CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 28, 2012

Universal Studio Singapore (Part II)

Masih berkisar ttg tips ke sana lagi ye selain tips di sini :

1. Memandangkan faktor cuaca adalah faktor yang sukar diramal walaupun ada ramalan kaji cuaca, to play safe aku mencadangkan bersiap sedialah kamu dengan payung atau baju hujan agar kamu x terkandas.. Ataupun bersiap sedialah dgn wang sebanyak $3 utk baju hujan plastik bertulis USS, atau $35 utk payung USS.. 
Haaaa.. bazir duit je kan beli cikai2 gini harap ada cop USS je  pun..
2. Kalau bawak anak kecik atau toddler tetapi tak bawak stroller atau baby carrier, boleh lah secara pantas menyewa stroller.. Dari entrance, tmpt sewa stroller atau kerusi roda berada di sebelah kiri berdekatan toilet.. Masuk je terus pegi sewa dulu sblm kehabisan.. Jgn sampai separuh jln pusing USS, anak cranky nak berdukung baru terhegeh2 nak sewa stroller takut udah terlambat saje la..ehehehe
single stroller $10
double stroller $15
wheel chair $20 (if not mistaken)

Selain letak orang, boleh jugak letak barang.. Hadif khusyuk menelaah pamphlet.. haha
3. Makanan halal memang ada dijual dlm USS ni.. boleh rujuk pamphlet utk mengetahui lokasi restoran halal.. Ada logo halal pada restoran yang provide halal food.. Mmg x menjadi masalah le.. Masalahnya cuma harga yg melambung tinggi.. Hikhikhik.. Walaupun katanya xleh bawak masuk mknn/minuman dari luar, bawak masuk je simpan dlm beg.. At least bawak sandwich, air kotak, air mineral pun ok.. 

Tumpang makan kat Star Bot Cafe.. Mula2 takut gak kalo kena halau, tp pekerja dia buat x heran je.. Cafe ni non halal, so bukak la bekalan mknn utk alas perut..


Lunch kul 3pm kat Oasis Spice Cafe dlm Ancient Egypt.. Nasi Briyani $15, soto ayam $7.. Air kotak & mineral bawak sendiri..

4. Haaaa, yg ni pun penting gak.. Silalah pakai kasut yg sesuai.. Mcm aku pakai sandle je, end up nak naik roller coaster yg canggih2 tu kena la bukak kasut.. Paling penting jgn nak pi bergaya pakai high heels sudahh.. Ada jugak tau yg pakai high heels, udah tersenget2 aku tgk, akibat berjalan jauh..


Aku pakai sandal ala2 begini.. Kena tanggalkan time nak naik roller coaster, takut tercabut.. spek mata pun kena tanggal jugak tau :P


Pakai sport shoes ni ok cuma nnt time game dlm air, tendency nak basah tu sngt la tinggi.. Kasut ni if dah basah, kompem x best pakai..

Kalau pakai gini mmg ok sngt :D

Ok, cukup dah kot, tips mau ke USS, next entry kita citer apa yg besh kat sini, insyAllah :D

Saturday, November 24, 2012

Universal Studio Singapore (Part I)

Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang dari Singapore.. Lama sungguh x jot down pape dlm ini blog, so sebelum lebih meleret2, aku nak bg few tips yg mungkin berguna utk sesiapa yg baru 1st time nak ke Universal Studio Singapore (USS) sebelum aku sendiri terlupa :P

1. Bas vs Kereta
Aku dah merasa both experience ke Sngapore dgn bas & kereta.. Nmpknya mcm lg senang by bus saje especially kalau mmg tujuannya nak masuk USS.. Kalau dengan kereta, Sngapore ni cerewet sket.. Semua tempat rasa2nya kena byr parking, masjid je kot parking free.. Belum lagi bab kesalahan lalu lintas yg mudah2 je nak kena saman, so aku cadangkan sila ke USS dengan bas.. 2mlm aku kat Sngapore, parking saje dah RM100++ tau..

Utk perkhidmatan bas paling mudah dan sungguh friendly staff nya, aku mencadangkan http://www.odysseynow.com.my/ yang lokasinya bersebelahan Tune Hotel, JB.. Boleh hubungi 072323092 untuk tempahan.. Hanya RM30 utk tiket pergi balik tune-uss-tune.. Worth it!

