CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, February 20, 2010

Say Hi To USANA

Assalamualaikum semua :D Mari bersama2 mengucapkan selamat datang kepada USANA.. Siapakah Usana ini tuan2 dan puan2? Usana ni makanan tambahan yg perlu kita ambil utk melengkapkan zat dlm tubuh yang mungkin x cukup.. Setiap kali kita mkn, x semestinya kita amik pemakanan yg seimbang, kan.. Jd, ni la tujuannya kena amik supplement..

Kenapa amik USANA? Bukan nama2 lain yg lebih gah? Ni setelah aku search dlm ternet, maka terjumpa la info spt di bawah.. Mengikut kajian Dr Lyle Mac William bersama 7 pakar nutrisi yang lain dlm bukunya Comparative to Nutritional Supplements, setelah dikaji sebanyak hampir 500 jenis supplement, beliau dan rakan2 telah memberi score per 100 kepada produk2 berkenaan.. Sila saksikan score yg beliau beri kepada nama2 besar seperti Shaklee, Herbalife, 21st Century, Amway dan bandingkan dengan score yg diperolehi oleh Usana.... Sila saksikan juge siapa yg menggunakan produk ini selain saya..ehem ehem..




Ni pulak set yang aku gunakan.. (Recommended utk pregnant woman)

1) Essentials (Terdiri daripada AO PRO dan Chelated Mineral)

a) AO PRO

- Dibentuk untuk melawan kerosakan yang disebabkan radikal bebas
- Mengandungi 12 vitamin dan 10 kofaktor
- Membekalkan Beta Carotin, pro vitamin A. Perlu untuk sistem pertahanan badan dan mata
- Membekalkan Vitamin C setinggi 550%DV daam bentuk mineral askobit yang boleh bertahan lama dalam badan
- Membekalkan Vitamin E setinggi 440%DV untuk antioksidan dengan menguatkan membrane sel. Ia adalah antioksidan yang paling penting untuk badan manusia
- Kajian menunjukkan Vitamin E dapat mengurangkan 75% serangan jantung dan mengurangkan strok
- Membekalkan B Komplek yang lengkap yang penting untuk menghasilkan tenaga, metabolisma dan pembesaran
- Membekalkan CoQ10 salah satu antioksidan yang penting dan penghasilan tenaga. Penting untuk kesihatan jantung
- Membekalkan Lutein penting untuk kesihatan mata
- Membekalkan Alpha Lipoic Asid penting untuk melawan radikan bebas di dalam dan luar sel

b) CHELATED MINERAL
- Berfungsi sebagai melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas dengan jumlah mineral penting yang seimbang.
- Membekalkan mineral asas (zink, kalsium, magnesium, iodine, koper dan manganese) penting untuk pemeliharan fungsi metabolisme dan sistem imun yang optima
- Membekalkan 70%DV Chromium. Ia berkerjasama dengan Insulin untuk membawa gula ke dalam sel. Denagan ini dapat mengawal kencing manis. Ia juga membantu menghasilkan tenaga
- Membekalkan 50%DV Selinium. Sebagai antioksidan yang dapat membantu mencegah penyakit jantung dan kanser
- Silikon dapat membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoprosis
- Vanadium penting untuk penyakit kencing manis. Ia menjadikan insulin sensitive dengan perubahan glukos dalam darah
- Mineral USANA sedia untuk diserap oleh badan (bioavailability)

2) BiOmega

-menyediakan minyak ikan Ultra Tulen bebas dari galian toksik

-Fish Oil (18% EPA dan 12% DHA 1000mg, Mixed Natural Tocopherols 1mg)

Kegunaannya:

1) Tendon Strength (Untuk Saraf)

2) Untuk Kulit

3) Anti Inflamasi – Untuk cuci pembuluh darah.

4) Mengawal kesihatan jantung, tekanan darah, kencing manis, migraine, kanser payudara.

5) Menaikkan HDL (Lemak baik) Menurunkan LDL (Lemak Buruk)

6) Baik untuk memori – meningkatkan daya ingatan

7) Untuk kelancaran darah – menambah dan mencairkan darah

Sesuai untuk ibu mengandung – bantu perkembangan otak anak yang dikandung serta kelancaran darah ibu.

3) Active Calcium Plus

Kandungannya: Kalsium, Magnesium, Silikon dan Vitamin D ( Vitamin D3 100IU, Calcium citrate & carbonate 200mg, Magnesium 100mg, Silikon 2.25mg )

Kegunaannya:

- Untuk pembentukan gigi/tulang yang kuat

- Degupan jantung yang sekata

- Pencegahan kanser usus

- Menurunkan tekanan darah tinggi

- Untuk sakit urat dan lengoh

* Produk USANA mendapat sijil HALAL INFANCA juga pengesahan KKM.. Gunakan tanpa waswas:)

Wednesday, February 10, 2010

Cantik macam kaling, cantik macam anjing..

