Sunday, April 28, 2013
LIKE, SHARE & WIN BY MUMDREAMS :D
Posted by Azwani Shaari at 12:44 AM 1 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Thursday, April 25, 2013
Puaka di Jalan Raya
Posted by Azwani Shaari at 5:28 PM 3 comments
Labels: L.I.F.E
Wednesday, April 3, 2013
QURVE | Aqueous Marine Collagen
Posted by Azwani Shaari at 11:44 AM 0 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Monday, March 25, 2013
Teknik Memanipulasi Kad Kredit
Masih ramai orang yang takut-takut untuk menggunakan kad kredit.. Alasan yang paling biasa didengar ialah takut tidak mampu berdisiplin menggunakan dan membayar.. Takut jugak bila lambat bayar, interest yang dikenakan berlipatkaliganda..
Mari aku kongsi teknik utk kita pulak memanipulasikan kad kredit, jangan sampai syarikat kad kredit yang memperkotakkatikkan kita :D
1. Gunakan untuk mengisi minyak.. Aku slalu isi full tank rm70+, point yg dapat 5x ganda penggunaan biasa.. Maksudnya kalau isi minyak rm70, dah 350 point dapat.. (Rujuk kpd kad kredit Ikhwan Islamic Maybank & isi minyak di petronas)
Kelebihan guna kad kredit utk isi minyak ialah, korang xpayah meninggalkan kereta utk ke kaunter.. Kan dah banyak insiden kecurian/rompakan berlaku bila tinggalkan kereta.. Kalau nak elakkan kecurian bagai, kena la matikan enjin & kunci kereta dulu, baru g kaunter.. Leceh jugak, kan? ;)
2. Masa pindah rumah haritu, aku mmg dah budget a few thousands nak spent beli set sofa, katil, tilam, fridge, air cond, kipas, lampu etc.. Instead of bayar guna duit cash yang ada tu, bayar la dgn kad kredit.. Dah berapa ribu riban mata terkumpul.. Cumanya, jgn la duit cash yg beribu2 dlm bank tu korang guna utk berpoya2 pulak, kasi byr perabih la itu kad kredit..
3. Beli barang dapur, servis kereta, makan2 kat luar, shopping pun semua aku guna kad kredit.. Selain x perlu bawak cash dgn banyak (mengurangkan risiko kerugian dirompak), dapat jugak mengumpul mata ganjaran..
Best sangat ke mata ganjaran kad kredit tu? Dapat beli apa je pun? Ok, meh nak show off, sepanjang kami laki bini guna kad kredit semenjak 2008 (suami), 2009 (aku) ni antara benda yg kami dah redeem:
Vacuum cleaner tu yg terbaru.. Baru semalam redeem kat SengHeng.... Rekod setakat menjadi pengguna tegar kad kredit ni, kami belum pernah dikenakan caj kecuali yang RM50 setahun tu... Mari kita manipulasi kad kredit :D
Posted by Azwani Shaari at 2:59 PM 11 comments
Labels: $$$
Thursday, March 21, 2013
The Making Of.............
Sumber: A. Majid Katme, MBBCh, DPM (medical doctor) Spokesman, Islamic Medical Association (UK) January 21, 2011
Disclaimer: Aku bukan anti vaccine.. Utk Hadif pun aku dah lengkapkan semua imunisasi KKM.. Aku cuma berharap utk membuat informed decision selepas ni, xmau lagi setuju membuta tuli.. Wish me luck!
Posted by Azwani Shaari at 9:35 PM 15 comments
Labels: Pregnancy
Tuesday, March 12, 2013
TQ NUFFNANG :D
Setelah bertahun2 berblog, baru la merasa income dari Nuffnang.. Walaupun sikit saje, tetap mahu bersyukur.. Rejeki jugak ni.. Rejeki tanpa perlu bersusah payah.. Sambil2 memang mau menulis blog, pacak je iklan nuffnang kat sidebar tepi ni.. Ada rejeki, ramai masuk, ada la income bergerak walaupun tidak sehebat blogger ternama..
Ni kira rejeki ke 3 tahun ni selepas Project Listen & Whoppee :D
Posted by Azwani Shaari at 1:05 AM 2 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Friday, March 8, 2013
Perjuangan Tamat (02092010 - 25022013)
Tamat sudah misi menyusukan kanak-kanak kecil ku :(
Akibatnya..... Hadif demam 3hari.. Demam dan gelisah tidak lena tidur.. Dia tidak pernah menghisap pacifier, tidak mempunyai bantal busuk, tidak lagi tidur di buaian, jadi hanya memeluk mama sambil menyusu yang mampu menenangkannya.. Setelah tekad berhenti, Hadif nampaknya tidak berganjak.. Dalam demam yang kuat juga, dia tegar tidak mahu menyusu walaupun dioffer.. Hadif anak lelaki mama yang kuat.. Mama proud of you, sayang!
Dan sekarang, ketika entry ini selesai ditaip, dah lebih seminggu Hadif wean-off.. Segalanya back to normal.. Dapat la mama berehat lebih sikit.. Kalau sebelum ni, sambil drive ambil Hadif di rumah pengasuh pun dia akan demand mahu bf di dalam kereta, sampai sahaja di rumah, terus mahu bf tanpa sempat mama menyalin pakaian etc.. Sekarang keadaan lebih mudah dan terurus.. Cumanya, Hadif masih mencari mamanya setiap kali mahu tidur.. Masih mahu memeluk dan bergesel2 dengan mama.. Masih mahu tidur beralaskan lengan mama walaupun tidak lagi menyusu..
Tamat sudah satu perjuangan :D
Posted by Azwani Shaari at 12:03 AM 8 comments
Labels: Breastfeeding





