2. Hotel
Ok, bila dah decide nak naik bas saje, boleh cari hotel plak.. If amik bas dengan syarikat yg aku suggest tu, ada beberapa hotel yang walking distance saje utk pegi tunggu bas iaitu:

a) Tune Hotel
Ni confirm sngt2 la yang paling dekat dgn tmpt tunggu bas tu.. 

b) Zoom In Hotel
Ni hotel yang aku booked sbb tune hotel & hotel lain dah penuh.. Keselamatan kereta mmg terjamin, InsyAllah sbb hotel ni sblh balai polis.. Paling best sbb hotel ni ada mini market dia sndiri & even sblh hotel pun ada mini market yg bukak sampai lewat mlm..

c) Kozi Hotel
Hotel ni pun dekat area2 tu jugak.. Aku called nak booked dulu udah penuh..

d) Golden Leaf Hotel
Yang ni aku xjumpa link website dia.. Tp if korang google, agoda, asiarooms etc ada promo utk hotel ni..

3. Tiket USS
Ok, bila hotel dah booked, bas dah booked, jangan lupa paling penting booking tiket masuk ke USS.. Aku booking direct dari website mereka http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore sbb Maybank ada buat promo, dapat diskaun 15% if byr guna kad MBB.. Jimat disitu..

Paling penting tuan2 dan puan2 sekelian.... Dengar baik2 ni.. Dah alang2 kluarkan blanja nak g USS ni, tolong la tolongggg beli tiket express kalau nak merasa main banyak games dlm tu.. Kalau nak queue sampai sejam dua utk 1 game, end up 10am-7pm korang dpt main x sampai 10 games, lagi x berbaloi.. 

Bila ada tiket express, perasaannya sungguh la berbeza.. Bayangkan, di satu laluan hampir 100orang tengah bersusun2 beratur, kau selamba je guna express lane yg sungguh la lengang.. Rasa sungguh haibat bagaikan VVIP.. hehehe.. Paling penting sbnrnya nak kejar masa la kan? Bukannya USS ni bukak 24jam, so alang2 nak masuk sini pun dah mahal, kuarkan la budget sket utk express ticket :D


Berjalan masuk ke 'Lights Camera Action' dengan sungguh bergaya..

See.... walopun sampai lambat, dengan bantuan express pass, kami dah potong hampir 100 kot org2 lain dan akhirnya menang mudah! Dok depan skali :D

Disebabkan bawak anak kecik yg of course la akan menarik masa2 emas di sana, mau mkn la, cranky la, tdo la, diaper changed la etc so x sempat jugak nak cuba semua games.. Nanti aku review dlm next entry..

Harap2 entry ni membantu utk sesiapa yg nak ke sana tp xtau nak mula kat mana sebab aku aritu pun gelabah jugak last minute baru nak call bas/hotel etc.. Alhmdulillah Allah mudahkan, sampai jugak kami ke USS ni :D
 

Sunday, October 21, 2012

Mari Mengenal Negara Negara di Dunia

Lama tak updet citer pasal anak bujang sorang ni.. Dah 25bulan.. Progress bercakap agak slow.. Dah boleh cakap, tp buat ayat panjang tu belum la.. Setakat 'nak susu', 'nak air', 'nak shi shi', 'dukung' etc.. Tapi xpe la, x nak stress2, every babies have their own progress asalkan jgn terlewat dr guide line sudah..

Bawah ni gambar bilik tidur Hadif merangkap bilik laundry & bilik tetamu.. Maklum la, umah kecik, kena fully utilize semua ruang sebaiknya.. So kebiasaannya lepak2 bilik ni sambil bf Hadif sblm dia tido, sempat la ajar peta2 ni sikit.. Kenalkan Malaysia & Australia.. Subhanallah, anak kecil ku boleh ingat 2 negara ni.. Mmg betul la, anak2 masa kecik ni cepat mengingat..  Cepat absorb apa kita ajar.. InsyAllah kena lagi kerap spend masa dengan Hadif & ajar dia banyak2 benda (yg baik2 la of course :P)

Nanti mama ajar negara benua lain pulak :D

Peta dunia memenuhi ruang dinding..

Sebelah dinding lagi built-in wardrobe utk sumbat semua baju/comforter/towel etc etc..

