CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 4, 2010

Shopping Utk Baby




Bathing / Baby care
- Bath tab
- Bath towels
- Hooded towel
- Face towels
- Cotton balls
- Cotton buds
- Baby shampoo
- Baby oil
- Baby lotion
- Baby powder
- Baby bath foam
- Changing mat
- Wet tissues
- Baby nail clipper
- Baby comb / brush
- Scissor
- Baby powder puff case
- Nappy rash cream
- Thermometer
- Nasal aspirator
- Disposable diapers
- Cloth diapers
- Modern Cloth Diapers

Clothes
- Long sleeves
- Short sleeves
- Shorts
- Long pants
- Rompers
- Mittens & Booties
- Bonnets
- Swaddle / Blankets
- Binder
- Baby laundry detergent
- Drawer for clothes
- Laundry Basket

Feeding
- Breast pump set

Bedding
- Bedding set
- Blanket
- Mosquito net

Travel
- Car Seat
- Stroller
- Diaper Bag
- Travel Changing Mat

Hurmm, barang2 yang dah di strike tu dah beli masa balik cuti bulan 6 hari tu.. Shopping2 kat BabyJaya Ampang, Manjaku Ampang & Manjaku Batu Caves.. (Kes dah apply maternity card kat Manjaku, terus shopping situ je, ada diskaun lebih sket)..

Tips membeli dan membelah baby gear secara EKONOMIK oleh cikwanionline:

1) Untuk baju baby, xpayah la spend banyak sngt utk baju new born.. Baby ni cepat je membesar, kang rugi sesaje x sempat nak pakai lama.. Utk lebih jimat, x payah la beli yg mahal2 sngt, as long as 100% cotton dah cukup baik.. Pilihan warna plak kalau bleh elakkan warna pink n biru yg terlalu tipikal dgn jantina bayi.. Nnti kang adik dia xleh tumpang lak baju tu.. Hehehe.. That explain why aku beli kaler hijau, oren, kuning, putih bla bla.. Rasanya xde kaler biru or pink walopun jantina baby dah 99.99% (insyAllah) confirmed sudah :)

2) Untuk booties, better cari yg ada tapak instead of jenis2 yg xde tapak tu.. Lupa sudah sape yang nasihatkan sebegitu.. Lg selesa utk kaki baby kot..

3) Barang mandian bayi lak pilih yg ada tulis 'hypoallergenic' supaya sesuai utk kulit bayi yg sensitif.. Seelok2nya beli travel set yg kecik tu dulu, kalau tetiba x sesuai dgn kulit baby, xde la membazir..

4) Car Seat n Stroller beli yg boleh digunakan dari New Born - 4 years utk mengelakkan terpaksa membeli banyak2 kali.. Balik next month nak cari car seat dulu sbb xnak ajar dukung2 anak dlm kete.. Nanti anak terbiasa, mak ni la lenguh2 tangan segala.. Lgpun guna car seat lagi selamat, kan?

5) Breastpump plak rasanya nak cari yg dual pump, electric n boleh guna bateri.. InsyAllah, target nak fully bf baby sampai umur 2tahun.. Selain jimat duit susu, baby juga lebih sihat dgn breast milk, kan? Ermm, encik suami... breast pump yg saya nak ni mahal la jugak kalo set lengkap dia.. Tp kalo nak compare beli susu RM150 sebulan x 12bulan dah RM1800 setahun.. Lg le mahal.. Yang saya nak ni xde la semahal bekalan susu lembu setahun (tp mahal la jugak)

6) Disposable diapers lak kena beli gak diawal2 kelahiran bayi ni.. Nnti dah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan mmpunyai anak kecil, boleh la bertukar kpd modern cloth diapers.. Selain mesra alam, jimat uang juga penting.. pampers pakai buang ni kata la paling murah RM0.50 sekeping x 5 keping sehari = RM2.50.. Sebulan dah RM75, setahun plak RM900, 3tahun udah RM2700.. Kalau modern cloth diapers, skali je pejam mata kuar duit dlm 4-5ratus, pastu boleh guna dari new born sampai umur 3 tahun..

