit turun bukit dan masuk hutan.. Dalam 200meter masuk ke hutan tu sampai le ke tempat Orang Utan diberi makan tu.. Rakus sungguh mereka makan buah2an yg diberi..
Disebabkan tentatif program yang padat, selesai je kat PHLS tu, bergerak pula ke Rumah Panjang Anah Rais yang merupakan rumah panjang tertua di Malaysia iaitu telahpun berusia 200tahun.. Di sini ada lebih kurang 150buah rumah yang mana rata2nya masih mengekalkan ciri2 asli rumah panjang.. Tp dah moden le sbb majoriti rumah panjang ni dah ada astro.. So, amik kesempatan tu untuk jalan2, tgk cara kehidupan derang...
Dari Anah Rais bergerak ke Muzium plakk... Muzium tuuu, mmg dasar chegu betul la.. Hahaha.. Bukan satu dua muzium tau, bermuzium muzium and off course Muzium Kuching yang banyak kucing tu pun ada...
Dari Muzium gerak ke Pasar Satok plak, nak beli ikan terubuk masin yang fresh2 gitu... Tak jln lama kat sini sbb banyak lagi tempat nak pergi.. So, Tijah tunjukkan gerai ikan terubuk yg ok, terus pilih2 bayar je...
Dari Pasar Satok balik hotel setengah jam, rehat sat n solat then terus bersiap2 nak ke Waterfront pulak... Makan angin sambil bersiar2, bergambar2 dan jalan2 kat Bazar Ramadhan sblm menaiki bot penambang bersiar2 sekitar Sungai Sarawak plak dan berhenti kat Barok Bistro untuk berbuka puasaaaa...Haa kan panjang perjalanan tu....
Iftar di Barok Bistro yang makanannya so-so saje.... Pas iftar, Tijah datang amik n melawat pula Kilang Kek Lapis... Masuk sampai ke dapur, nak tgk derang buat kek lapis tu.. Beli la jugak sepam dua buat pelepas gian..
Sampai je hotel dah pukul 9mlm... 13jam kuar, mmg letih tp sangat menyeronokkan.. Tak terasa mcm sedang berpuasa sbb setiap saat tu ada je aktivitinya...
Next trip : Main Bazaar Kuching, Pasar Batu Tujuh, Pasar Malam Kota Kinabalu
Saturday, August 29, 2009
Day 4 : Kuching
Posted by Azwani Shaari at 2:03 AM 2 comments
Labels: Vacation
Friday, August 28, 2009
Day 3 : Kuching
25 Ogos 2009
Pagi2 lagi dah bangun, kemas balik semua barang n check out dari Arif Hotel.. Untuk berjalan2 disekitar Kuching, aku telah menggunakan khidmat Zam Transportation yang menyediakan perkhidmatan van muatan 11orang beserta pemandu untuk bersiar2 disekitar Kuching.. 12jam sehari dikenakan bayaran RM250.. Kalau mmg datang bersepuluh, jimat la kan.. Ni berempat je.. Tp xpe la, janji ada keselesaan dan privacy.. Dah boleh buat mcm van sendiri.. Hehehe..
So, pemandu yg rawk iaitu Cik Tijah la yang menemani ktorang spnjng 3hari kat sini.. Mula2 gi check in dulu kat Dormani Hotel, pastu baru gerak ke Sarawak Cultural Village.. Perjalanan mengambil masa 45minit dari Kuching.. So dapat la tgk2 dulu pemandangan sekitar Kuching, juga gunung Santubong yang legend itu..
Singgah kat Damai Beach Resort, untuk beli tiket masuk yang berharga RM55 (sepatutnya RM60, tp sebab datang dgn travel agency, dpt ler diskaun RM5).. Dah beli tiket tu, gi jalan2 amik angin kat Damai Beach tu kejap, pastu terus le ke SCV..