Kisah 1: (Kelas Tahun 1)
Monica: Cikgu.... Cikgu yang mengajar bahasa Inggeris itu nama apa dia?
Cikgu As: o0o0o0 teacher kan..
Monica: Ia teacher, tapi nama apa dia?
Cikgu As: Tu teacher Norazwani...
Monica: Teacher tu Islam ka bukan?
Cikgu As: Laaa, dia pakai tudung kan.. Islam la tu...
Monica: Tapi mata dia besar, macam kaling..
Cikgu As: Tu bukan kaling tu, mata besar tu mcm Arab.. Cantik tidak?
Monica: Cantik...
Peribahasa 1 : Cantik Macam Kaling..

Kisah 2: (Kelas Tahun 1 juga)
Afina: Ustazah..ustazah ni cantik la..
Ustzh: Ye ke Afina, betul ke?
Afina: Iya, cantik.. ustazah cantik mcm anjing..
Ustzh: Sampai hati kamu Afina, cakap ustazah mcm anjing...
Afina: Ia betul ustazah, anjing saya lihat tu cantik..mcm ustazah...
Peribahasa 2: Cantik macam Anjing..

Sekian, terima kasih :)

Saturday, January 30, 2010

Happy Birthday S A Y A N G

Memandangkan ini tahun pertama saya maraikan hari lahir My Hazar sbg suami isteri, maka otak saya telah bekerja keras mencari idea untuk membuat kejutan kepada beliau.. Pada mulanya saya ingat nak amik tiket balik KL hari Jumaat tu, tp saya sendiri terkejut dgn tiket yang mahal gila.. Hahaha..

Ok, pastu cadangnya nak panggil delivery service je buat penghantaran pape ke rumah dia, tp mcm susah gak.. Even Pizza Hut n segala fast food tu pun, charge nya kena bayar lps derang hantar barang.. So pikir punya pikir, tergerak hati nak contact Cikgu Izwan, rakan sejawatan My Hazar.. Tu pun sebbaik add dia kat fesbuk.. Alhamdulillah, Izwan sanggup bekerjasama, aku je la rasa mcm dah menyusahkan dia...

Plan asalnya, Izwan akan dtg ke rumah sewa My Hazar (for whatever reason) n bawak skali kad ucapan yg direka khas, majalah PAMA, slices of Banana Choc Cake n Pizza Hut.. 2-3hari sblm celebrate, kad ucapan dah selamat sampai ke rumah Izwan, so tinggal nak beli 3 benda2 lain tu je la.. Aku ni punya la riso kot2 My Hazar ada agenda lain Jumaat malam tu.. Rasanya byk kali aku tanya dia, apa plan hari Jumaat ni.. Katanya lepak umah je, so rasa selamat dah.. Skali Khamis tu, Izwan bgtau yg My Hazar nak pi menembak..(shot gambar mlm Thaipusam).. Adeh laa, mcm nak rosak program je ni...

So Khamis mlm tu, aku tanya My Hazar lg n persuade dia supaya xyah g dan beliau pun membatalkan rancangannya.. Yeaayy! Settled satu problem.. So mlm yg ditunggu2 pun tiba.. Lps Maghrib tu My Hazar call spt selalu tp kali ni kejap je call, nak kuar ngan Izwan katanya.. Siap nak iron seluar segala bagai.. Hehehe, kesian pulak aku dengar time tu.. Free je kena kelentong ngn Izwan.. His housemate, Armizi lak aku dah called n pesan supaya stay kat umah je mlm tu..

Dipendekkan cerita, My Hazar pun turun jumpa Izwan n terkejut tgk Izwan dah tapau Pizza, tp dia xnak cerita sapa yg bagi Pizza tu.. Soh tgk dalam kad, katanya.. Kad tu plak dah stapler so x dpt la bukak terus.. Naik je rumah terus terharu la encik suami bila tau sape punya agenda.. Dia betul2 x sangka, aku akan berpakat ngn Izwan sbb mcm xde kaitan pun kan.. Habis2 kuat dia ingat aku akan soh orang pizza tu je hantar..