7) Bedding set baby lak, kalau boleh beli yg isian kekabu, lagi selesa berbanding yang polyester atau span.. Tp susah jugak nak jumpa kat kedai jual bedding set kekabu.. Bedding set anak aku tu, luckily mak tolong buat.. 100% kekabu, siap berbijik2 bantal.. Bantal peluk mcm saiz mak bapak dia nak peluk je. Hahaha.. (Again, warna nya unisex supaya sesuai utk mana2 jantina)

8) Nak rompers atau jumpers cantik? Sila ke http://www.facebook.com/semua.cantik

9) Ada apa2 lg senarai penting yang aku lupa tulis? Sila tambah diruang komen ye :)

Saturday, June 26, 2010

Aset yang merupakan liabiliti

Walaupun sudah bergelar pekerja bergaji sendiri selama hampir 4 tahun, aku tidaklah pernah memiliki sebarang kenderaan atas nama sendiri.. 1st keje kat Serdang, umah seberang jejantas je, boleh jalan kaki.. Nak ke mana2 naik komuter, juga depan umah je.. Next job kat Bangi ada kete kompeni.. Pastu keje kat Sh Alam, merempit guna motor kakak.. Time ni syahdu gak, merempit dari USJ ke Sh Alam, kadang2 hujan abis basah kuyup.. Sampai je opis, kerani bgtau dah ada org tunggu utk di interview.. Kena la tunggu lagi sampai aku keringkan baju.. Hahaha.. Byk kali gak la, pak guard yg jaga opis tu dok tanya, Cik Wani xnak beli kereta ke? Jawapan standard aku masa tu, blum lg kot, sy nak sambung study next year.. (Mmg betul pun pastu sambung study balik..) Mesti Pak Guard tu kesian tgk senior exec dtg keje naik moto je.. Hahaha

Ok, dan sekarang aku rasa sudah sampai masanya aku menambahkan hutang piutang sedia ada memandangkan keluarga kecil kami (insyAllah) akan bertambah ahli keluarga tidak lama lagi (dan mungkin akan bertambah lagi a few years later), aku menimbangtarakan keperluan utk memiliki sebuah MPV memandangkan My Hazar sudah memiliki kereta sedan..

So, survey2 la MPV mana yg murah2 n fit in my budget.. Setelah majlis syura berbincang, maka kami sepakat utk membeli sebijik MPV jenama tuuttttt tuutttt.. Hahaha.. Identiti dirahsiakan sbb kete lum kuar pun.. Nak tunggu dekat2 aku balik cuti nnti baru amik.. So, kete dah booking masa balik aritu.. Mula2 salesperson tu soh buat loan dgn syarikat pengedar kereta tu je, dpt la rate 2.8+ rasanya.. Tp itu kompem la bkn islamic loan, mahu berperang dengan Tuhan? Mesti la taknak, kan.. Jdnya walaupun terpaksa tambah duit lg, kami dgn redha mntk salesperson tu buatkan loan dgn mana2 islamic bank yang boleh bg rate paling ok..

Akhirnya dpt la buat dgn CIMB Islamic dgn rate 3.01% utk 8thn.. Ok la tu mahal sket dr loan konvensional tp x payah berperang dgn Tuhan, kan? Same thing goes to Insurance.. Salesperson tu advice utk buat direct dgn company pengeluar kereta tu, senang prosedur nak claim insurans etc nnti, tp kami memilih utk bersama takaful..

Petikan dr facebook Ust Zaharuddin yang ayatnya menggoncang hati,

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.

Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.

Ok la, harap2 next month punya gaji dpt ler tunggakan sekupang dua nak buat down payment, kalau x masuk jugak terpaksa la kami berdua korek tabung ayam masing2.. Hohoho..

Gambar hiasan masa kat showroom :P

Sunday, June 20, 2010

Jalan Jalan Cari M A K A N

Cuti sekolah yang panjang telah menghilangkan mood utk updet blog.. Now dah back to school.. Kita mulakan dengan entry jalan-jalan cari makan sepanjang cuti skolah.. Wehee :D

All time favourite... Char Keaw Teow.. (Mali punyaa..)


Pulut Durian yang super sedap.. (Fresh dari pokok belakang rumah)


Seafood @ Tanjung Harapan.. Ni satu2nya tmpt nak makan seafood yang my husband n I suka pergi :)


Sate Kajang Hj Samuri (Nak makan yg kat Kajang gak, kat Ampang ke mana ke tannak.hihih)


Pizza Hut.. Yummiii


Spaghetti..


Choc Volcano


Chicken Chop


Maka, saya pun pulang ke Sarawak dgn hati girang kerana dah makan semua yg dihajati :D (Thanks encik suami n mak yg mmbuatkan impian makanan ku jd kenyataan.. Luv U both..)

Sunday, May 30, 2010

3D & 4D Scan

Alhamdulillah, smlm sempat buat 2D, 3D & 4D kat Vission College, Kelana Jaya.. Tu je la kot tempat buat 4D paling murah sepanjang aku survey kat ternet.. Tmpt lain semua cecah ratusan ringgit.. Appointment pukul 9.30am, so dlm 9.15am dah sampai kat sana.. Dah ramai dah mommies lain menunggu.. Tak lama pastu turn kami pun tiba, bersama sonographer Mr Arief..

