CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 27, 2008

30 Jun - 26 September 2008

How time flies.. Tamat juga tempoh berpraktikum yang rumit tp seronok itu.. Rumit sebab hari2 kena tulis RPH, buat BBB, updet folio segala bagai.. Seronok sebab kul 1.30pm udah pulang ke rumah.. Tido2 bagai sehingga Asar.. Owhhh mmg pengalaman tido yg sungguh seronok.. Pasni masuk maktab balik, kena laa balik kul 4.30pm as usual.. uhuhu


Sedih juga rasanya nak tinggalkan anak-anak murid ni.. Nakal2 depa pun, semua masih terkawal dan mendengar kata.. Ya, saya akan merindui mereka selepas ini :( Hari terakhir di sekolah, saya di serang selesama dan sakit tekak yang teruk.. Mmg tak larat giler nak join Majlis Khatam Al Quran kat dewan.. End up, sy tido kat bilik pemulihan.. Agak2 dah ok sket tu, saya pun pergi laa ke dewan untuk salam2 terakhir dengan semua murid..

Persembahan oleh Ustaz Nik Anuar dan murid2 beliau

Bersalam-salaman, bermaaf-maafan di hari yg mulia ini..

Ini pulak hasil kerja yg kami tinggalkan untuk sekolah.. 

Ini lukisan professional semua guru praktikum lead by cikgu PSV

Yang ni plak lukisan amatur guru2 pemulihan

Saya ada meminta murid2 ini menulis komen tentang saya, selama saya mengajar mereka.. Ermm, kepada cikgu2 senior yang membaca blog ini, atau sesapa sahaja yg nak memberi pendapat, patut ke kita suruh murid2 komen tentang kita? Adakah mereka mempunyai hak utk komen guru? Seakan wajar juga kalo nak dptkan komen yg jujur kerana murid selalunya lebih telus memberi komen, kan? Apa pendapat kamu?

Ok, ni antara komen yg saya dapat dari murid tahun 3 Bestari (Ada unsur2 mengembang diri apabila di baca..bluweekkk :P)

1. Mengajar dengan bagus
2. Tidak garang tetapi memberi nasihat
3. Bersopan santun (wani sopan?)
4. Cikgu comel
5. Cikgu tidak pernah pukul saya (sebab kamu x cukup nakal utk dipukul)
6. Cikgu kata nak kasi gula-gula tetapi cikgu tidak kasi kerana ini bulan puasa (see..budak2 mmg ingat apa yg kita pernah janji..huhu)
7. Cikgu Azwani sangat cantik (wowww.. sangat cantik tu, xpernah org puji aku camtu..wahaha)
8. Cikgu Azwani pakai baju sangat kemas (huhu, appearance pun kena komen gak?)
9. Cikgu tidak pernah berbohong
10. Suka buat lakonan
11. Pandai bersajak (nak ajar budak bersajak, kena laa cikgu tunjuk contoh dulu..huhu)
12. Pandai berpantun
13. Pandai bercerita
14. Hati lembut
15. Suara lembut (Aku rasa dah abih kuat n garang dah sore aku)
16. Sikap seperti ibu saya (Touching nyerrrr saya..huhu)
17. Cikgu selalu senyum
18. Suka buat lawak
19. Suka tengok upin dan ipin (hahaha, bleh plak komen camni)
20. Cikgu suka ajar buat karangan
21. Cikgu Azwani suka mengajar cara satu persatu
22. Cikgu Azwani adalah cikgu untuk kami semua

Ok laa semua, saya nak tidur2 sebentar sebelum pulang ke Kedah esok pagi.. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik yer.. Selesema saya belum pulih.. Huhu, hrp2 esok akan ok..

Selamat Hari Raya untuk semua yang membaca blog ini.. Maaf Zahir dan Batin ya :)

11 comments:

PakciQue said...

16. Sikap seperti ibu saya (Touching nyerrrr saya..huhu)

-aku rasa mak dia garang lah...huhuhu..

-Salam Syawal...Maaf Zahir Batin..

-Ade prog gathering matrix 11 Oct 08 nnt...

areknee said...

cik, SHRMZB!!

dah lame kan kite xberjumpe2.. raya thn ni jemput la dtg umah (sewa) k =D

kemat said...

Maaf Zahir Batin. Salam Aidilfiti. Selamat 300908.

Azwani Shaari said...

pakcique:
owhhh, aku rasa mak dia sngt lembut dan penyayang gitu..hehe.. nnti nak gath tu roger2 aku sama tau :D

areknee:
itu lah pasal, yudah lama tidak ketemu sama kamu..huhuh

kemat:
ya, slmt hari raya MZB juge.. thanks wish :)

syida said...

lucu r ank2 murid cikgu wani..he2

Rashid said...

salam cikgu,

Tahniah kerana dah abis praktikum dengan jayanya... eee tak lama lagi final exam pulakan? saya doakan cikgu wani dapat lalui semuanya dengan baik.

Sufi Idany said...

Cikgu Wani ngaja dengan baik sekali.... kami mudah faham... hikhikhik... gud luck sis.... !!!

ida said...

tlg la jgn ajar bdk2 kecik tu komen2 cikgu. nantik masuk U bykkk komplennya.. ahkak jugak yg susah... hahahaha..

Azwani Shaari said...

syida:
hehehe.. lucu2an gitu :)

rashid:
thnx cikgu.. td dah exam mengejut satu paper, pasni bulan 11 lak exam..huhuhu

sufi idany:
hehhehe, gud luck juge :D

ida:
tu laa kan, guwa pun tgh berpikir, cam x patut jek budak komen cikgu.. huhuhu

iriy said...

Wakaakakakakkakaka, lawak gila yg part ipin upin tu.. wakakakak
ehehehe, dah lama tak tengok cite tu, gugugugu

Azwani Shaari said...

tu la, murid2 ni alert sungguh..hehe