CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 25, 2013

Happy Holidays with FIFFY



TQ TO FIFFY, TODAY PUBLISHING & PARENTHOOD MAGAZINE! :D

Monday, May 20, 2013

Pregnancy Journey I: Kad Merah vs Kad Biru


Kad merah & kad biru ni adalah antenatal kad yang perlu dibuat ketika hamil.. 

Time Hadif dulu exicted dan blur, 6weeks dah buat kad dan bermula la episod bertunggu tangga kat KKIA setiap bulan... Serious menunggu sangat lama sampai menerbitkan amarah dari syaitan.. 

Jadinya utk 2nd pregnancy ni sudah lebih calm down xde terburu2 excited nak buat kad.. Hahaha.. Lps check UPT +ve pregnant, pergi ke klinik Hasniah Elani (nama klinik mencerminkan jantina doktor) utk scan.. Bila scan 1st time tu x berapa nampak clear lagi, so dia suruh dtg sebulan kemudian.. 2nd visit tu nampak la clear sikit.. Then atur appointment utk antenatal check up pulak.. Masa ni dok pikir, xpe la awal2 ni kena dtg klinik sebulan skali je pun, dtg je la ke klinik swasta, xmo g KKIA lagi..

So, 1st check up masa lil caliph ini berusia 15weeks.. Prosedur mcm biasa jugak, blood test, urine test, amik maklumat itu ini, taraaaa dlm 20min dah siap.. Kena charged RM75 kalau x silap..

Mari kita buat perbandingan:

1. Wang Ringgit
Kad merah (KKIA) memerlukan kita melabur RM0, manakala kad biru (swasta) initial dah kena RM75 belum masuk kalau scan.. Kad merah menang..

2. Masa
Kad merah kena dtg waktu bekerja.. Mungkin kurang mengganggu jadual tugas guru yang hanya separuh hari tp akan mengganggu jadual rehat dan bersantai di rumah.. Kad biru boleh dilawati pada hujung minggu & pada waktu malam.. Kad merah paling cikai ada la sejam hingga sejam setengah kena tunggu turn.. Kad biru dalam stgh jam dah settled semua.. 
Kad biru menang..

Rasa2nya itu je kot kriteria yang aku pertimbangkan samada memilih kad merah atau kad biru.. At any time, kalau nak ke KKIA rasanya xde mslh, just bawak je kad biru tu, sbb semua2 benda yang sama jugak derang check..

Disebabkan kad merah & kad biru mendapatkan pungutan mata yg sama, maka pilih la berdasarkan keperluan sendiri.. 

Nota Kaki: Entri ditujukan buat civil servant yang lain yang tidak mempunyai keistimewaan utk ke klinik/hospital swasta secara percuma.. Kalau yang mmg company dah tanggung tu xde masalah la ye dak?

Sunday, May 19, 2013

Kelas Renang Hadif

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dah lama dok melintas depan Kompleks Renang Seri Siantan ni, berhajat nak survey kelas renang utk Hadif... Tapinya asyik dok bertangguh2 je, sampai la sblm PRU aritu baru pergi ke kaunternya.. Then, called instructor tu tanya slot renang untuk budak 2-3thn.. Katanya dia x pernah lagi ajar budak2 kecik camtu, paling kecik kelas utk 5-6thn.. Tapi boleh je nak buat.. 4kelas sebulan RM90 sekepala, kena cari 4org satu group.. Kalau individu RM180 sebulan, double dari kelas berkumpulan..

Aku pun up status kat FB cari geng lagi 3.. Alhmdulillah, ramai yg response.. So bermula la kelas seminggu lepas GE aritu.. As expected, Hadif mmg drama king sket.. Nanges2 la tannak kat Cikgu Ibrahim tu.. Tapi cikgu tu pandai pujuk budak2.. Pandai amik hati.. Geng Hadif semua boboiboy, Aqif 3y+, Amsyar 1y+, Aryan 1y+, Hadif 2y+... Aqif paling senior, dia la yg nampak berani & pandai dengar arahan sket.. Yang 3 lagi kelaut jugak asyik menyeru mama...mama....mommy..mommy.. haha

Mula2 cikgu tu terus bawak ke kolam dewasa, tapi pakat2 meraung, pindah pergi kolam kanak2 dulu dengan pembabitan parent.. Kalau ikut cikgu tu asalnya tannak parent involve.. Tapi dah menangis je keje, kena panggil parent gak la.. Hehehe

Basic ilmu renang, luruskan kaki & ayun2 kan dalam air..

 Kocak air guna tangan pulak.. 

 Buat bubble guna hidung..

 Mama Hadif bersama Mummy Amsyar..

 Ni la cikgu Ibrahim nya.. Hadif nampak je terus nanges. Haha

 Nampak 3 mommy je? Aqif dah hero, berlatih personal ngan pembantu cikgu time ni..

 Dah start panas dah time ni..