Scan ni bukan sekadar nak tgk baby atau jantina, tapi nak tgk jugak kalau2 (nauzubillah) ada abnormal di mana2 yg boleh dikesan lebih awal spt cleft palate (sumbing), x cukup anggota tubuh etc.. Alhamdulillah, setakat scan smlm baby membesar dgn sihat dan normal..

Paling teruja mesti la time nak tgk jantina dia.. Hehehehe.. Sape pandai, teka la jantina our baby berdasarkan gmbr scan 2D kat bawah ni :D

Little Caliph @ 24weeks, 5 days (ikut sapa lak ni buat mulut muncung2 ni?hehe)

Haaaa, sila teka...hihi.. Ada gmbr yg lebih clear, saje malas nak share :P

Vision College:

Alamat: Lot 709-A, 6th Floor, Block E, Kelana Parkview Tower, Jalan SS6/2, Kelana Jaya, 47300, Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: 603-7803 8300

Bayaran: RM90 utk satu sesi 2D,3D&4D + sekeping CD gambar dan pergerakan bayi

Wednesday, May 19, 2010

High Risk Mum :(

Went to the clinic for my 5th pregnancy checkup.. As usual, amik darah utk test hemoglobin dan menunggu lah sehingga giliran dipanggil.. Seperti dijangka, walaupun makan tak banyak mana, berat naik juge barang sekilo dua (padahal 2.4kg) menjadikan berat aku skarang udah 54.1kg di kala hampir 6bulan pregnant.. Harap2 jgn lah naik mencanak2 lebih dari 60kg bila dah due nnti.. (mcm mustahil je) Ok la, ok kalau nak naik jugek jgn lah lg berat dari encik suami, nnti camne nak pura2 letih tertidur kat ruang tamu or bawah katil sambil berharap kena dukung.. haha!

Btw, hemoglobin aku menurun lagi sehingga nurse tukar sticker kat buku merah tu.. Asalnya dapat sticker kaler putih = normal mother, tp lepas hemoglobin turun tu, terus dapat naik pangkat sticker baru kaler hijau = high risk mother.. Huhuhu.. Ok, kenapa nurse ni concern sangat pasal hemoglobin? Menurut apa yang aku baca, sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperolehi oksigen daripada ibunya.. Hemoglobin tu dia kira sel darah merah si ibu la.. Bayangkan ler kalo paras hemoglobin dah rendah, mcmana baby tu nak dpt oksigen yang cukup? Dia bukannya boleh menghirup udara mcm kita lagi :(

I told encik suami already.. Abes la, balik ni kena monitor ngn suami, xleh nak ponteng makan ubat lagi.. Kena makan kerang, bayam, ikan bilis n apa2 yg boleh menambahkan darah banyak2 ler.. Hrp2 bila 6th checkup nnti semuanya dah normal.. amin..

Lagi, ada satu ilmu baru yang diperolehi.. Menurut nurse itu tadi, asid folic kena makan diawal pagi sblm breakfast, baru la berkesan pada tubuh badan.. Nmpknya aku dah salah faham le.. Selama ni dok amik asid folic lps makan bersama2 iron tablet dan kawan2nya.. Huhu

Lain-lain xde masalah pape setakat ni.. Blood pressure ok, urine test pun ok, heart beat baby pun ok, tumbesaran baby pun ok sesuai dgn usianya.. Tak sabar nak balik KL nextweek utk 4D+ details scan + shopping brng baby sket2 + maternity outdoor photoshoot + g ante natal class (kalau ada tarikh yg sesuai) etc etc.. Wohaaa, mcm2 benda nak buek cuti ni..

Ok la, nurse suruh i rest a lot, sehingga berjumpa lagi, renung2kan dan selamat beramal:)

Thursday, May 13, 2010

Pregnancy Journal

Alhamdulillah, mama dah 22weeks+. Halfway done.. Nak kata dah cukup preparation sblm bertemu mata dgn si kecik pun xjugak.. Skang ni bizi mencari maklumat secara online.. Barang keperluan mama n baby pun semua search online je.. Balik KL nnti senang dah, terus tuju ke kedainya je & mana2 yg boleh beli scr online tu order je terus..