Pastu baru la terbongkar cerita sesama mereka.. I am lucky enough sbb My Hazar bukan si pencemburu buta yang berkemungkinan akan syak wasangka sbb aku dah contact kawan2 dia di luar pengetahuan dia.. Geng2 bujang pulak tu.. Hehehe.. I luv U sayang... Another 5weeks+ to go... Sungguh x sabar nak jupe bantal pelukku ini.. ;)

Happy 28th Birthday to Dear Husband:)

Kita bina cinta bersama selamanya, hingga ke akhir hayat, hingga ke syurga.. Amenn:)

Takleh tinggal camera kesayangan tu :P

Partner In Crime, En Izwan yang baik hati :D

Geng komplot gak ni, En Mizi

Pizza Hut n Secret Recipe.. Huwaaa, tetiba rasa nak jugekk, tp 3jam perjalanan br dpt jupe kedua2 bendaalah ni..huhu

My Other Half..

Wednesday, January 27, 2010

Let the pictures do the talking...


Thursday, January 21, 2010

Pre loved Chiffon Azkia

1) Baju Kurung Chiffon Azkia Intan


Description : Fully lining chiffon

Size: M, Shoulder: 14 - 14.5, Bust: 38, Waist: 35, Hip: 40-42, Length: 31-33, Sleeve: 21-22

Condition: Very Good. Worn 2 times only. (For nikah + outdoor)

Retail Price : RM180

Selling Price : RM130 only! (including postage + FREE kain putih jahit sendiri utk pakai nikah ala2 duyung x brape nak duyung..)

Status : SOLD to neena

Set kurung chiffon azkia

Kain jahit sendiri guna untuk nikah

Ada kotoran n kesan pen sket, tp x effect sbb bahagian atas kain..



2) Tudung from http://ilurvefashion.blogspot.com/

Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna putih, beads pun putih..)

Size: +- saiz tudung bawal

Condition: Excellent.. Wore a couple of minutes only.. (just utk amik gambo banner kawen)

Retail Price : RM70

Selling Price : RM50 (Postage Included)

Status : SOLD to zue..



3) Tudung from http://ilurvefashion.blogspot.com/

Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna krim, beads merah..)

Size: +- saiz tudung bawal

Condition: Good (wore 2 times only)

Retail Price : RM70

Selling Price : RM45 (Postage Included)

Status : Available


Gambo guna camera henset je ni..

To those yang interested boleh email ke wani3009@yahoo.com

------------------------------------------------

Citer lain, my sisters ada buat blog yg jual macam2 ada such as telekung n smocking dress from Vietnam, kopi hutan etc etc..

So, sila la melawati mereka di http://norazwarehouse.blogspot.com/

Monday, January 18, 2010

Hutang Budi di Bawa Mati?

Fobia x kalo org hutang duit kau tp x bayar balik? Lg fobia kalau kau ni jenis yang segan nak mintak balik duit tu kan.. Hehehehe.. Pernah lah jugak alami peristiwa2 mcmni dahulu kala..... Paling psiko kalo kena time kita still student lagi... Even org pinjam dlm amaun yg kecik pun, sure teringat2 je duit tu kalo org tu lupa/buat2 lupa nak byr.. Kejadian slalu berlaku, kalo nak pi makan n kawan order soh tapau tp order pakai air liur je.. Pastu bila dah beli, lupa pulak nak byr.. Aihhhh, memang tensyen sampai tahap malas nak amik order lagi....Ataupun situasi 'eh pakai duit ko dulu ek, nnti aku bayar' mmg kadang2 mengundang amarah dan sumpah seranah dalam hati...

Lalu.....adakah kita menyalahkan takdir sbb dapat kawan yg mcm tu atau kita cuba selak Al Quran kerana di dalamnya sudah menerangkan adab2 berhutang yang kita malas atau xnak ikut (aku pun baru je jumpa) Mari kongsi2...

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya.

Baru baca separuh, terdetik dalam hati, 'takkan hutang sket2 pun nak tulis gak kot..'

Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al Baqarah ayat 282)

Indahnya agama yang satu ni.. Adab2 berhutang pun ditulis dengan jelas, samada kita nak ikut atau x je.. Kalo taknak ikut, jgn komplen pape la kalo dpt penghutang jenis liat bayar... Tp aku cadangkan, kalo kau ada ramai kawan jenis suka pinjam duit ni, baik ko printkan ayat tersebut diatas beserta terjemahannya dan soh org nak pinjam duit tu baca dulu.. Pastu buatlah perjanjian secara maaruf... Wallahualam :)

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tinggal Kulit Bermasalah (Chewahhh)


Dengan tersiarnya testimonial berikut di dalam Majalah Mingguan Wanita yang lepas, maka penulis telah memenangi pakej percutian untuk 2 orang ke destinasi berikut......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BANDUNG, INDONESIA...........

InsyaAllah itulah destinasi honeymoon kami kali ke 2 nnti =)