 Cikgu kata, 'o0o0o mentang2 cikgu hitam, korang takut ye' Hahaha

 Cubaan nak mintak Hadif 'give me 5' x berjaya sampai habis kelas.. Hadif majuk xnak cikgu..

 InsyaAllah akan ke sini lagi bebila ada masa terluang, kolam renang apartment pun dah start bukak.. Sian jugak Hadif terperuk dlm rumah merpati ni..hehehe

Tuesday, May 14, 2013

Akan Datang.....

Shoot rumah utk sebuah majalah..

 Makcik tak pernah beli bunga.. Ini bunga pertama dibeli utk hias rumah ni..Haha

One Happy Family :D

Puaka di Jalan Raya (Finale)

Masih ingat entri ini?

Alhamdulillah, semuanya dah selesai.. Siang td dapat call dari IPD Gombak, mintak datang amik keputusan kes... Berdebar debar la ahkak walaupun dah tau kita x bersalah.. Sbbnya, yg mengadili tu kan manusia biasa jugak, mungkin akan berlaku kekhilafan.. Tp tawakkal je la kan.. Nak kata apa dah..

Masa amik nombor tu, ramai jugak tgh Q, so bertunggu tangga sekejap sblm dipanggil.. Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil.. Owner Hyundai Accent tu yg didapati bersalah & kena saman RM300.. Paling penting, dapat la claim insurans kereta dia... Aku kalau boleh mmg xnak kacau insurans sndiri selagi xde kepentingan mendesak..

So, lepas ni kena cari workshop yg authorized under Nissan, mau semua barang original la... Kasi tukar abis semua yg rongak2 kat depan kereta tu.. So, selesai dah kisah 2 episod Puaka di Jalan Raya.. Harap2 xde insiden cemas lagi lepas ni, moga Allah selamatkan perjalanan kita semua, Aminn :)


Tuesday, May 7, 2013

Hadif's GUMP

GUMP = Growing Up Milk Powder

Selesai 2tahun fully BF Hadif, bermula la operasi peningkan kepala memikirkan susu apa pulak nak top-up masa kat rumah BS... Seriously, 2tahun awal tu mmg x amik tau langsung pasal formula milk.. Tak tau pun brand apa yg ok, brand apa yg kurang ok, yg mana mahal/murah etc..

Tiba2 ternampak brand Ilham ni di pasaran facebook... Rasa tertarik dengan janji2 manisnya susu dicampur badam+kurma+kismis dan diproses 100% oleh orang Islam.. Bila up status kat fb pun ada kawan2 yg mmg anak mereka mengamalkan susu ni dah memberi respon yang positif.. So, try la sekotak dulu just utk dihantar ke BS...

Hadif minum jugak la tp x meriah mana... Sekali je sesi minumnya... Sekotak ni 650g tahan la 2minggu... Walaupun sekali minum je sehari, tu pun x habis sebotol.. Bila dia dah x bf officially, aku tukarkan pulak susu Ilham ni kepada yg perasa coklat.. Nampak gaya Hadif ni mewarisi mama dia yg suka rasa chocolatey.. Bila tukar flavour ni, baru la ok sikit dia minum.. Habis la sebotol.. So xde la rasa membazir..



Untuk susu kat rumah pulak, aku belikan Dutch Lady Fresh Milk & Marigold Chocolate.. Kena mix 2 jenis ni baru dia nak minum.. Kalau susu plain nampaknya dia dah x berapa nak... Kalau nak bg susu plain, kena campurkan ngan coco crunch.. Nampak tu, still kena ada benda coklat.. Huhuhu

Stok susu ni sedozen fresh milk + sedozen chocolate milk biasanya tahan jugak sebulan.. Tu pun mak pak dia tumpang minum skali..

Kesimpulannya: anakanda aku tu bukan peminum susu yang tegar, yang sampai bergayut je dgn botol.. Dia hanya minum sekali dirumah pengasuh, sekali petang, sekali lg mlm sebelum tidur.. Lega jugak, bila dia x bergantung kepada susu, dia akan makan dengan banyak.. Mmg pemakan ini Hadif.. Favourite dia kalau nasi, mesti kena ada sup.. Rotate la mama dia masak sup ayam, sup daging, sup telur, sup bebola ikan, sup sayur, sup cendawan.. Sbb tu aku masih bekalkan makanan utk dia mkn di rumah BS.. (Next entry nnt aku cerita detail)

Harap2 ada adik baby nanti, Hadif boleh terima EBM balik.. Mom's milk is the best, right? ;)

Nota 1: Disebabkan tidak pernah menggunakan milk powder kat rumah, aku dan suami mmg x cekap la kalau kena suruh bancuh susu.. Confirm tak tau nak agak air panas banyak mana, air masak banyak mana.. 

Nota 2: Rumah kami jugak xde thermos air panas, di mana ini mendatangkan kekeliruan kepada tetamu yang dtg... Thermos air panas kan ibarat benda wajib dlm rumah keluarga yg mempunyai anak kecik.. Hihihihi...