Terdapat 7 rumah etnik utama penduduk Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.. Standby ler energy banyak2.. Jauh ni nak jalan.. Jd pakai ler kasut yg selesa.. Disetiap rumah juge ada disediakan pakaian tradisional utk disewa dengan harga RM10.. Ada jugak rumah2 yang menjual hasil kraftangan & makanan tradisional derang.. Beli la mana2 yg berkenan ;) Dalam banyak2 rumah tu, berkenan la plak nak try pakaian masyarakat Orang Ulu, so semua sepakat nak menyewa.. Akak yang jaga umah tu pun sporting nak tolong amikkan gambo.. So ktorang pun berposing la ala2 Orang Ulu.. Tgh2 dok posing tu, tetiba ramai la plak pelancong lain datang, siap amik gambo ktorang.. Hahaha terasa glemer kejap.. Yg lebih mengembangkan deria2, tengah round2 umah tu tetiba ada sorang minah saleh ni mintak nak amik gambo kitorang, gorgeous katanya.. Tak pernah lagi ada org puji aku gorgeous, hehehe (ye aku tau, yg gorgeous tu baju tu je, saje nak tumpang kembang :P)
Dalam pukul 11.30am plak ada persembahan tarian kebudayaan.. So singgah la kejap.. Sedap sungguh depa bantai menyanyi menari sampai tertidur aku dibuatnya.. Sedar2 tu dah nak habis show pun, so sambung lagi 2 rumah yang belum smpt pergi.. 7 rumah le katakan..
So dalam pukul 12.40pm tu ktorang bergerak meninggalkan SCV.. Alang2 dah dekat dengan Pantai Santubong tu, x sah ler kalo x singgah kan.. Kaedahnya singgah ler kejap, amik2 gambo..
Pastu terus ke Jong Crocodile Farm plak.. Jauh tau tempat ni, 2jam dari SCV.. Punya la heaven dapat melelapkan diri 2jam dlm van tu.. Sampai je Jong dah almost 3pm, bagus timing sbb time ni le dapat tgk feeding show.. Actually buaya2 ni makan kul 11am & 3pm, datang time ni dpt ler tgk derang bg buaya makan.. Bayaran masuk ke sini RM16.. Buaya2 tu plak, tipikal nama buaya Sarawak la, ada Bujang depannya.. Bujang Sudin, Bujang Leman, Bujang Dolah (Bujang Sudin je aku nmpk, yg lagi 2 tu tambah buat penyedap cerita, haha) Selain buaya, ada la jugak haiwan2 lain kat Jong ni, dah mcm lawatan ke zoo la plak..
Ada amik video bagaimana buaya2 tu diperdayakan ketika nak makan.. Dah byk kali try upload kat blogger ni x boleh jugek... Next time ler upload..
Dari Jong Crocodile Farm, ktorang singgah ke kilang pasu plak atau nama sebenarnya Yong Huat Heng Brick & Earthen Ware Factory.. Tgk uncle tu buat pasu mcm senang je, huhu.. Pastu jalan2 ler dlm kedai dia, tgk pasu cantik2 siap diskaun 50%, sungguh teruja.. Tp mls ler nak beli banyak2, sape plak nak usung balik nnti.. Tp kalo korang mmg berhajat nak beli tp mls nak bawak berat2, boleh mintak derang uruskan untuk pos..
Dari kilang pasu tu, dah lewat petang so terus le Matang, sedara Kak Ida ajak berbuka kat umah derang.. Rezeki jgn ditolakkan, so ajak Tijah hantar kitorang ke Matang plak.. Sungguh baik dan peramah keluarga itu.. Anak2 nya plak sngt comel dan mesra.. Dah rasa mcm nak terlelap pulak lepas iftar tu..
Dalam pukul 8.30pm Tijah amik kitorang n hantar ke hotel.. Hari ni tak dpt jln banyak tempat sbb perjalanan ke satu-satu tempat tu pun dah mkn masa lama.. Jadinya, kalo sesapa yg berhajat nak ke Kuching tu, tp budget nak habiskan semua tmpt dlm sehari je mmg x sempat..
Next trip : Semenggoh Orang Utan, Rumah Panjang Anah Rais, Muzium Sarawak, Muzium Kuching, Muzium Islam, Muzium Etnologi, Muzium Seni, Pasar Satok, Bazar Ramadhan, Kilang Kek Lapis, menyusuri Sg Sarawak menggunakan bot penambang dan iftar di Barok Bistro..