Saturday, September 22, 2012

Junior Gold Account - i

Haritu ada buat survey kat fesbuk, bukak akaun apa utk simpan duit anak2, especially duit raya la kan... Most of them jawab simpan kat Tabung Haji & ada jugak yg jawab bank2 lain (tgk kadar keuntungan), belikan emas & insurans pendidikan :)







As for Hadif, masa usia beliau dlm sebulan gitu, aku dah bukak kan akaun di Tabung Haji.. Simpanan pertama dia mencecah 1k jugak la.. Alhamdulillah, murah rezeki anak kecik aku tu.. Lps drpd tu, ada duit2 sedekah pemberian sesapa, mmg aku kumpul2 & masukkan ke situ.. 

Dalam usia beliau 3-4bulan gitu, kami decide nak mencarum untuk Takaful pulak.. RM130 sebulan, cover skali medical card & tabungan pendidikan.. By the time umur Hadif dlm 18tahun, dah boleh kumpul lebih kurang 20k.. Bleh digunapakai utk dia sambung belajar tanpa perlu berhutang, InsyAllah.. Zaman2 anak kita nak masuk Uni nanti, x tau la brape belanja nya kan... Pinjaman ntah ada ke tak.. Silap2 semua kena kluar duit sndiri, so as a parent, we both cuba la sebaik mungkin dgn sediakan 2 akaun yg aku citer ni..

Masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, anakanda dah genap berusia 2tahun.. (kenapakah perlu begitu puitis ni?) Bila aku update buku bank dia, dah ada RM2090 kat tabung haji (rm90 tu dividen nya) & dah skali guna medical card masa Hadif warded kat Hosp Tawakkal tahun lepas.. 

Hasil terkumpul duit raya Hadif tahun ni, setelah diaudit dengan teliti oleh pemegang amanah iaitu cikgu mama, jumlahnya ialah RM970.. Mula lah aku terfikir2 nak buat sesuatu yg berfaedah dengan duit2 ni.. Maka tercetuslah idea utk bukak Junior Gold Account-i di Kuwait Finance House.. Kebetulan, KFH dah bukak cawangan kat Taman Melati, so xde alasan la nak malas2 gi bukak akaun.. Previously, akaun emas utk aku & My Hazar kitorng bukak kat Klantan coz cawangan KFH sangat la tak banyak.. Ada kat KL pun kena masuk KL menempuh jam, so sangat la malas kan.. Ni, Alhmdulillah dah bukak kat Taman Melati :D


Utk akaun junior, minimum deposit hanyalah 5grams emas sahaja.. Kalau harga sekarang, lebih kurang RM8++, still cukup la duit raya Hadif aritu.. Kalo tgk trend kenaikan harga emas skarang, rasa2nya ini pilihan terbaik (setakat ini).. Kalo nak simpan kat tangan, risiko kecurian pulak.. So, melaburlah dengan membuka simpanan di KFH itu :)

Semua ibubapa nakkan yg terbaik utk anak2 mereka, kan? Selagi termampu kami pun akan berikan yang terbaik utk anak2.. (salah satu caranya pemakaian cloth diapers & penyusuan susu ibu - tiba2 iklan..haha)
   
Zaman kanak2 aku & suami, bukan lah lahir dari kluarga yang mewah.. Ingat lagi dulu mak slalu cakap, 'kalau nak merasa hidup senang, blajar rajin2, dapat gaji banyak, beli la apa nak beli pun'.. Tu kata2 hikmah mak aku yg selalu aku kenang2 bila rasa bersalah terlajak shopping.. Sama jugak bila aku beli apa2 yg mak aku rasa membazir.. "Mahalnyaa wallpaper peta dunia tu sampai rm900?", dan aku pun menjawab, 'takpe la mak, mak kata dulu kalo gaji banyak, beli la apa nak beli..' :P (Mewah dalam konteks aku, kalo gi shopping barang dapur, amik la apa2 yg teringin sampai penuh satu troli pun boleh, jgn pikir soal duit.. Tu je mewah aku, idak le mcm korang yg pakai Designer Handbag ke...baju mahai2 ke tau..haha)

Kaitannya dengan cerita simpanan Hadif kat atas tu, we both sepakat, Hadif pun kena usaha utk dapatkan apa yg dia nak.. Mama & Baba akan cuba provide basic needs saje, keperluan utk kelangsungan hidup & menuntut ilmu.. Kalau boleh, Mama & Baba nak tanggung sepenuhnya kos pendidikan Hadif tanpa perlu buat pinjaman.. Tu pun guna duit Hadif yg mama kumpul2 la.. Lebih dari itu, Hadif usaha la sendiri..

