Bertemu lagi kita dalam rancangan setahun hanya sekali iaitu Dapur CikWaniOnLine.. Adakah dapur cikwani hanya berasap setahun sekali? Hahahaha... Ok2, encik suami telah pun selamat sampai ke bumi Sarawak.. Alhamdulillah, extra hands to take care of Hadif.. Jadinya, saya ada lebih masa utk ke dapur.. Bukannya slalu nak dpt masak utk suami, walopun simple2 aje, mesti mau bg beliau makan air tanganku.. One more thing, resepi2 ni hanyalah nota ringkas utk diri sendiri yg slalu lupa resepi, utk yg dah hebat tu jgn la sinis2 kan resepi acik ye :P
Ok, resepi kita yg pertama:
KERABU IKAN BILIS Sudah lama mau cuba sendiri ini resepi tp asyik bertangguh2 aje.. Dok sedap makan kat kedai, sket je dlm rm4-5.. Rugi maaa, baik buat sendiri, shedapp dan bershih.. Hehehe
Bahan2nya:
A-
Ikan Bilis secukup2 pemakan
B-
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang serai dipotong halus
1 batang bunga kantan (sebatang ke sekuntum?) dipotong halus
4 batang kacang panjang dipotong pendek
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/4 batang timun dipotong dadu
5 biji cabai burung dipotong biasa2, haha!
C-
6 biji limau nipis
1 sudu sos tiram
Cara Membuatnya:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Bahan B di campurgaul sehingga menjadi masyarakat majmuk.. Perahkan limau nipis ke dalam satu bekas dan campurkan dgn sos tiram.. Jumlah limau nipis tidak tertakluk kepada terma dan syarat.. Kalau suka lg masam n berair, tambah le lagi.. Kemudian, masukkan campuran air limau nipis dan sos tiram td ke dlm bahan B yg dicampurgaul td.. Biarkan sebati.. Dah nak makan nnti baru masukkan ikan bilis.. Jgn masukkan awal2 kalo xmo makan lg, nnti ikan bilis yg rangup bertukar rasa..
SAMBAL TUMIS UDANG Bahan2nya:
A-
Udang secukup2nya utk dimakan
B-
Cili Kering mengikut tahap kepedasan diri
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
Air
C-
Garam
Sos Cili
Sos Tiram
Air Asam Jawa
Gula Kabung
Cara Membuatnya:
Blend bahan B dan tumiskan dalam minyak panas sehingga cili menjadi betul2 masak.. Masukkan bahan2 C satu persatu bermula dari air asam jawa, sos cili, sos tiram, gula kabung dan garam.. Tambahkan air jika terlalu pekat.. Lastly masukkan udang dan biar seketika dlm api sederhana besar..
Ok, kita bertemu lg setahun akan datang dengan resepi yg lebih menggiurkan.. Hahaha!