Posted by Azwani Shaari at 1:38 AM 5 comments
Labels: Vacation
Wednesday, August 26, 2009
Day 2 : Miri - Bintulu - Kuching
24 Ogos 2009
Dari Miri, ktorang bersiap secara bermalas2an je nak menuju ke Bintulu menaiki bas selama 3jam setengah.. Sungguh lama ok.. Dah ler xtau bas kul bape, main percaya je cakap taxi driver tu, katanya banyak bas nak ke Bintulu.. Cadangnya nak gerak kul 7.30am, tp disebabkan perasaan bermalas2an tu, kul 8.10am baru check out.. Tunggu ler teksi nak ke sana.. Ohhh terminal bas Miri adalah sungguh psiko! Bayangkan, sesampai je kitorang kat sana, berebut2 pengusaha2 bas datang ke teksi, siap bukak pintu n tanya nak pergi mana.. Bukan satu pintu je, 3-3 pintu dia bukak tanya.. Berebut2 nak ktorang naik bas derang.. Yang lebih psiko, derang siap amik beg2 ktorang terus bawak masuk dalam bas.. Sungguh kurang sopan ler.. Mujur dia x agih2kan satu beg kepada satu bas, huhuhu..
So, 9.20am bertolak dari Miri dan sampai ke Bintulu jam 12.30pm.. Jumpa Kak Ida kat sini n dia contact sorang pakcik teksi utk bawak ktorang bersiar2.. Bintulu pun bandar besar serba lengkap juge.. At least sungguh besar kalo nak dibandingkan dengan Lawas/Limbang tu.. Huhu..
Destinasi pertama, Tumbina Park.. Ya adik2, kenapakah taman ini dinamakan Tumbina? Kak Wani jawabkan ye, ini kerana ia diambil daripada singkatan Tumbuhan dan Binatang.. Bermacam2 jenis haiwan dan tumbuhan yang dapat kita lihat termasuklah haiwan lambang negeri Sarawak.. Apakah haiwan itu adik2? Ya tidak lain dan tidak bukan, burung enggang atau dikenali juga sebagai burung kenyalang.. Pipit terbang sama pipit, mana boleh terbang sama enggang... Burung pun ada kasta2 tau.. Hehehe
Lepas melawat Tumbina Park, ktorang singgah ke Pantai Tanjung Batu pula untuk bermandi manda, (ni acah je..hehe) Biasa la kan, datang amik2 gambo sepam dua sambil menikmati udara segar laut Bintulu.. Dan kemudiannya, tanpa berlengah2 lagi terus pula singgah ke satu kedai kraftangan utk melihat hasil2 kerjatangan penduduk Bintulu.. Pastu singgah MarryBrown tapau nugget utk bekalan berbuka puasa incase x sempat sampai Kuching dah iftar..
Siap segala, terus la menuju ke airport.. Penerbangan Air Asia Bintulu-Kuching yg memakan masa lebih kurang 50minit jugak la... Cuaca plak x berapa baik sbb Kuching dah hujan..
Sampai je kat Kuching, terus naik teksi menuju ke Arif Hotel yang telah pun aku booked seblm ni.. Masa nak check in tu confident je bayar utk 3 malam terus.. Sekali masuk je bilik hotel tu, oh Tuhan!!! Ni hotel kah atau apa kah? Sungguh tak selesa ya tuan2 dan puan2 sehingga saya menyesal bayar utk 3mlm terus.. Sungguh menyesal tahap terus call travel agensi n mintak senarai hotel lain yg dia boleh cadangkan.. Malas la nak citer apa yg x menarik psl hotel tu, silalah rasai sendiri.. Huhuhu.. By this time, xtau lg nak stay hotel mana the next day tu, tp ktorang mintak nak kenselkan 2mlm lagi dengan alasan ada kawan ajak tidur rumah dia.. Series esok tu nak gi check out n cari hotel lain le konon2nya..
Dah check-in, bukak puasa ngan nugget marrybrown, solat, mandi terus turun bawah cari kedai makan.. Bagusnya hotel ni sbb dekat dengan kedai makan dan masjid.. Hujan dah renyai2 masa tu tp still boleh redah nak ke kedai makan yang sungguh dekat itu.. Order la Nasi Ayam Penyet.. Sungguh sedap! Ayam dia sedap, sup sedap, sambal pun sedap.. Terbaik gitu..
Lps makan, jalan2 cari mini market lak, cari mineral water n jajan utk sahur.. Otw cari mini market tu nampak la satu hotel yang boleh tahan menarik jugak, hotel ni dicadangkan oleh travel agensi tu, betul2 belakang Arif Hotel.. Dormani Hotel namanya.. So lepas beli2 jajan tu, aku n Kak Ida singgah ke hotel tu, tanya2 rate segala terus mintak dia tunjukkan bilik.. Ok, cantik.. Hotel selesa, harga pun boleh layan.. Tu pun sbb ada promotion semperna Ramadhan, kalo x, x mmpu rasanya nak masuk hotel tu.. Maklumla, kami kan budget traveller.. Hehehe.. (budget tp memilih)
So, kompem la next day tu nak check in 2mlm plak kat Dormani Hotel tu.. Jadinya mlm tu, layan je la tido kat Arif Hotel tu.. Huhu..