Mama tak merancang nak beli tanah utk diberikan kepada anak2.. Beli rumah sorang sebijik stand-by kat anak2.. Belikan kereta, beli itu, beli ini.. Duit mama & baba kerja, buat apa nak beli siap2 kat korang, kan? Harap2 dimasa tua nnti, kami pun x perlu mengharapkan balik apa2 dari anak2.. Cukup lah mereka (mcm ramai la pulak) menjadi insan yang berguna dan sentiasa berdoa utk ibubapa :)   

p/s: aku dah tutup akaun emas kat Public Gold kerana mereka tidak patuh syariah.. KFH ini ada badan syariah yg memantau.. Harap2 aku sekeluarga tidak terjebak dosa riba.. Mau berperang dgn Tuhan?

Thursday, September 13, 2012

Oh My Toddler!

Alhamdulillah, little Hadif dah melepasi usia 2tahun, minggu lepas.. Genap sudah 2tahun penyusuan sepenuhnya.. Perasaan? Sangat la lega dan bersyukur.. Syukur kerana Allah mudahkan semua tu dengan bantuan orang2 sekeliling.. Suami yang menyokong, pengasuh Hadif yang x cerewet & keluarga yang memahami..

Bersyukur jugak kerana tuntutan kerjaya aku x semencabar ibu lain.. Banyak kisah2 yang memberi inspirasi utk teruskan penyusuan ni.. Bila kita rasa down, kita kena tgk org yg lebih susah.. Pernah baca kisah seorang ibu bergelar jurutera yang mengepam susu di pelantar minyak? Juga kisah seorang ibu bergelar juruterbang yang konsisten mengepam susu walaupun berjauhan dari bayi selama 2 minggu.. Juga seorang ibu bergelar doktor yang masa bekerjanya cukup padat sehingga tiada masa walaupun 10minit utk mengepam bila terpaksa on-call dan bangun di tengah malam semata2 utk mengepam?

Cabaran mereka lagi besar, kan? Tapi perjuangan menyusukan anak tetap diteruskan.. So, takkan la aku yang keje half-day & ada masa rehat in between mengajar ni nak skip mengepam susu, kot... Kisah aku x memberi inspirasi mana pun, sila jadikan ibu2 contoh diatas sbg idola anda ye :)

Sekarang, Hadif masih menyusu cuma dah x bekalkan EBM kat pengasuh.. Masa hantar kat pengasuh, aku bekalkan susu Ilham, kat rumah try bagi fresh milk.. Setakat ni perkembangan kurang memberangsangkan.. Amik masa jugak la kot, nak biasakan Hadif dengan minuman baru :)

Congratulations! Hadif is 100% fully breastfed graduates for 2years course & this calls for celebration!

Happy Birthday Sayang!

Cake Cutting

Imam Muda (to be) Hadif

Tuesday, August 28, 2012

Berjumpa Ahli Syurga

Salam Syawal!


Last week, berkesempatan turun Seremban melawat seorang saudara yang kemalangan.. So dah alang2 ke sana tu, terus la aku ajak my Hazar ke rumah seorang blogger ni.. Abil Fikri nama beliau.. Aku terjumpa blog dia masa dok blog walking kat blog2 mommies yg ada anak istimewa ni..

Abg Abil ni dah setahun lebih menjaga wifenya yg terlantar brain damage akibat serangan asma.. Bayangkan, seorang suami sanggup berhenti kerja & jaga wifenya sepenuh masa, tukar lampin, mandikan, bagi susu & bubur melalui tiub, buat suction bila kahak etc etc... Seorang suami yg baru menikahi isterinya selama 2 thn, sanggup jaga sebegini baik, Subhanallah.. Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan buat Abg Abil..

Mmg speechless bila jumpa Abg Abil & tgk wajah Kak Gee.. Paling aku ingat, masa borak2 ngan Abg Abil ni, dia cakap, "Isteri ni amanah dari Allah, terpikul atas bahu saya.. Takkan saya nak tinggalkan isteri masa dia sakit.. Kalau mcm tu, x guna la ijab qabul masa kawen dulu.. Amanah Allah ni, bukan main2.. Kalau amanah pak sedara dia, dah lama saya hantar balik ke kampung.."

Sempat lagi dia bergurau.. Mmg nampak ceria orangnya.. Betul lah kan, Allah uji setakat kemampuan kita & Abg Abil terpilih sbb dia mmg mampu harungi semua ni..