Sebenarnya aku mmpunyai cita2 yg menggunung tinggi utk exclusively breastfeeding my child until he/she is 2years old.. Bila citer pasal breastfeed, tentulah main concern berkenaan pump2 yg begitu banyak berjenis2 terjual di pasaran, dari semurah2 rm200+ up to rm2k+.. Dari manual pump hingga ke electric pump, dan mcm2 lah lagi perkara2 yg perlu diberi perhatian serius.. Cewahh.. Selain tu, aku juga menyimpan angan2 utk menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan modern cloth diapers, yg juga menjimatkan duit dlm jangka panjang.. Tp 2 citer ni kemudian2 la, plan nak beli pun time balik bln 8 nnti, bkn skarang.. Lg pun kena bincang dgn encik suami dulu kerana penglibatan beliau diperlukan sepenuhnya ;)

Sehingga ke 22weeks+ ni, ini antara produk2 yang aku amalkan..Meh review sket:

BIO OIL

Banyak sngt dah iklan ttg keberkesanan produk ni kan.. (nama pun iklan).. So far, aku dah gunakan since diawal pregnant lagi, utk prevent stretch mark la kononnya.. Alhamdulillah, sehingga skarang blum ada (lagi) stretch mark yg boleh mengurangkan keindahan kulit perut.. Linea nigra tu x dpt ditolong la plak.. Wujud elok je bagai di garis2 dgn pembaris.. Sila tanya pakcik google kalo xtau apa itu linea nigra ;)


ENFA MAMA

Mula2 minum susu ni rasa mcm eeee yuckkssss.. Mcm sungguh x best di bancuh panas2 atau suam2.. Dia jd berketul2 mcm eeee yuckkkssss.. (haaa, kan dah ulang utk kali ke 2 padahal kat tin dia tulis boleh je bancuh panas or sejuk) Skali try bancuh ngn air sejuk, owhh sungguh sedap enak berkrim rasanya.. Lg sedap dari minum milo 3in1 tu.. Hehehe.. Jadi, minum la susu ini secara sejuk ya, selain menikmati kesejukkannya mengalir ke tekak, dpt juga menambahkan keperluan asid folic, zat besi n DHA utk perkembangan otak janin;)


KISMIS

KURMA

Kedua2 makanan superb ni pulak x perlu diperkenalkan atau di recommend lagi, semua org dah tau khasiatnya, kan.. Aritu balik KL beli serba setengah kg je, so kejap je dah habis.. Lagi 2weeks balik, kena restock byk2 la.... Sungguh enak di makan begitu saja :)


USANA SUPPLEMENT

Ini supplement yang tak boleh dinafikan lagi kebagusannya cuma kadang2 tu aku mengelat jugak.. Kadang2 lupa, kadang2 buat2 lupa sbb beso sngt tablets nya.. Series boleh kenyang kalau makan 7biji sekaligus.. So, kebiasaannya aku akan bergilir2 amik USANA n supplement free klinik bagi.. Pil klinik bg boleh la nak makan sbb kecik2 skali telan 3biji pun xde hal.. Next week ada monthly check up, kita tgk la mcmana progress hemoglobin aku.. Hari tu mcm rendah sket, hopefully ok la lepas ni..

Ok la, tu saje perkongsian pintar kita kali ni.. Wassalam :)

Monday, May 3, 2010

Macam-Macam Azwani 4

MMA 4 kembali utk menghiburkan anda dgn kisah2 yang comel...

Kisah 1:

(Ayat ni soalan rutin sblm memulakan kelas..)

Aku: Ok class, what day is today?
Pupils: Thursday....
Aku: Ok, spell Thursday (sambil nak tulis)
Pupils: T.H.U.R.S.D.A.Y.....Thursday..

Esoknya pun sama gak..

Aku: Ok class, what day is today?
Pupils: Friday....
Aku: Ok, spell Friday (sambil nak tulis)
Pupils: F.R.I.D.A.Y.....Friday..

Selepas 2hari bercuti weekend

Aku: Ok class, how's your holiday?
Pupils: Today is Monday...

Hahaha.. Pitam kejap... Comel betul skema jawapan bbudak ni..


Kisah 2:

(Topic: My Family)

Aku lukis gambar Father + Mother, pastu ada 3 anak Brother, Sister, I..

Aku: Ok, ni father kan ayah.. Father akan kawen dgn siapa?
Pupils: Mamakk (sini mak dipanggil mamak)
Aku: Ok, father kawen dgn mother tau.. Mamak tu mother.. So, bila father kawen dgn mother dapat ..........
Pupil 1: Dapat cincin...
Pupil 2: Dapat hadiah...
Pupil 3: Dapat anak....

Kisah 3:

Aku: Class, cuba tgk ni, tanda apa yg teacher buat ni.. sambil tunjuk simbol '?' dan mengharapkan jawapan 'tanda soal'..
Pupils: Tanda cikgu bagi bila kerja sekolah tak siap...
Aku: (ketawa sampai pengsan)