Next trip : Cultural Village, Jong Crocodile Farm & Pottery Factory..
Posted by Azwani Shaari at 6:40 AM 8 comments
Labels: Vacation
Tuesday, August 25, 2009
Day 1 : Lawas - Miri
23 Ogos 2009
Assalamualaikum.. Alhamdulillah berkesempatan untuk updet sepam dua dari Kuching.. Kamek sampai Kuching sudah bah.. (Pehal kat Kuching pun nak terikut2 slang Sabah ni, haha).. Ok citer Kuching nnti dulu, kita citer 1st day Lawas-Miri dulu...
Dari Lawas ke Miri naik Twin Otter je.. (credit to Cik Izan Zalikha dan Cik Chung Yai Nee sbb tolong hantar gi airport) Ni 1st time aku naik Twin Otter so mcm jakun sket.. Ingatkan Twin Otter tu sama mcm Fokker 50 rupa2nya jauh lagi kecik dari Fokker 50.. Beza Twin Otter dengan Fokker 50 ni, selain kecik dan penumpangnya sikit, ia juga xde perkhidmatan fly attendant, xde makan minum, xde pengumuman penerbangan, xde penerangan tentang keselamatan etc n xde juga no tempat duduk.. Dah mcm naik bas lompat la plak, dok je ikut suka hati 1st come 1st served.. Hehe.. Lagi satu, Twin Otter ni terbangnya tak tinggi.. Sepanjang perjalanan tu mmg nampak je struktur muka bumi, pastu time dia langgar awan mmg terumbang ambing kaedahnya sbb ringan sangat kan.. Even masa nak check in tu bukan barang je kena timbang, dgn kita2 skali kena timbang, takut penumpang terlebih muatan kot ;)
So penerbangan stgh jam je, sampai Miri dalam pukul 9.30am terus amik cab ke King Wood Inn sambil deal dengan org taxi tu utk bawak ktorang round2 Miri.. So destinasi pertamanya pergi Taman Awam Miri yang glemer dengan jambatan tergantungnya.. So round2 la kat situ sambil amik gambo secara pukal.. Perkara pertama terlintas dlm fikiran aku, best giler kalo kat Baling, Kedah ada taman awam mcm ni, sure cantik nak buat outdoor wedding photoshoot.. Series cantik.. Sesuai jugak utk seisi keluarga beriadhah sbb ada kolam renang ala2 mini theme park..
Hujan dan renyai2 masa ktorang tinggalkan Taman Awam Miri tu, so bergerak pulak ke Muzium Petroleum.. Miri kan terkenal dengan sumber petroleumnya ye dak, so harus la cikgu ke sana.. Dah nama pun rombongan cikgu2, x sah kalo tak masuk muzium.. Hahaha..
Dalam sejam kat Muzium, ajak uncle teksi tu pergi pusat kraftangan plak.. Cuci2 mata sambil grab fridge magnet.. Tu je yang saya suka pun.. So sempat pergi ke dua pusat kraftangan, sblm balik ke King Wood Inn.. Ia merupakan hotel budget yang memuaskan hati saya.. Ok la dengan harga dia, RM95 pernite utk 1 katil queen + 1 katil single.. Lagipun ia terletak betul2 depan Imperial Mall & Boulevard Mall.. Nak cari tempat makan pun senang.. Senang pun x senang sangat la, ada 2-3 cafe je halal, yang lain mmg ada je sign carlsberg segala bagai.. Fyi, kat Miri pun ada waterfront tp jangan la korang mengharapkan waterfront dia menarik mcm kat Kuching tu.. Kat Miri ni waterfront nya just ada deretan kedai2 makan cina sahaja.. Tak worth pun pergi situ..
So ptg tu, singgah Boulevard Mall jap.. Ingatkan best, tp mcm xde pape pun.. Kalo nak shopping kat Miri better pergi Bintang Plaza je, kat situ ada parkson, pizza hut, mcd (ni nmpk dari luar je) x pergi pun sbb jauh sket kalo nak menapak dari Kingwood Inn tu.. Berbuka pulak dekat Home Away Cafe juga berdekatan dengan Kingwood Inn.. Lepas makan dan tapau burger jalanan, balik la semula utk tdo dengan jayanya..