Kawan2 yg membaca ni, sama2 la kita doakan agar Allah berikan kesudahan terbaik pada saudara seislam kita Kak Fauziah dan semoga suaminya Abg Abil Fikri terus tabah meneruskan kehidupan mendatang...

Referring to above picture, Hadif setakat ni mmg x takut bila ziarah org yang sakit sebegitu.. Abg Abil pun ada cakap yg sesetengah budak ni, menangis bila tgk Kak Gee.. Aku harapkan sampai ke besar la Hadif biasa dengan golongan yg istimewa ni.. Aku pun nak biasakan bawak Hadif ke sekolah & biar dia bergaul dengan anak2 murid aku yg istimewa tu..

Pernah baca blog mommies with special need child ni tulis, bila bawak anak ni keluar, mesti ada anak2 org lain yg normal akan keluarkan ayat mcm, 'kenapa mata dia mcm tu?', 'dia cacat ke?', 'eeeee gelinya tgk air liur dia' etc.. Aku taknak Hadif pun lepas cakap mcm tu.. Aku awal2 masuk ke Program Pend Khas ni dulu pun, cuak ada, takut pun ada.. Sbb x pernah dibiasakan dengan anak2 syurga ni..

Bulan puasa haritu, ada sehari bawak Hadif ke sini, Alhmdulillah dia x takut bergaul dgn abg kakak yg istimewa ni.. Moga2 bila besar nanti, Hadif menghargai & menghormati golongan istimewa ni..

Main puzzle dengan abang2..

Abang ajar flash card.. Hadif pun tekun je mcm paham :P

Menonton TV bersama2 :D

** Jom ikuti blog Abg Abil Fikri, korang baca entry dia dari awal, insyAllah akan rasa lebih hargai pasangan masing2...

Tuesday, August 7, 2012

Rumah Manis Rumah Part2 (Stor & Dapur)

Ini entry yg bergambar dengan banyaknya.. Sila pastikan internet anda laju ye, supaya semua gmbr dapat loading baik punya.. Hihihi

Sebelum itu diumumkan pemenang Chocolate Graphics ialahhhh Puan Kata Sifat... Tahniah kerana menjadi commenter pertama.. Sila email nama, alamat & no fon ke wani3009@yahoo.com dalam masa 3hari ni ye.. Kalo lmbt, kita pass coklat kat commenter ke 2 :P

Ok, gmbr2 rumah dah selamat di amik.. Aku upload sikit2 ye..


Gambar ni aku amik dari Mudah.My.. Camni la ruang depan rumah tu.. Luas bangat tempat letak kasut dia.. Rasa rugi plak besar2 bukan nak dok lepak depan ni.. So, aku buat stor sebelah tu.. Dapat jugak menyimpan barang..



Ini lah hasilnya.. Gril pun sikit je la coz sebelah lagi mmg naikkan konkrit terus..



Ruang masuk yg masih luas walaupun x seluas yg asal.. Pintu kanan ialah pintu stor.. Mmg purposely letak pintu tu tgh2, senang nak capai barang dari kiri or kanan.. Pintu stor tu recycle amik pintu toilet master bedroom..

Ni dapur yang asal.. Sempit saje, sbb blakang tu ada yard utk basuh baju.. Yg terbukak sebelah kanan tu pintu bilik ke-3.

Masih pintu bilik ke-3.. Dapur dah extent depan dan belakang.. Belakang dah pecahkan yard, depan tarik utk tall unit & breakfast bar..


Dari sudut yang lain.. Yang terpelohong tu asalnya letak microwave, tp bila baca manualnya, microwave ni xboleh letak dlm kabinet, kena biar open air atas table top.. Huhuhu kuciwaaa mak.. Rasa2 korang nak buat letak apa kat situ?


Pandangan dari pintu masuk..


Dapat jugak jam idaman nak letak kat dapur.. Ikut tema gitu.. hihi

Set ni asalnya ada rak dia sendiri, boleh pusing2 gitu.. Tapi dah ada open shelf ni, lagi mudah letak kat sini, senang mau capai..

Table top yang sekangkang kera ni, muat2 je letak 4 barang tu, microwave, kettle, rice cooker & bekas beras.. Kalau microwave tu kembali ke tempat asal dalam tall unit, ada la space sikit..


Gantung la apa2 yg boleh digantung mengadap sinki ni..


Sapa nak sedekah FM lagi? Sila..sila...

Ok, sekian.. Jumpa lagi bila2 rajin.. Haha