Overall daripada apa yang aku lihat, Miri bukan lah tempat yang menarik sangat utk dilawati UNLESS korang nak beraktiviti lasak ke Gua Niah, Gua Mulu, Taman Negara semua tu.. Tp tempat2 tu pun bukan kat tgh bandar Miri, jauh lagi dari Miri tu.. Org Miri jangan marah dengan statement saya ye, put the blame to the taxi driver sbb dia pun xtau nak recommend ktorang ke mana2.. Aku search kat ternet pun, just jupe jambatan gantung tu n muzium petroleum selain gua2 segala bagai tu la.. Another trip la kot kalo nak pergi gua2 tu, xleh pergi time puasa camni..
So habis la satu hari satu malam di Miri. Tunggu next updet utk citer Bintulu plak =)
Selamat Berpuasa semua..
Posted by Azwani Shaari at 12:02 AM 5 comments
Labels: Vacation
Sunday, August 23, 2009
Saya berbuka puasa jam 6.33pm =)
Ramadhan Kareem, Allahu Akram.. Dulu kecik2, masa tgk tv siaran waktu berbuka dan imsak, sure terdetik dalam hati, best giler dok Sabah Sarawak, bukak puasa awal.. Dulu masa kecik kan suka membilang waktu, lepas sejam, sejam lagi nak berbuka.. So bila dah sampai pukul 6ptg tu, sure rasa mcm..'kan best kalo dok Sabah Sarawak, sure dah berbuka time ni..'
Nampaknya Allah dah makbulkan gerak hati aku masa kecik.. Haaaa, kan dah merasa bukak puasa kul 6.33pm td (almost sejam awal dari semenanjung) hehe..
Btw, esok pagi aku akan berjalan, melihat dan mentafsir mencari hikmah kembara.. InsyAllah perjalanan bermula dari Lawas - Miri - Bintulu - Kuching - KK - Labuan - Lawas.. Ini yang kita rancang, yang Allah tentukan masih belum tau mcmana.. Moga2 perjalanan ini selamat pergi dan balik.. Aminnn..
Masih berkira2 samada perlu bawak laptop atau pun x.. Nak bawak mcm memberatkan beg.. Tak bawak lak, sure mcm sangap je 7hari xde laptop.. Tgk la esok pagi camne..
Dear all readers, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Posted by Azwani Shaari at 1:59 AM 5 comments
Labels: L.I.F.E
Sunday, August 16, 2009
Macam-Macam Azwani 2
Telatah yang comel..
Kisah 1: (lepas balik dr 3hari bercuti interview)
Pupil: Teacher, kau kemana lama tidak datang sekolah..
Aku: Haaa, sape tau teacher pergi mana?
Pupil: Tau, tau.. Cg Asniza bgtau, teacher pergi Limbang
Aku: Haah, betul la tu, teacher pergi Limbang ada interview..
Pupils: Waaaaaa... teacher pergi i love u di Limbang...... (sambil bersorak)
Kisah 2:
Aku sedang mengajar ttg flag..Mula2 nyanyi2 dulu..
1 flag, 2 flags, 3 flags, 4....
5 flags, 6 flags, 7 flags more...
bla bla bla (ikut lagu twinkle2 little star)
Aku: Ok, what is flag?
Pupils: Benderaaaaaa....
Aku: Ok good, look at that flag (pointing to bendera Malaysia kat blakang kelas).. What flag is that?
Pupils: Benderaaaaaa...
Aku: Ok, mmg la bendera, tp bendera negara apa?
Pupils: Negaraku.... Negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan padu .......... sampai habis..
Kisah 3:
Aku: Ok class, what we called selamat hari merdeka in english?
Pupil: Happy Free Day..
Aku: Ok, let we see (sambil tulis kat blackboard)
HAPPY IN_ _ _ _ _ _ _ _ _ DAY.
Pupil 1: I know teacher, Happy International Day!
Pupil 2: Happy Indonesia Day!
Pupil 3: Happy Inter Milan Day!!!!
Kisah 4:
Di rumah kami, ada anak2 jiran yang datang mengaji selepas Maghrib.. Salah seorang daripada mereka ialah Judin yang sungguh comel.. Masih mengaji Iqra'.. Sekali sampai ke perkataan ba-na-na, terus kuar dari mulut dia, 'eh..mcm nama buah...' Hahahahah, comel comel...
Posted by Azwani Shaari at 12:02 AM 2 comments
Labels: Sekolah
Saturday, August 8, 2009
Dengan E T I Q A, berbaloi baloi!
Diperiksa pada 6/8/2009
Berat: 49.5kg
Tinggi: 154cm
BMI: 20.9
LEMAK DALAM TUBUH
Sihat: 17-33%
Saya: 28.2%
LEMAK PADA ABDOMEN
Sihat: 1-9
Saya: 3
UMUR BIOLOGI
28tahun (Uhhhh 2thn lebih tua..)
TEKANAN DARAH
Sihat: 110-140 / 70-90
Saya: 127/86
KADAR DENYUTAN JANTUNG
Sihat: 70 +- 10
Saya: 81
PARAS GULA
Sihat: 3.8-10mmol/L
Saya: 4.7
Uikssss...nmpk mcm semua ok, tp apekahhh umur aku tua 2thn ni..Hahaha.. Jd langkah berjaga2 kan, kena amalkan pemakanan yang seimbang (terus amik epal kunyah sambil taip), selalu bersenam (ini saya sangat malas), ambil supplement (sy amalkan makjun & collagen) etc...
Tp kalau dah ditakdirkan lepas berjaga2 pun terkena penyakit juga, dah cukup persediaan wang ringgit segala? Dah cukup simpanan segala? Jadinya, sebagai langkah berjaga2, adalah SANGAT PENTING untuk setiap individu memiliki Takaful@Insurans Perlindungan Islam ini..
Kenapa mesti ETIQA? Yaaa, dengan ETIQA memang berbaloi2 kerana ia telah diiktiraf dunia memenangi anugerah pemasaran takaful terbaik.. Dari segi keuntungan setakat ini, ETIQA memberi pulangan tertinggi.. (paling rendah setakat ini 5.5% setahun)..
Tp hati2 la, kalau ada org datang promo ETIQA ni, tanya dulu insurans ke takaful.. Bukan semua produk ETIQA adalah islamic ye tuan2 dan puan2.. ETIQA Insurans tidak berlandaskan Islam dan tidak mempunyai panel syariah manakala ETIQA Takaful berlandaskan Islam dan mempunyai Badan Pengawasan Syariah diketuai oleh Sahibul Samahah Dato Harunsani Zakaria, Mufti Negeri Perak..
Perlu diingat bahawa simpanan tahunan @ bulanan tu tak akan burn, kita akan dapat balik selepas tempoh matang seperti 20tahun. Tp kita still boleh keluarkan duit tu selepas 4@5thn sebanyak 80% daripada jumlah simpanan..
Ni antara pelan simpanan dan perlindungan yang komprehensif dan berlandaskan syariah:
• Tabung khairat kematian / hilang upaya kekal
• Elaun Harian Hospital
• Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia)
• Pampasan Penyakit Kritikal
• Tabung Pendidikan Anak
• Simpanan untuk Persaraan
• Jaminan Haji dan Umrah
• Tabung Kecemasan
• Medical Card
Keistimewaan lain:
• Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
• Pengiktirafan Majlis Pengawasan Syariah
• Perlepasan cukai pendapatan
• Perkongsian untung (Mudharabah 80:20)
• Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
• Amal Jariah
Semua transaksi secara Islam, tiada RIBA.. Mau berperang dengan Tuhan?
Bagi anda yang bekerja dengan pihak swasta yang memberi perlindungan kesihatan terbaik, tentunya x perlu risau.. Mcm saya ni berkhidmat dengan kerajaan, bukan untuk menafikan kepentingan dan kualiti hospital kerajaan, cumanya kalau berlaku sesuatu yang tak terjangkau (nau'zubillah), dengan adanya Medic Save Rider Medical Card ni, insyAllah boleh la mendapat rawatan terbaik di hospital terkemuka dibawah MediJaring..
Berminat utk mendengar lebih lanjut?
Untuk yang serius sahaja yer..
Anda boleh menghubungi:
En Wan Hazaruddin Wan Hassan (Agen Etiqa Takaful)
email/ym: onehazar@yahoo.com
telefon: 019-3878286
Dah contact En Wan Hazaruddin tu, bgtau dia yang korang dpt no fon/ym ni dari CikWaniOnline, cakap kat dia, cikwani kata kalau masuk takaful akan dpt hadiah misteri.. hehehehe
Sekian, Wassalam :)
Posted by Azwani Shaari at 8:24 PM 13 comments
Labels: Iklan